Posts

Showing posts from February, 2014

Perjalanan Insan Perantau Mencari Raudhah ILMU 2

Image
Alhamdulillah... nukilan perjalanan aku seorang insan perantau mencari ILMU bersambung... Aku masih teringat, saat dan detik-detik sepanjang aku berada disini, mengharungi ranjau yang pelbagai... Seolah ia membuat ku jatuh...rebah...dan menggegar benteng kesabaran ku... dan ia pernah membuat ku terkata ' Aku tidak mampu lagi mengharunginya....' Dengan nada tangisan mengiringi keluhan perjuangan ku.. Allahu Akbar... dalam sedar tak sedar, perjuangan kini melebihi pertengahan...ia menghampiri penamat... bukan bermakna ia tamat selamanya...tapi, ia tamat di level Diploma... perjalanan mengharungi medan ILMU di level Diploma ini merupakan satu kenangan manis... sengaja aku nukilkan agar aku bisa mengimbas semula...betapa indahnya corak perjalanan ketika mengharungi medan ini...bukan hanya untuk diri ku, tapi buat insan yang lain sebagai alat perkongsian yang mampu memberikan manfaat... di sini, aku muatkan gambar yang pasti membuat ku terkenang, ianya juga merupakan slot-s

Penjelasan Hukum Berkaitan Kanak-kanak (Dr Abu Anas Madani)

Ramai yang bertanya tentang hukum bawa, sentuh anak-anak ketika solat.. pergi masjid pula orang masjid sibuk budak dok dalam saf orang tua, dibiarkan anak di belakang bising pula dengan gurauan atau kena usik oleh kawan dll… semoga kuliah yg membincang 5 tajuk ini ada jawapan yang anda cari.. Dalam Kuliah ini dibincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kanak-kanak; 1. Air liur / Muntah. 2. Air Kencing. 3. Khitan. 4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat. 5. Saf Kanak-kanak dalam Solat. HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT. Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang. Di sini akan dibincangkan dua keadaan iaitu: Pertama; Anak Ya

Dosa disebut dalam Al-Quran

10 Macam Dosa Besar menurut Al Quran: Sedarkah kita, dosa adalah tindakan yang melanggar norma atau aturan yang telah ditetapkan Allah. Hanya sekedar mengingatkan, bukan untuk menggurui. Apa sajakah yang termasuk 10 macam dosa besar menurut al quran? 1. Syirik (Menyekutukan Allah SWT). Tentang hal ini Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya". (An Nisaa: 48). Dan Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga". (Al Maidah: 72) 2. Berputus asa dari mendapatkan rahmat Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".(Yusuf: 87). 3. Merasa aman dari ancaman Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman: "Tiadalah yang merasa aman da

bersama Murshid (Impian Menjadi Nyata)

Image
Alhamdulillah... satu impian yang dulu bagi ku hanya sekadar mimpi...saya pernah berkata pada diri 'ia mustahil untuk dicapai disebab Aku Insan Perantau...' namun, dengan lafaz Alhamdulillah... ia dulunya hanya mimpi kini menjadi realiti... Satu pengembaraan menelusuri Raudhah Ilmu yang amat bermakna bagiku... dahulu, aku pernah bercita-cita untuk berjumpa dengan beliau...bercita-cita menjadi anak didik beliau... Alhamdulillah selepas 3 kali terus menerus tanpa henti mengikut kelas Talaqqi daripada Al fadhil Ustaz... bagi ku, impian tersebut kini telah ku capai.... gambar bersama Murshid Al-fadhil Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) Semasa bersua muka dengan beliau...beliau bertanya ' nama siapa??? asal dari mana??? dengan hormat saya menjawab nama Mohd Nasrun bin Mohd Talib...asal dari SABAH...anak jati perantau... lalu ustaz pun tersenyum...sempat bertanya beberapa soalan kepada beliau...Alhamdulillah semua dapat respon daripada beliau...sebelum akhiri per

Perjalanan Insan Perantau Mencari Raudhah ILMU

Aku Insan Perantau... Alhamdulillah... dengan lafaz syukur ku rafa'kan pada Allah Azza Wajalla, kini aku hampir 2 tahun berada di bumi semenanjung...meninggalkan bumi SABAH yang tercinta...semata berjuang untuk mendapatkan ILMU... Dalam mengharungi perjalanan ILMU ini...sudah pasti dugaan dan cabaran akan dihadapi... aku masih teringat...pada awal ketika aku pertama kali menjejak bumi Semenanjung, aku seolah terkapai kapai...aku melihat pemandangan yang amat jauh berbeza dengan apa yang aku lihat di SABAH... Aku bertanya pada diri...mampukah aku harungi ini semua???aku sedar, disebalik pemandangnan yang aku telah lihat...terselitnya banyak cabaran yang bakal ditempuh...dan pastinya ada Raudhatul Ilmu yang banyak... Satu pengembaraan ini amat indah dalam hidup ku... Mukaddimah perjalanan ku ini satu nukilan yang akan mengingatkan aku...yang akan membuat ku tersenyum... Pengembaraan menuju Raudhah Ilmu ini dengan niat Ikhlas kerana Allah... bersambung....... Qalam Hazim

LUAHAN HATI PADA YANG ESA

Image
Kadangkala hati bertanya, Kenapa semua ini berlaku?? Tatkala diri ini cuba mencari apa itu cinta, Badai musibah datang memecah dosa, Tika diri kotor berlumpurkan dosa... Dan Engkau telah memautkan diriku Daripada kelemasan lumpur dosa... Ya Allah, Engkau telah meyelamatkan diriku Ya Allah.... Huluran rahmatMu memagari diri ini daripada Kenikmatan sebentar, Cebisan keinsafan membangunkan lena yang Panjang, Mencari cinta yang sebenar, Yang hakihi, Himpunan kasihMu ku berteduh KepadaMu Ya Allah Kami menagih kasih dan janji ditepian onak rindu; Kasih yang pasti terbalas... Qalam Hazim

Harapan Perjuangan

Image
Kalau bukan Ini kali ianya tak kesampaian...ianya tak menandakan kita tewas...kalau Ini kali kita tewas...tak bermakna kita tumbang...Ingat lah...dalam menegakkan kebenaran...ianya banyak cabaran...perlukan kesabaran yang kuat...dan Ingat,perjuangan kita bukan Kali Ini saja...ianya tidak berhenti disini...ia tetap diteruskan...cekalkan semangat...Kita Gempur Hingga Kehujungnya..