5 Cara Syukuri Nikmat
KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. “Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.” Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita. Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: “Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:… sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur… “Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur. Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar. Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima k