Posts

Showing posts from November, 2014

Tersentuh dengan bicara ini.

Image
Bismillah. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini, saya cuba kongsikan satu cerita nukilan Ustaz Pahrol Juoi yang mana nukilan beliau boleh kita berfikir tentang kehidupan, cerita yang menyentuh hati naluri insani. Mudah mudahan bermanfaat. Tersentuh dengan bicara ini.. “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…” Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan? Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pem

Ya Allah...Husnul Khatimah impian kami.

Image
Husnul Khatimah... satu ungkapan yang sering bermain di bibir insani, tak kira ungkapan disaat mereka sibuk atau tidak, mereka pasti suntikkan ungkapan ini. Husnul Khatimah membawa maksud pengakhiran yang baik,  yang sudah pastinya bermain di minda insani iaitu pengakhiran hidup.   suka saya bawa satu rangkap lirik lagu nyanyian kumpulan UNIC bertajuk 'selalu bersama': Ya Allah hidupkan kami dengan Iman, Ya Allah matikan kami dalam Iman, Ya Allah bangkitkan kami dengan Iman, dan masukkan ke syurgaMu dengan Iman, sekali dengar, ingin mengulanginya lagi. Cuba tanay kepada pendengar, apakah kamu suka dengan lirik lagu ni? Mereka pasti berkata YA. Namun, cuba kita renungkan kembali lirik lagu yang telah dinyanyikan itu, apakah kita selari dengan erti tersurat dan tersirat akan lirik tersebut? Allah Ya Allah, benar ianya sedap saat ia bermain dengan alunan muzik, namun kesedaran padanya diri ini alpa akan tersurat dan tersirat.  Mudahnya aku alpa dan lalai...