Pena menulis bukan kerana mahu tapi kerana perlu. Menulis selain berguna untuk orang lain, sesungguhnya sangat bererti pada diri sendiri. Bila ditulis dengan sungguh-sungguh dan dari kedalaman hati.Menulis dengan pena juga merupakan satu alat untuk kita mengasah bakat, berkongsi buah fikiran, dan apa yang penting sebarkan kebaikan untukmanfaat bersama. Menulis, tidak semua yang minat. Mungkin ia merupakan satu bakat yang terpendam. Ada yang minat, tapi tidak mahu menulis. Ada pula yang tahu manulis, tapi tidak tahu bagaimana cara mengasah bakat tersebut. Namun, ramai yang cuba meremehkan akan kelebihan dan manfaat sumbangan dari sebatang pena. Saat ingin meluah, tiada siapa yang ingin mendengar. Saat mencari kekuatan, tiada siapa yang memberi semangat. Tapi, ini boleh diperolehi melalui sebatang pena yang menulis. Menulislah dengan pena, biarkan pena itu menari diatas kertas, menjadi saksi impian mu. Meluah Hasrat Dihati Berbicara perihal isi hati, tiada siapa pu...
Comments
Post a Comment