Posts

Showing posts from 2014

Tersentuh dengan bicara ini.

Image
Bismillah. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini, saya cuba kongsikan satu cerita nukilan Ustaz Pahrol Juoi yang mana nukilan beliau boleh kita berfikir tentang kehidupan, cerita yang menyentuh hati naluri insani. Mudah mudahan bermanfaat. Tersentuh dengan bicara ini.. “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…” Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan? Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pem

Ya Allah...Husnul Khatimah impian kami.

Image
Husnul Khatimah... satu ungkapan yang sering bermain di bibir insani, tak kira ungkapan disaat mereka sibuk atau tidak, mereka pasti suntikkan ungkapan ini. Husnul Khatimah membawa maksud pengakhiran yang baik,  yang sudah pastinya bermain di minda insani iaitu pengakhiran hidup.   suka saya bawa satu rangkap lirik lagu nyanyian kumpulan UNIC bertajuk 'selalu bersama': Ya Allah hidupkan kami dengan Iman, Ya Allah matikan kami dalam Iman, Ya Allah bangkitkan kami dengan Iman, dan masukkan ke syurgaMu dengan Iman, sekali dengar, ingin mengulanginya lagi. Cuba tanay kepada pendengar, apakah kamu suka dengan lirik lagu ni? Mereka pasti berkata YA. Namun, cuba kita renungkan kembali lirik lagu yang telah dinyanyikan itu, apakah kita selari dengan erti tersurat dan tersirat akan lirik tersebut? Allah Ya Allah, benar ianya sedap saat ia bermain dengan alunan muzik, namun kesedaran padanya diri ini alpa akan tersurat dan tersirat.  Mudahnya aku alpa dan lalai...

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Nikah

Image
Bismillah... Alhamdulillah terdetik hati saya untuk berkongsi satu buku yang menarik hasil nukilan ilmuan terkenal dialah bernama Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin lebih dikenali dengan panggilan DrMAZA. Buku itu bertajuk 'Aku Ingin Kembara Lagi'....Dalam laman blog ini saya cuba post satu artikel beliau bertajuk 'Apakah terlarang bercinta sebelum nikah'...Kepada pembaca moga bermanfaat... -Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Perkahwinan- Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya. Anti-Cinta Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat aga

USIM...ziarah Ilmiah...

Image
Bismillahirrahmaniirahim...Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah maih beri peluang untuk kita terus menyambung perjalanan hidup sebagai seorang hamba di muka bumi ini....Alhamdulillah segala nikmat kurniaan Allah...Adakah kita sedar, hidup kita ini adalah satu pengembaraan, adalah satu perjalanan, adalah satu pengabdian dan adalah satu tanggungjawab yang Allah telah aturkan keatas semua insan yang bergelar MANUSIA...lafazkan syukur kepada Allah kerana Allah telah kurniakan pelbagai nikmat kepada kita semua.... Ziarah Ilmiah, saya cuba nukilkan di laman blog Qalam Hazim ini sebagai perkongsian Ilmu yang telah saya peroleh selama saya berada di perantauan...USIM, ziarah ilmiah tajuk yang saya cuba nukilkan di laman ini...moga bermanfaat... bertarih 18-02-2014...satu perjalanan telah kami telah rancang atas satu tugasan subjek pengajian saya iaitu 'Modern Understanding on Sunnah' menuju ke USIM melaksanakan ziarah ilmiah...ALhamduulillah, ketika berada di USIM, saya tela

Di perjalanan...disitu hadirnya ILMU tanpa disedari

Image
ILMU....seringkali kita mendengar perkataan ILMU diungkapkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dari anak kecil yang boleh berkata sehinggalah golongan lanjut yang sentiasa mengungkapkan perkataan ini. Satu perkataan yang hanya singkat ejaannya, tetapi maksudny luas sukar di jelaskan hanya mampu memahami. Dalam hadis yang masyhur seringkali kita mendengar iaitu saranan Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud 'menuntut ILMU itu adalah difardhukan keatas semua orang muslim'. Apabila kita imbas kembali sirah Sultan Al Fateh, seorang Raja yang berjaya menguasai kota Continample yang pernah di kuasai oleh kuasa besar pada ketika itu Kerajaan Rome. Cuba kita buka minda, cuba fikirkan bagaimana Sultan Al Fateh berjaya menguasainya. Jawapan yang akan keluar adalah berpunca daripada ILMU. Tanpa ILMU, sudah pasti baginda (Sultan Al Fateh) tidak dapat menguasai kta tersebut. Modes opreandi yang digunakan adalah dengan menarik kapal melalui daratan sebanyak 70 buah hanya dalam masa 1 ma

Kemanisan Dalam Ujian...

Image
- Gambar Hiasan  Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, kini kita masih diberi nafas kurniaan ALLAH azza wajalla untuk kita meneruskan tanggungjawab sebagai seorang insan yang menjadi hamba Allah Aa Wajalla...pejam celik, kini hanya beberapa hari sahaja Ramadhan kareem bakal meninggalkan kita..Allahu Allah, sedihnya...apa kan daya, ini lah lumrah perjalanan hidup kita yang telah diatur Allah Jalla Wa'ala...Allahu Allah., aku sedar, ujian Ra,adhan kali ini berat bagi ku, 1 per 1 Engkau berikan pada ku...:(..beratnya...pedihnya...sakitnya..:(..hanya Engkau yang memngerti akan kepedihan yang menimpa hati ku ini..:(..Namun, aku perlu kuat, kerana aku yakin, Engkau pasti berikan yang terbaik...Ya Allah, ampunilah segala dosa2 ku...berikan aku kekuatan menempuhi segala rintangan dan ujian hidup ini...Amin... Allahu Allah, disini InsyaAllah saya cuba kongsikan 1 artikel berkaitan ujian sebagai penawar agar semangat kita kuat terus menempuhi segala ranjau kehid

Nasihat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Image
  Assalamualaikum...Allahu Akbar, sekarang nie berada di pertengahan bulan Ramadhan yang mulia...rasa macam sekejap jak masa berlalu...Ya Allah, rindunya Ramadhan, aku tidak mahu berpisah dengan kekasihku Ramadhan...:(..tapi akan daya, ini perjalanan hidup yang Allah telah aturkan untuk semua hambaNya...   Kheir, disini saya cuba kongsikan beberapa nukilan kata-kata yang bermaka daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,moga ia bermanfaat untuk kita semua... 1~Akhlak Yang Baik... "Banyak pihak mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh. Saya tidak bersetuju. Apa guna ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat? Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik. Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad SAW ialah menyempurnakan akhlak yang baik." 2~Allah Yang Menciptakan Manusia Berbangsa-Bangsa "Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang yang kita gu