Tersungkur Dipintu Syurga
Beribadah kepada Allah adalah tujuan utama dalam hidup kita. Hidup untuk beribadah ini merupakan satu platform kita untuk terus mendekatkan diri kepada Allah. Jangan kita lupa bahawa hidup kita ini berpaksikan Tuhan. Seiring dengan apa yang telah difirmankan Allah Ta'ala dalam Al-Quran: وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ " Dan tidak aku ciptakan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada kepada ku" (Surah Azzariyat: 56). Dalam kehidupan kita ini perlu diisi dengan perkara berfaedah dengan cara sebarkan kebaikan. Imbas kembali dimana letaknya tujuan hidup kita. Selagi ada peluang untuk hidup, lakukan muhasabah sebaiknya. Aturkan kehidupan selari dengan matlamat penciptaan. Hidup berperanan sebagai seorang hamba dan khalifah. Ibadah Terjaga Dengan Lisan Lisan merupakan satu kurniaan Allah kepada kita. Ia merupakan alat untuk kita buktikan rasa syukur kepada Allah dengan banyakkan ingat kepada Allah dan mengungkap