Posts

Showing posts from September, 2015

BERJUMPA PULA - A RAZAK MUTHALIB

Image
BERJUMPA PULA Oleh: Buya Hamka Oh kau kiranya ; bertemu pula Setelah 15 tahun kita berpisah Janganlah gugup sudahkah sembuh luka hatimu ? di aku sudah ! Tapi payah aku melipur jejaknya Parutnya masih terkesan di dadaku 15 tahun, bertemu pula Setelah kita lalui jalan hidup masing-masing maafkan daku, bersiapakah aku mestinya ? adinda, kekasih, juwita ? yang pernah kuucapkan di mukamu dulu atau dalam surat-surat yang pernah ku ucapkan di mukamu dulu tidak akan kuucapkan lagi aku takut ubat lekat pantang terlampau kembali penyakit lama -Ah, tidak ; aku mulai tua 15 tahun sudah berapakah anakmu adakah suamimu sehat saja beruntung dalam rumah tangga - tak usah gugup ! 15 tahun melihat kau yang sekarang, kuteringat kau yang dulu kau yang ada dalam kenanganku kau yang tergambar dalam hatiku aku teringat mudaku dan mudamu semasa kita masih menyangka, alam boleh sekehendak kita padahal : takdir tak mengizinkan kita bertemu hidup kita tak dapat di padu menjadi satu kau mengambil jalanmu sendir

Masa dan Penyelesaian

Image
  2015 terus melangkah tanpa undur walau sekali. Dan pastinya sifat undur kebelakang tidak ada pada kamusnya. Inilah hakikat masa. Ia akan sentiasa bergerak. Sang suria tidak akan selama-lamanya memancarkan sinar. Tiba putarannya ia akan terbenam memberi laluan kepada rembulan. Rembulan juga tidak selama-lamanya akan bercahaya. Sang suria dan rembulan saling bersilih ganti bagi melengkapkan pusingan hari. Begitulah siang akan berganti malam. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Inilah yang dinamakan masa. Masa adalah kehidupan. Masa adalah nikmat yang dikurniakan. ALLAH SWT berfirman: “Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesunggu

KEHIDUPAN HARI INI…

Image
KEHIDUPAN HARI INI…   ADA yang ketawa keriangan. Ada yang menangis kesedihan. Ada yang senang hidup penuh kemewahan. Ada yang derita hidup penuh kesempitan. Ada yang teruja nikmati bahagia. Ada yang resah ditimpa masalah. Ada yang masih tabah hadapi musibah hidup. Ada yang miskin dan terus menjadi miskin. Ada yang kaya dan semakin bertambah kaya. Ada yang pernah jatuh, hari ini bangkit semula. Ada yang dahulu tiada apa-apa, hari ini dihormati dan disanjung manusia. ADA yang dahulu dipandang mulia, hari ini menjadi hina. Ada yang dahulu megah ditampuk kuasa, hari ini menjadi rakyat biasa. Ada yang dahulu bicaranya sombong dan bongkak, hari ini bagaikan pengemis menagih simpati merangkak-rangkak. Persoalannya, dimanakah diri kita berdiri, adakah diatas kaki sendiri atau berada di tengah-tengah perhatian mata manusia. KEHIDUPAN SENTIASA BERGERAK ADA pelbagai cerita dan warna. Selagi adanya kehidupan selagi itulah cerita-cerita sebegini akan terus berjalan. Ahli suka