Nampak baik, tapi riak. Berhati-hati wahai diri.
ADAKAH ada antara kita yang suka berpenat-lelah bekerja, malangnya kerja itu tidak memberikan apa-apa hasil pun? Atau setiap hari pergi bekerja, tapi akhir bulan tidak dibayar gaji. Pasti tidak ada individu sedemikian.
Jika ditanya lagi, adakah ada dalam kalangan kita yang beramal ibadat dan melakukan kebaikan, tetapi tidak mengharapkan pahala daripada amal tersebut? Atau kita harapkan pahala, tetapi apa yang kita harapkan hanya tinggal harapan. Pahala terhalang dengan sesuatu yang lain.
Lebih malang, kita sangkakan sudah mengumpul pahala daripada amal yang dilakukan, tetapi rupanya ia hanya ibarat debu-debu yang berterbangan. Tidak ada apa-apa. Diri sendiri tertipu oleh diri sendiri.
Jika ditanya lagi, adakah ada dalam kalangan kita yang beramal ibadat dan melakukan kebaikan, tetapi tidak mengharapkan pahala daripada amal tersebut? Atau kita harapkan pahala, tetapi apa yang kita harapkan hanya tinggal harapan. Pahala terhalang dengan sesuatu yang lain.
Lebih malang, kita sangkakan sudah mengumpul pahala daripada amal yang dilakukan, tetapi rupanya ia hanya ibarat debu-debu yang berterbangan. Tidak ada apa-apa. Diri sendiri tertipu oleh diri sendiri.
Kami menjawab: "Sudah tentu." Baginda SAW bersabda: "Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan solat lalu dia membaguskan solatnya kerana ada seseorang yang memperhatikannya." (Riwayat Ibnu Majah no. 4194 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2607)
Mengapa?Amalan kita diterima sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Keikhlasan menjadi salah satu syarat amalan diterima. Namun, semua itu musnah sekiranya perasaan riak datang menjengah.
Riak pemusnah amalan. Riak boleh menyerang sesiapa sahaja. Dalam pelbagai bentuk dan cara. Air mata yang mengalir ketika solat, bercakap dengan suara perlahan, kelopak mata yang kehitaman, dua bibir yang kekeringan akibat puasa, janggut yang disimpan panjang, kesan sujud di dahi, bacaan al-Quran yang merdu; semua ini adalah ruang untuk riak datang menyerang.
Kadang-kadang kepetahan berkata-kata, melawan hujah ketika berbahas, berkawan rapat dengan orang kenamaan, juga boleh dicemari dengan riak. Kesimpulannya, apa sahaja amal yang kita lakukan, ia terdedah kepada perasaan riak yang akan memusnahkan amal tersebut.
Oleh sebab itu, dosa riak diibaratkan syirik kecil dan ia lebih dibimbangi Rasulullah SAW berlaku kepada umatnya berbanding syirik yang besar. Sabda Baginda SAW: "Mahukah aku beritahukan kalian perihal yang lebih aku takut menimpa kalian mengenai al-Masih al-Dajjal?"
Benteng riak
Penyakit riyak ini jika tidak dicegah boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Justeru, bagaimana untuk menghalang atau merawatnya. Mungkin cara-cara berikut boleh kita amalkan:
**Doa diberikan ikhlas dan dijauhkan riak.
Inilah langkah asas yang perlu kita lakukan. Sentiasa pohon pertolongan daripada ALLAH SWT agar dikurniakan keikhlasan dalam setiap amal kebaikan dan dihindari daripada perasaan riak.
Sepertimana Nabi Ibrahim yang minta perlindungan daripada ALLAH agar terpelihara daripada syirik besar, maka begitu juga kita. Mencontohi sikap baginda agar kita dijauhkan daripada syirik besar dan syirik kecil (riak). Nabi Ibrahim berdoa: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku daripada perbuatan menyembah berhala". (Surah Ibrahim: 35)
**Sedar kesan di dunia akibat riak.
Riak tidak langsung memberi manfaat kepada orang lain, bahkan boleh menambahkan kebencian. Jika kita tidak suka melihat orang lain yang ingin menunjuk-nunjuk dalam membuat amal kebaikan, maka orang lain juga tidak suka jika kita juga riyak dalam beramal.
Justeru, orang yang riak bukan hanya mendapat murka ALLAH, malah mengundang kebencian manusia kepada kita. Rugi di dunia dan rugi di akhirat.
Ada satu kisah yang sering diceritakan sebagai misal orang yang riak. Ada seorang Arab Badwi bersolat dengan solat yang sangat lama. Kemudian orang ramai memuji: "Bagus sungguh solat kamu". Arab Badwi itu menjawab: "Bukan itu sahaja, aku juga sedang berpuasa". (Abu al-Hasan Ali bin Muhammad al-Mawardi, Adab al-Dunya wa alDin)
Inilah penyakit riak. Seorang insan kadang kala dalam beramal terselit dalam jiwanya inginkan habuan keduniaan. Inginkan pujian, rasa megah, dilihat hebat dan sebagainya. Saat itu dia tidak sedar rasa itu telah menjauhkannya daripada ganjaran kebaikan di akhirat.
Perhatikan pesanan Rasulullah SAW ini:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka ALLAH jadikan kekayaannya dalam jiwanya. ALLAH mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka
ALLAH akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. ALLAH cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)". (Riwayat Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
**Sedar kesan di akhirat akibat riak.
Muslim yang sedar suatu hari dia akan bertemu dengan hari akhirat, bakal berhadapan dengan timbangan amal tidak akan tergamak untuk mencemarkan amalannya dengan rasa riak.
**Sembunyikan amal kebaikan sedaya mungkin.
Amal kebaikan yang kita lakukan tidak perlulah diheboh-hebohkan. Sembunyikan sedaya mungkin agar tidak diketahui ramai orang. Jika tidak, ia akan membuka ruang kepada riak dan was-was syaitan pun mula berperanan. ALLAH memuji orang yang bersedekah dalam keadaan sembunyi:
"Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu…" (Surah Al-Baqarah: 271)
Namun begitu, dalam hal ini ada sedikit pengecualian. Ada amalan yang kita tidak perlu sembunyikan bahkan dituntut untuk lakukannya secara terang-terang dengan tujuan amalan itu boleh menjadi ikutan orang lain.
Begitu juga dengan amalan kebaikan lain. Bagi mereka yang mampu selamat daripada rasa riak, maka lakukannya secara terang-terangan agar dapat mencetuskan semangat orang lain untuk turut sama, itu adalah lebih baik.
Al-Izz bin Abd al-Salam dalam karyanya Qawaid al-Ahkam, ketika menjawab persoalan adakah menyembunyikan amal lebih baik daripada lakukan secara terang-terangan bagi mengelakkan rasa riak? Beliau menjelaskan amal ketaatan ada tiga jenis:
Pertama: Amal yang disyariatkan dilakukan secara terang-terangan seperti azan, iqamat, bacaan al-Quran dalam solat, solat Jumaat dan solat fardu berjemaah, berjihad, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah dan sebagainya. Semua ini tidak mungkin dilakukan secara sembunyi. Sekiranya pelakunya bimbang akan wujud perasaan riak, maka dia perlu bermujahadah dengan dirinya sendiri agar rasa riak tersebut dihapuskan dan yang tinggal hanyalah keikhlasan seperti yang dituntut oleh syariat. Dalam situasi ini, pelaku tersebut akan memperoleh ganjaran amalan tersebut dan juga ganjarannya bermujahadah menentang rasa riak.
Kedua: Amalan yang jika dilakukan secara sembunyi lebih baik daripada terang-terangan seperti bacaan dalam solat, zikir dan sebagainya.
Ketiga: Amal yang kadang-kadang disembunyikan dan kadang kala dizahirkan seperti memberi sedekah. Sekiranya takut akan wujudnya rasa riak, maka lebih baik disembunyikan berdasarkan firman-Nya: "Dan sekiranya kamu menyembunyikannya dan berikannya kepada golongan fakir, maka itulah yang lebih baik bagi kamu". (Surah Al-Baqarah: 271)
Sesiapa yang tidak riak, sekiranya amalan sedekah tersebut tidak dapat menarik minat orang lain untuk turut sedekah, maka menyembunyikannya adalah lebih utama. Tetapi sekiranya dizahirkan sedekah dan boleh membuatkan orang lain yang mungkin lebih kaya untuk turut sedekah, maka inilah yang lebih utama. Perbuatan tersebut menjadi penyebab orang lain juga untuk buat amal kebaikan dan dalam masa yang sama manfaat yang lebih banyak akan dinikmati oleh golongan fakir.
(Lihat: Al-Izz ibn Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1/152)
Hal ini tidak semudah yang ditulis, kerana ia memerlukan kekuatan iman dan berurusan dengan jiwa kita yang sifatnya berbolak balik. Apa pun, masing-masing lebih tahu kadar diri sendiri. Masing-masing lebih mengerti apa yang terbuku di hati.
Wahai insan, ketahuilah setiap amalan kita itu hanya Allah yang mengetahui.Biarlah amalan kita itu dilakukan ikhlas kerana Allah bukannya kerana perhatian dimata manusia. Perjalananhidup kita adalah sebagai hamba Allah, bukannya mahukan kedudukan dan pujian dimata manusia.
Alhamdulilah karya ini adalah nukilan murabbi saya Al Fadhil Ustaz Abdul Razak Muthalib, serba sedikit saya edit dengan pena saya sendiri untuk saya kongsikan di laman blog ini. Kepada semua pembaca, semoga mendapat manfaat dari artikel ilmiah ini. Allahu yubarik lakum jamie'an.
Pena hati insan musafir Qalam Hazim.
UKM 2015.
Comments
Post a Comment