KEHIDUPAN HARI INI…
KEHIDUPAN HARI INI…
ADA yang dahulu dipandang mulia, hari ini menjadi hina. Ada
yang dahulu megah ditampuk kuasa, hari ini menjadi rakyat biasa. Ada yang
dahulu bicaranya sombong dan bongkak, hari ini bagaikan pengemis menagih
simpati merangkak-rangkak. Persoalannya, dimanakah diri kita berdiri, adakah
diatas kaki sendiri atau berada di tengah-tengah perhatian mata manusia.
KEHIDUPAN SENTIASA
BERGERAK
Dunia hari ini seakan-akan tiada bezanya antara siang
dan malam. Kesibukan manusia seperti tiada henti. Siang dan malam penuh dengan
aktiviti. Selama nyawa masih dipanjangkan, selama itulah kita semua akan sibuk
dengan kehidupan. Meneruskan kehidupan yang entah sampai bila. Anak-anak pergi
ke sekolah bagi meneruskan kehidupan menimba ilmu dan membentuk diri. Ibu bapa
terus bekerja membanting tulang mencari rezeki bagi menyara anak-anak dan
isteri. Graduan universiti sibuk mencari peluang pekerjaan. Anak muda bujang
sibuk pula mencari pasangan. Masing-masing sibuk mengatur kehidupan diri
sendiri.
DI MANA MATLAMAT KITA??? KOREKSI DIRI BERSAMA
Dalam kesibukan ini, ambil
sedikit masa untuk bertanya diri, BERBALOIKAH aku sibuk selama ini? Ada orang
yang kesibukannya bukan setakat fikir mengenai diri sendiri, bahkan memikirkan
juga hal orang lain seolah diri sendiri itulah yang terbaik. Imbas kembali
dimana letaknya matlamat kita. Selagi ada peluang untuk hidup, lakukan
muhasabahsebaiknya.
Jika kita ditanya: "Apa yang kau SIBUK sangat"?.
Jawablah: "Aku sibuk kerana aku masih hidup. Hidup untuk kumpul pahala
kerana mati boleh datang bila-bila."
Selamat Berjuang Sahabatku.
Nukilan Qalam Hazim.
UKM
Comments
Post a Comment