Sulung Padamu Ada Amanah


“Setiap anak dilahirkan dlm keadaan fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yg menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi.” (Hr Bukhari & Muslim)

Anak-anak yang dilahirkan adalah permata ibu ayah. Anak-anak yang lahir itu juga penghibur duka lara menyejukkan mata. Anak yang lahir kedunia diibaratkan kain putih yang suci dan bersih, terpulang bagaimana ibu ayah untuk mencoraknya.

Pernahkah kita terfikir bahawa setiap anak yang lahir itu punyai keistimewaan tersendiri? Tidak kira yang lahir itu sulung, tengah mahupun yang bongsu. Semua ada kelebihan dan rahsia tersendiri yang Allah ciptakan. Fitrah kejadiannya begitu.

Sulung? Ada apa dengan anak sulung? Sulung inilah anugerah pertama yang Allah kurniakan kepada kedua ibu bapa selepas mendirikan perkahwinan. Fitrah kemenjadiann inginkan anak. Mengharap kehadiran anak sebagai peneman dan penghibur dalam keluarga. Renungkan sedikit perkongsian yang membicarakan tentang anak yang sulung.


Sulung Itu Pemimpin dan Pengganti Ibu Ayah

 Image result for pemimpin

Anak Sulung itu Pemimpin. Perlu sedar dan bersifat matang serta bertanggungjawab. Secara fitrahnya, anak pertama memang sudah ditakdirkan menjadi pemimpin dalam keluarga. Biasanya merekalah tempat rujukan pendapat disaat adik-adiknya memerlukan, bahkan oleh kedua Ibu Ayah.

Hal ini secara tidak langsung melatih anak yang sulung menjadi seorang pemimpin dalam keluarga. Disaat berjauhan dengan keluarga, sulunglah tempat pengganti tugas ibu dan ayah bila adik-adiknya memerlukan. Nalurinya begitu yang Allah jadikan buatnya, tiada dalam diri anak yang tengah dan yang bonsgsu.

Terkadang, sampai satu tahap, anak yang dilahirkan menjadi sulung rasa terbeban? Jangan persoalkan. Nikmatilah gelaran sulung ini, Allah tidak menjadi sesuatu itu dengan sia-sia, pasti bersebab. Bahkan ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi, terpendam dalam diri anak yang bergelar sulung itu, maka cetuskanlah rahsia itu.


Menyayangi adik-adiknya

 Image result for anak sulung

Bukan pemimpin sahaja! Umumnya anak sulung ini sayang kepada adik-adiknya. Sifat sentiasa mengalah pun mungkin perlu ada dalam diri. Anak sulung ini seakan diberi tanggungjawab tambahan oleh kedua Ibu Bapa untuk mengawasi adik-adiknya. Fitrah kemenjadian yang Allah telah jadikan. Hendaknya begitu.

Bukan itu sahaja, biasanya juga bila si adik minta sesuatu dengan si sulung, pasti dia akan berusaha sekuat daya yang mungkin untuk mengabulkan, asal permintaannya itu dalam kemampuan si abang.

Bersyukurlah bila diri bergelar anak sulung, banyak kelebihan yang Allah telah kurniakan. Jadilah anak sulung yang boleh menjadi contoh baik dalam keluarga.


Sikap Bertanggungjawab

 Image result for anak bertanggungjawab

Mungkin, disebabkan dalam adik beradik dia merupakan yang paling tua, secara tidak langsung dirinya telah diberi kepercayaan oleh keluarga untuk memikul pelbagai tanggungjawab. Lebih-lebih lagi dalam menjadi 'role model' ataupun contoh baik kepada adik-adiknya.

Bertanggungjawab dalam pelbagai aspek yang menjurus kepada pembentukan akhlak dan tingkah laku yang baik., Aspek yang penting adalah menjaga dan mengingatkan adik-adiknya agar menitik beratkan ilmu agama. Agama itu pelengkap untuk membina sebuah kehidupan yang baik untuk diri mahupun keluarga.

Perlu tahu, sebelum sebarkan dan mengingatkan aspek agama kepada si adik, si Sulung hendaklah terlebih dahulu terapkan aspek agama dalam dirinya supaya adik-adiknya ikut jejak langkahnya. Ibda' binafsi (mulakan dengan diri sendiri).Bila menjadi 'role model' kepada adik-adiknya, maka sudah pasti sulunglah yang memulakannya, kemudian di ikuti oleh adik-adiknya.

Tanggungjawab ini bukan satu pilihan, tapi satu amanah. Bukan ibu bapa yang perintahkan, tapi ia merupakan perintah daripada Allah s.w.t.


Bersikap Pelindung

Image result for anak bertanggungjawab

Bertanggunggungjawab, kemudian bersikap pelindung. Tidak dinafikan bahawa perkara ini bukanlah mudah, tapi sedikit sebanyak membentuk diri lebih matang daripada usia. Yang bergelar sulung sahaja akan mengerti maksud ini. Bila menjadi anak sulung, ini memang satu kelebihan yang telah diaturkan oleh Allah. Memang diamanahkan anak sulung dikatakan sangat bersikap pelindung buat adik-adiknya.

Mungkin disebabkan kedewasaan dan kematangan, anak sulung mempunyai daya tahan yang sangat tinggi dan kuat dalam mengharungi apa jua cabaran. Malahan, mereka juga sanggup mengenepikan kepentingan diri asalkan adik-adiknya terbela. Hendaknya begitu.


Padamu Ada Amanah

 Related image

Apapun kesudahannya, sebagai seorang anak tidak kira sulung, tengah mahupun bongsu. Abang ataupun kakak, ia bukanlah pengukur. Usah bandingkan kelebihan yang ada pada diri. Kelebihan yang ada bukan untuk ditunjuk, kerana setiap kelebihan yang ada pada anak itu segalanya datang daripada Allah. Abang, kakak, adik, sulung mahupun bongsu itu beza pada gelaran sahaja, tapi peranan tetap sama. Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya….” (Surah al-isra: 23)

Sulung, jadilah contoh terbaik buat adik-adik. Jadi nakhoda keluarga, membantu tugas kedua ibu bapa untuk membentuk keluarga bahagia. Adik yang tengah, bongsu jangan biarkan abang kakak sulung bersendirian. Sokonglah, berilah kekuatan dan semangat kepada dia. Kerana tugas sebagai anak yang perlu dilaksanakan adalah taat dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Ini adalah satu amanah.

Wahai anak sulung, bersyukurlah kerana dirimu begitu dihargai, punyai peranan yang tinggi. Pembantu utama buat Ibu Ayah. Kerana “Sulung, Padamu Ada Amanah”.


Coretan Anak Sulung
Pena Qalam Hazim
Kolej Keris Mas, UKM

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Mulianya bumi Syria…