Am I Good Muslim?


Allah SWT berfirman di dalam al-Quran mafhumnya: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”…... (Surah ali-Imran: 110)

Berdasarkan firman ini kita dapat lihat Allah menyatakan tiga perkara keatas kita sebagai umat islam iaitu mengajak kepada yang makruf (kebaikan), mencegah dari perkara yang munkar (keburukan) dan mengajak suapaya beriman kepada Allah.

Ada sebabnya, Allah mendahulukan menyeut amar makruf dan nahi munkar sebelum beriman kepadaNya. Apa yang dapat kita fahami adalah tidak bernilai keimanan kita disiNya sekiranya hanya beriman tapi mengabaikan amar makruf dan nahi munkar.

Kita perlu selarikan keimanan kita dengan perkara perkara yang baik, pacakkan ia dalam diri suapaya usaha kita keearah pembentukan seorang muslim yang baik seiring dengan matlamat penciptaan kita sebagai hamba Allah diatas muka bumi ini. ,


Ringankan Tangan
 Image result for buat baik

Pernahkah kita melihat seseorang yang disibukkan dengan kebaikan, dia tidak boleh melihat orang lain dalam kesusahan? Ringan tulangnya membantu. Contohnya, disaat saudara seislam di negara lain mengalami kesusahan, dialah orang pertama berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan.

Kebaikan yang dia hulur terus berjalan tanpa mengira akan halangan yang menduga. Kebaikan tidak hanya berlegar di kawasan setempat, malah merentasi sempadan negeri ke peringkat antarabangsa. Dia berjuang hulur kebaikan bukan untuk kebaikan dirinya sahaja, namun demi kebaikan semua umat dan generasi berikutnya.


Amar Makruf Nahi Munkar
 Image result for amar ma'ruf nahi munkar

Kehidupan kita ini akan sentiasa terdedah kepada dua corak nilai yang berbeza yang ebrsifat kontra antara satu sama lain iaitu Amar Makruf dan Nahi Munkar. Lantaran itu, matlamat kearah pembentukan diri yang baik adalah menyebarkan kebaikan disamping berusaha untuk mencegah diri dari segala perkara yang mungkar.

Matlamat ini perlu digerakkan serentak dan seiring tanpa memisahkannya. Ada orang yang resah hatinya melihat orang lain jauh dari hidayah, lalu digerakkan usaha dakwah. Kehidupannya sibuk dengan dakwah. Menyeru orang lain ke arah kebaikan dan jika ada kemungkaran dicegahnya mengikut kemampuan.

Segala ruang dan kudrat kurniaan Allah digunakan untuk sebarkan kebaikan yang pastinya sudah menjurus kearah matlamat dakwah, mengajak manusia kepada agar sentiasa melakukan kebaikan.


Hiasi Hati
 Image result for iman di hati

Hati? Ada apa dengan hati? Dalam membina jati diri yang baik, membentuk keperiibadian seorang muslim yang baik, hati adalah satu elemen yang perlu dijaga. Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera. Ini bertepatan dengan firman Allah didalam Al-Quran yang bermaksud:

"Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). "(Surah as-Syu'araa: 88-89)

Bila hati kita bersih, fikiran pun menjadi jernih, semangat hidup akan gigih dan matlamat diri mementuk mulslim yang baik mudah diraih; Tapi bila hati rosak, akal fikiran mudah dirasuk oleh perkara jahat. Bahkan akhlak menjadi buruk, dan boleh jadi makhluk terkutuk (Na’udzullahi min dzalik). Bila hati baik, kita sentiasa dalam keadaan lapang, hidup susah tetap rasa tenang, walau kesulitan yang hadir menerpa diri.

Dalam sirah ada diceritakan, suatu hari Rasulullah s.a.w keluar dengan keadaan kepala tertunduk kerana sakit, lalu tertawa sambil menaiki mimbar. Kemudian baginda memuji kepada Allah .s.w.t, bersyukur kepadaNya, dan lalu bersabda:

“Wahai manusia, kitab apa yang telah kamu tulis ini. Apakah itu bukan kitabullah? Aku khuatir jika nanti Allah akan murka ketika kitabNya itu hanya menjadi sebuah kertas yang dibaca dan tidak masuk dalam hati, sehingga Allah meghilangkan tulisan dari kitabNya”. Para sahabat kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan orang-orang yang beriman, baiki lelaki mahupun perempuan ketika itu?. Rasulullah menjawab: “Siapa yang dikehendaki Allah tetap dalam kebaikan, maka Dia akan meneguhkan kalimah (Tahlil)“Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah” dalam hatinya.

            Melalui kisah ini, jelas digambarkan hati kita ini perlu dihiasi dengan kalimah tayyibah yang memuji Allah s.w.t. Hati kita ini perlu dihiasi dengan dzikir supaya hati kita tidak lalai dengan pekara yang boleh merosakkan hati. Hati yang baik, pasti akan memudahkan kita kearah pembentuk keperibadian seorang muslim yang baik.

            Rasulullah s.a.w sendiri ada menyatakan tentang keadaan hati. Dalam sebuah hadith nabi bersabda:
"Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Hidup Dengan Kebaikan
 Image result for hidup dengan kebaikan

Pesan pada diri, jangan pernah remehkan akan perbuatan kebaikan yang kita kerjakan. Kecil besar bukan ukurannya. Mungkin dengan sedikit kebaikan yang kita lakukan, siapa tahu boleh mengubah hidup seseorang. Bukan merubah hidup, tapi memberi semangat buatnya agar mendapat ilham bagaimana hidup dengan kebaikan. Hendaknya begitu.

 Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada sebuah kebaikan maka baginya seperti pahala pelakunya.”(Riwayat Imam Muslim)

Selagi ada peluang untuk meneruskan perjalanan kehidupan, teruslah bersama lakukan muhasabah. Buat penambahbaikan atas perkara yang kita lakukan. Aturkan kehidupan selari dengan matlamat penciptaan sebagai seorang muslim yang baik. Berperanan sebagai seorang hamba Allah yang hidup dengan benih kebaikan dan terus menghulurkan jasa kepada manusia.


Am I Good Muslim?
 Image result for good muslim

Am I Good Muslim? Mungkin kita sukar untuk menjawabnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah terus pupuk diri dengan kebaikan. Cari semangat yang boleh menguatkan diri kita untuk terus melakukan dan menyebarkan kebaikan. Bentuk diri seorang muslim yang baik. Jadikan dua warisan agung sebagai panduan kita, Al-Quran dan Sunnah.

            Bertepatan dengan hadith nabi s.a.w: Daripada Malik bin Anas r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “aku telah meninggalkan untuk kamu dua perkara, nescaya kamu tidak akan tersesat selama kamu berpegang teguh dengannya, Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya. (Muwatta’ Imam Malik, 1395)

Jangan pernah letih untuk berkongsi sesuatu perkara yang bermanfaat. Jangan pernah sekali termakan ancaman dari semua pihak yang cuba menghalang kita dari melakukan perkara kebaikan.
Jika kita merasakan perbuatan baik kita ini menerima tentangan hebat, sedarlah usaha Rasuullah s.a.w lebih dahsyat dari kita. Tentangan terhadap baginda lebih hebat jika dibandingkan dengan kita.

Pesan pada diri, walau apapun terjadi, teruslah melangkah. Kuatkan diri untuk terus menabur bakti kebaikan. Bentuk diri menjadi seoramg muslim yang baik. Usaha kebaikan kita ini tidak akan pernah dipersia. Ingat, usaha kita ini MALAIKAT catat, ALLAH nilai.

Jika kita tanya pada diri, Am I Good Muslim? Jawablah.Ya, I Am A Good Muslim.


Pena Qalam Hazim
Kolej Keris Mas, UKM

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…