ALLAH Tahu, Kau Kuat
Dalam hidup ini, tiada seorang pun yang punyai sifat
kesempurnaan. Apatah lagi kita insan yang dicipta oleh ALLAH. Setiap dalam
kalangan kita pasti akan hidup dengan kelebihan dan kekuranagan. Agak mustahil
sekiranya kita tidak mempunyai kekurangan kerana tiada insan pun punyai
kesempurnaan. Insan ada lebihnya, juga punyai kekurangan.
Sudah fitrahnya, kita ini ada kekuatan dan kelebihan
dalam bidang tertentu. Maka dengan segala kelebihan yang kita ada itu, kita
perlu berusaha untuk mencapai setinggi tinggi kejayaan yang kita impikan.
Berusaha sebaik mungkin untuk manfaat hidup kita.
Ya ALLAH, Kau anugerahkanlah kekuatan, ketabahan dan
kesabaran untuk ku dalam mengharungi segala liku liku kehdiupan. Meskipun diri
ini dibebani dengan kesilapan, walau dihalang seribu halangan, namun tidak akan
pernah putus harapan.
ALLAH Tidak Pernah
Jauh
Ketika kita mengorak langkah, ada tika kita alpa
padaNya. Leka dengan hal dunia. Lumrah manusia bersifat begini.Lupa pada
yangEsa saat berada dalam bahagia, sedangkan bahagia itu Allah yang berikan.
Ingat Allah saat dilanda musibah, pun musibah itu peringtan dariNya.
Dengan merendahkan diri dan jiwa, pandanganlah ke
langit. Adakah ALLAH itu terasa jauh? Tidak. Dia tidak pernah jauh. Dalam Al
Quran Allah ada berfirman mafhumnya:” Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya mengenai Aku, beritahulah mereka sesungguhnya
Aku (ALLAH) sentiasa hampir kepada mereka”. (Al-Baqarah: 186)
Tapi, ada dalam kalangan kita yang cuba berkata Allah
jauh dengan kita. Kononnya Allah tidak pernah menolong menyelesaikan masalah
kita hadapi. Kita dibiarkan terkapai-kapai hanyut dalam menghadapi dugaan. Bila
direnung, hakikatnya kita hamba hanya berasa DIA dekat atau jauh saat kita
ditimpa ujian.
Begitulah manusia, cepat sangat menunding jari kepada
yang lain sebelummenyalahkan diri sendiri. Bila ujian melanda, adakah pernah
berkata kepada diri sendiri betapa selam ini kita jauh dari-Nya? Adakah kita
pernah bertanya pada diri betapa banyak kewajipan dan suruhanNya kita tidak
kerjakan?
Ada, mungkin pun sebaliknya. Namun kita rasa ALLAH itu
jauh berbanding measakan kita yang jauh dariNya. Hakikat sebenar, kita yang
menjauh. ALLAH tidak pernah jauh.
Setiap Seuatu
Hanya Untuk ALLAH
Apabila kita buat baik, ada yang mencemuh. Katanya
TunjukBagus dan ingin dapat perhatian orang. Malah ada yang cuba menfitnah kebaikan
yang kita lakukan. Perlukah kita ambilkira fitnah mereka? Jawabnya TIDAK. Teruskanlah
berbuat baik kerana perbuatan baik iyu hanya untuk ALLAH.
Apabila perasaan sayang kita tidak dibalas dengan
kasih sayang, malah hati kita pyla disakiti, perlukah kita serik memberi kasih
sayang? Apakah kasih sayang mereka itu kita terlalu dambakan? Jawabnya TIDAK.
Teruskanlah memberi kasih sayang kerana sayang itu hanya untuk ALLAH.
Apabila kita cuba jujur berbicara, pasti aka nada yang
menyatakan kita mraih perhatian dan pujian. Bahkan ada yang sengaja meneliti
kepincangan, kelemahan dan kekurangan kita. Perlukah kita terasa hati? Jawabnya
TIDAK. Teruskanlah berbicara jujur meskipun ia ditelan pahit oleh diri, kerana
kejujuran hanya untuk ALLAH.
Apabila kita menasihati, ada yang megherdik kita. Ada
yang tidak gemar degan kata-kata kita. Malah ada yang membenci dan memutuskan
silaturrahim dengan kita. Perlukah kita untuk mendiamkan diri? Jika perlu diam,
maka diamlah. Berkata dengan perkataan yang baik atau diam. Kerana diam itu
hanya untuk ALLAH.
Apabila kita sering memberi, ada yang mengambil
kesempatan dengan kita. Malah ada yang mengenakan kita demi kepentingan diri
sendiri. Perlukah kita berhemti memberi? Jawabnya TIDAK. Bukankah pemberian
ALLAH itu Maha Luas dan terlalu banyak, meskipun untuk hamba0hambaNya yang
tidak bersyukur.
Teruskanlah memberi, jangan pernah putus memberi
sesuatu yang bermanfaat. Kerana tangan yang memberi itu lebih mulia daripada
tangan yang menerima. Sesungguhnya pemberian itu adalah rahmat Tuhan
dikurniakan kepada diri kita. Kita memberi hanya kerana ALLAH.
Apabila ditimpa malang, ada yang girang dan ketawa
puas melihat kita terjatuh kerana malang yang menimpa kita. Perlukah kita
berdendam? JANGAN sekali berdendam. Redhakan takdir kita. Redhakan mereka yang
bahagia atas kesengsaraan mereka. Ketawa mereka hanya sementara. Redha ALLAH
yang kita dambakan sepanjang masa.
Lihatlah,ini merupakan
sedikit cabaran buat kita sebagai hamba Allah disaat cuba melakukan sesuatu
kebaikan. Pasti ada sahaja cabaran yang hadir. Adakalanya kita hampir tertewas dan
putus asa hanya kerana disakiti apabila melakukan kebaikan.
Apa juga yang kita lakukan dan apa juga yang dilakukan
pada kita, usah dinilai dengan nafsu.Teguhkan IMAN. Tinggikan TAQWA. Amalan
kita ini semata hanya kerana ALLAH, bukan mereka.
ALLAH Tahu Kau
Kuat
Hakikatnya, kita ini akan berada dalam medan ujian.
Fitrahnya sebegini. Kita melakukan kebaikan, pasti pada zahirnya ada yang
berkata kononnya kita ini menunjuk kebaikan. Sedangkan kita berbuat kebaikan
atas perintah Allah dan RasulNya. Bayangkan pula, bila kita melakukan kejahatan,
pastinya kita caci maki sudah keluar dari mulut sekeliling kita. Mga kita
terhindar dari melakukan segala kejahatan.
Dalam apa pun sesuatu yang kita kerjakan, kita cuba usahakan, segala ranjau yang hadir jadikan sebagai motivasi diri. Apa yang kita buat, buat kerana Allah. Masa belajar,
belajar sungguh sungguh. Buat kerja, buat sungguh sungguh. Laksanakan amanah sebaik
mungkin kerana ALLAH.
Pesan pada diri, walau apapun ranjau yang kau tempuhi,
walau dahsyatnya jatuh bangun mu, sesungguhnya ALLAH TAHU KAU KUAT, teruslah
mengorak langkah hingga ke SYURGA.
Pena Qalam Hazim,
Kolej Keris Mas
UKM.
Comments
Post a Comment