Empat kitab Imam Hadith
PADA siri lepas, saya kongsikan secara ringkas berkenaan dua kitab hadis sahih iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Kali ini saya akan kongsikan pula baki lagi empat kitab yang dikategorikan sebagai kutub al-sittah iaitu enam kitab yang menjadi rujukan utama dalam hadis. Sunan Abi Daud Kitab hadis al-Sunan ini dikarang oleh Imam Abu Daud Sulaiman bin Ishaq al-Azdi al-Sajistani. Dilahirkan pada tahun 202H dan meninggal pada tahun 275H di Basrah. Beliau merantau ke serata tempat menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke Khurasan, Iraq, Syam, Hijaz, Mesir dan Basrah. Antara guru beliau ialah Imam Al-Bukhari dan Imam Ahmad bin Hanbal. Kitab sunan Abi Daud ini berada pada kedudukan ketiga selepas Sahih Al-Buhkari dan Sahih Muslim. Dalam kitab al-Sunan ini mengandungi hadis yang dinilai sahih, hasan, daif dan beberapa hadis yang mauduk. Jumlah hadis yang dikumpulkan sebanyak 5,273 dan ia disusun mengikut topik dalam bab fiqah. Terdapat beberapa kitab yang dikaran