Usaha, Walau Pedih Berjalan
Apa pun, cerita yang berlalu kekal menjadi kenangan. Ia mungkin boleh berulang atau hanya tersimpan dalam lipatan sejarah. Saat terkenang kembali detik gembira dan bahagia, kita mengharapkan alangkah indahnya jika detik itu dapat diulang semula. Ketika terhimbau saat sedih dan kecewa, perasaan menjadi hiba dan mahu melenyapkannya dalam memori kita. Namun, usah sampai tenggelam dalam nostalgia lama sehingga terlupa masa hadapan yang sedang menunggu kita. Masa hadapan yang masih kosong. Tiada lagi warna yang dicorakkan. Tiada lagi babak yang dilakonkan. Terserah kepada kita warna apa yang mahu kita pilih. Babak apa yang mahu kita masukkan. Kenangan masa lampau tidak perlu dihapuskan, tetapi jadikan ia pengajaran untuk kita melakar perjalanan di masa hadapan.. Justeru, mari kita ambil semangat permulaan tahun hijrah ini untuk berfikir sejenak mengenai masa hadapan. Berfikir merancang penambahbaikan. Berfikir untuk lakukan perubahan. Ibrah Disebalik Hijrah