Akan Aku Harungi Jua
Melihat pada cuaca yang hadirnya sinaran matahari, kita akan kagum betapa hebatnya kuasa Allah. Melihat sinaran bulan purnma di malam hari, hati kita akan menjadi tenang dan kagum akan keindahan apa yang Allah jadikan untuk kita semua. Merasai tiupan angin, kita pasti rasa bersyukur kerana Allah kurniakan udara untuk kita bernafas. Alhamdulillah. Namun, terkadang berlawan pula dengan fitrahnya. Bila mentari memancarkan sinarnya, kita akan mengeluh. Terkadang ungakapan ini terrucap “Aduh, panas betul lah hari ini. Kan bagus kalua hujan”. Pun begitu di saat hujan turun membasahi bumi, kita terkadang akan teringinkan panas. Bila kita cermin balik pada makna sebenar, inilah sunnatullah. Bila hujan turun, barulah kita tersedar akan peranan matahari. Kita ini sering alpa. Hingga terlupa dalam hidup ini kita mestilah sentiasa bersyukur. Hidup Ini Satu Kembara Kehidupan ini satu pengembaraan yang sangat indah seperti mana yang telah ditakdirkan Tuhan. Kehidupan ini j