Akan Aku Harungi Jua


Melihat pada cuaca yang hadirnya sinaran matahari, kita akan kagum betapa hebatnya kuasa Allah. Melihat sinaran bulan purnma di malam hari, hati kita akan menjadi tenang dan kagum akan keindahan apa yang Allah jadikan untuk kita semua. Merasai tiupan angin, kita pasti rasa bersyukur kerana Allah kurniakan udara untuk kita bernafas. Alhamdulillah.

Namun, terkadang berlawan pula dengan fitrahnya. Bila mentari memancarkan sinarnya, kita akan mengeluh. Terkadang ungakapan ini terrucap “Aduh, panas betul lah hari ini. Kan bagus kalua hujan”. Pun begitu di saat hujan turun membasahi bumi, kita terkadang akan teringinkan panas. Bila kita cermin balik pada makna sebenar, inilah sunnatullah. 

Bila hujan turun, barulah kita tersedar akan peranan matahari. Kita ini sering alpa. Hingga terlupa dalam hidup ini kita mestilah sentiasa bersyukur.


Hidup Ini Satu Kembara

 Image result for berjalanlah

Kehidupan ini satu pengembaraan yang sangat indah seperti mana yang telah ditakdirkan Tuhan. Kehidupan ini juga merupakan satu perjalanan untuk kita mencorak sebelum menuju destinasi akhirat yang kekal abadi. Saya dan kamu kini sedang sama menikmati kehidupan di dunia. Dan pastinya corak saya dan kamu berbeza namun matlamatnya sama.

Dalam kehidupan ini juga, Allah telah aturkan beberapa episod untuk kita perlu tempuhi. Ada sedih, ada gembira, keseeronokan dan cabaran semua terkandung di dalamnya. Kegembiraan yang pasti menjadi impian dalam kehidupan, cabaran dan dugaan sudah pasti tidak mahu di tempuhi. Tuhan lebih mengetahui segalanya akan corak kehidupan kita. Begitu juga cuaca silih berganti, adakala ia panas, adakala ia hujan. Semua itu aturan Tuhan.

Menempuhi perjalanan hidup ini, cabaran dan dugaan ini merupakan satu episod yang sangat bermakna untuk kita kerana dengan ini kita belajar erti kehidupan sebenar. Bersyukurlah kerana Kasih Nya Menyapa diri kita yang sering leka dan alpa.


Pahit Akan Manis Akhirnya

 Image result for pahit akan manis akhirnya

Dalam sebuah kisah salah seorang sahabat yang kisahnya sangat masyhur, iaitu kisah Bilal Bin Rabah. Diceritakan yang Bilal ini merupakan seorang hamba kulit hitam. Pernah di siksa oleh tuannya hanya semata dia mempertahankan akidah. Dan akhirnya dia di jamin oleh khalifah Abu Bakr As Siddiq r.a.

Tidak cukup dengan ini, kisah yang lain diceritakan adalah keluarga Yassir. Kisah kehidupan keluarga mereka penuh dengan siksaan hanya semata untuk mempertahankan akidah. Sedang Rasulullah s.a.w tidak mampu untuk mereka, akan tetapi baginda meyakinkan mereka dengan ungkapan “Bersabarlah keluarga, sesungguhnya bagi kamu Syurga”.

Kisah yang lain, lagi mengerikan iaitu kisah seorang pejuang Uhud bernama Abdullah Ibn Al-Haram. Di ringkaskan cerita, beliau telah gurur mati syahid dalam keadaan di cincang. Bayangkan hebatnya semangat juang sahabat ini, hinggakan  lupa bahawa mati di cincang itu terlalu sakit, tapi terlalu manis kerana yakin dengan Syurga Allah.

Kita? Bagaimana dengan kita? Kita hari ini bila saat di uji, kita sudah mula rasa mengeluh dan terus menyalahkan Allah. Cuba kita bandingkan dengan beberapa kisah di atas, jauh jika di bandingkan dengan ujian yang kita alami. Kesimpulannya mudah, ambil ibrah dari kisah tersebut dan teruslah melangkah hadapi segala onak duri kehidupan meskipun ia pahit. Ungkapan mudah sebagai penawar, Pahit Akan Manis Akhirnya.


Akan Aku Harungi Jua.
 Image result for berjalan tanpa henti

Pepatah ada mengatakan “Tidak dinamakan kalah selagi kita tidak mengalah, tidak dinamakan kecundang selagi kita masih berjuang”.

Ramai maklum bahawa menempuhi cabaran dalam hidup untuk mencapai kejayaan ini satu yang amat pedih bagi kita. Pasti ada diantara kita yang tidak ingin mengharunginya. Tidak mudah untuk teruskan perjalanan hidup disebabkan pedihnya cabaran itu. Akan tetapi, tidak mudah itu bukan bermaksud kita ‘Tidak Boleh”. Setiap apa yang kita impikan, ianya tidak datang dengan mudah. Pastinya ada cabaran yang perlu di tempuhi. Kita perlu melangkah mendekatinya, bukan ia yang mendekati kita.

Jika para sahabat sanggup berjuang demi mendapatkan apa yang mereka impikan, kenapa tidak dengan  kita? Bukan kah impian itu ingin berada di dalam genggaman kita? Jadi, jika mahukan nya, teruslah melangkah. Ambil ibrah dari kisah para sahabat. Kerana destinasi kita adalah kejayaan dalam hidup yang kita impikan dengan berbekalkan keikhlasan kerana Allah. 

Ya aku mesti kuat. Apa pun yang terjadi, “Akan Aku Harungi Jua”


Pena Qalam Hazim.
Kolej Keris Mas UKM.

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…