Hijrah, Kesatuan dan Keikhlasan
Hijrah, Kesatuan dan Keikhlasan \Kita telah telah menjejak ketahun hijrah islam yang baharu 1439H. Tahun baharu hijrah ini hadirnya dengan membawa harapan dan keazaman baru buat semua umat islam. Tahun hijrah 1438H pasti tersimpan dalam lipatan sejarah dengan pelbagai cerita. Lembaran tahun baharu hijrah ini masih lagi kosong, bersih dan terbentang luas. Terpulanglah kepada setiap individu, lukisan kisah kehidupan bagaimanakah ingin dilakarkan pada tahun. Pilihan sentiasa ada. Peluang terbuka. Cuma, tidak pasti, adakah kita masih ada kesempatannya? Jika hati kecil sentiasa membisik dan mendesak supaya berubah ke arah lebih baik, bertindak segera. Usah bertangguh lagi. Ya, waktu masih ada, bimbang waktu itu bukan lagi milik kita. Awal Muharram 1439H yang baharu ini perlu disambut dengan penh kesyukuran kerana ia menandakan rahmat, hidayah serta peluang untuk meneruskan kecemerlangan umat Islam. Segala usaha dalam membentuk tasawwur islamuntuk dimartabatkan dipuncak