Pasca PRK UKM 2017
Doakan dan
Berikan Sokongan.
Alhamdulillah,
selesai sudah keputusan PRK dengan melihat kemenangan Aspirasi 37 Kerusi,
Inspirasi 1 Kerusi dan Hijrah 1 Kerusi. Alhamdulillah, tahniah kepada yang
menang dan kini bergelar sebagai MPP. Jalankanlah amanah dan tanggungjawab
dengan baik.
Suka saya
kongsikan pengalaman semalam selepas pengumuman keputusan. Saya tidak mahu
sentuh bagaimana Aspirasi buat provokasi terhadap kami hinggakan 3 elemen yang
saya pernah lontarkan mereka tidak dapat jaga dengan baik. Mungkin sudah
menjadi kebiasaan bagi mereka. Kami Inspirasi sentiasa doakan kalian.
Semalam, usai
sahaja pengumuman keputusan, ada beberapa orang Jentera Aspirasi, dengan
berpakaian Aspirasi datang menyapa kami menunjukan setia kawan kepada lawan
dipentas politik kampus. Alhamdulillah kami dapat layan mereka dengan cara yang
baik. Cuma, ada 4 orang datang dan bercerita krpada saya (saya tidak kenal
mereka, mungkin mereka pelajar tahun 1 dan 2). Deorang berkata kepada saya
sebegini:
'Bro, tahniah
kerana Inspirasi sahut cabaran kali ini. Dapatlah kami rasai suasana politk
kampus. Kami jadi jentera sebab kami nak stay kolej, kami mahukan merit dan
kami digesa dikerahkan oleh MEP kolej untuk sertai jentera Aspirasi. Kami sedar
ada kertas edaran pihak kami edarkan sebab inginkan undian kemenangan. Kami
minta maaf dan kami juga tidak setuju bagaimana abang-abang ASPIRASI lakukan
kepada INSPIRASI. Kami minta maaf kalau kami buat provokasi dan kami hormat
Inspirasi. Kita tetap sama di kampus yang sama'.
Saya dengar
dengan senyuman. Dan saya sempat respon sedikit. Saya cakap,
"Bro,
Tahniah atas kemangan besar Aspirasi. Namanya politik, macamtu la keadaannya
Provokasi itu sudah biasa. Cuma saya nak cakap, sekarang ini deorang sudah
menjadi MPP. Deorang pemimpin kamu, deorang pun pemimpin kami. Soal kepincangan
Aspirsi lakukan itu kita lupakan. Cukup dengan beri sokongan dengan mereka
sebagai pemimpin kita. Doakan mereka. Dan kesilapan yang mereka lakukan
sepanjang kempen diharap tidak berulang lagi. Semoga mereka sedar dalam menjadi
seroang pemimpjn, perlu jujur dengan tindakan. Kita sama, cuma berbeza
ideologi. Tapi kita tetap sama. Teruskan beri sokongan kepada MPP untuk
laksankan tugas. Biar kita hidupkan politik matang sama ada pada pihak kawan
mahupun lawan."
Kami dari
Inspirasi sentiasa mendoakan semoga semua sahabat MPP dapat menjalan tugas dan
amanah dengan baik. Kami masih belajar dan terus belajar. Yang baik kita sokong
sama-sama. Yang salah betulkan sama-sama. Moga kita dapat lahirkan sifat yang
baik sesuai hadith nabi mafhumnya 'Sebaik baik manusia adalah yang memberi
manfaat kepada manusia yang lain'.
Akhir kalam,
lupakan provokasi. Sahabat dari ASPIRASI dan kami dari Pihak Inspirasi. Berbeza
kita ada, jangan kerana berbezak kita berpecah.
Pena Qalam
Hazim
Fakulti
Pengajian Islam.
Comments
Post a Comment