Hijrah, Kesatuan dan Keikhlasan
Hijrah, Kesatuan dan Keikhlasan
\Kita telah telah menjejak ketahun hijrah islam yang baharu
1439H. Tahun baharu hijrah ini hadirnya dengan membawa harapan dan keazaman
baru buat semua umat islam. Tahun hijrah 1438H pasti tersimpan dalam lipatan
sejarah dengan pelbagai cerita. Lembaran tahun baharu hijrah ini masih lagi
kosong, bersih dan terbentang luas. Terpulanglah kepada setiap individu,
lukisan kisah kehidupan bagaimanakah ingin dilakarkan pada tahun.
Pilihan sentiasa ada. Peluang terbuka. Cuma, tidak
pasti, adakah kita masih ada kesempatannya? Jika hati kecil sentiasa membisik
dan mendesak supaya berubah ke arah lebih baik, bertindak segera. Usah
bertangguh lagi. Ya, waktu masih ada, bimbang waktu itu bukan lagi milik kita.
Awal Muharram 1439H yang baharu ini perlu disambut
dengan penh kesyukuran kerana ia menandakan rahmat, hidayah serta peluang untuk
meneruskan kecemerlangan umat Islam. Segala usaha dalam membentuk tasawwur
islamuntuk dimartabatkan dipuncak akan dapat diteruskan. Bersesuaian dengan
hadith nabi s.a.w:
“
Islam itu tinggi, dan tiada satu pun lebih tinggi darinya”( HR. Ad-Daruquthni (III/ 181 no. 3564)
Ibrah Disebalik Hijrah
Tiap-tiap
tahun hijrah silih berganti, membawa satu slogan yang sama, tapi mesej dan
jalan cerita yang berbeza. Ia secara mudahnya menggambar peristiwa agung dalam
islam iaitu hijrah baginda nabi bersama umat islam dari Mekah ke Kota Madinah. Ayuh
bersama kita telusuri ibrah disebalik hijrah.Mengapa Rasulullah SAW dan sahabat
diperintahkan oleh ALLAH untuk berhijrah ke Madinah?
Antara
hikmah yang dapat kita lihat ialah supaya mereka mendapat suasana yang lebih
baik daripada apa yang dialami semasa di Makkah.
Umat
Islam di Makkah ketika itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian dan
seksaan disebabkan kalimah tauhid yang mereka pegang. Dihina, diseksa, dipukul,
disekat, diboikot bahkan dibunuh. Selepas berhijrah ke Madinah, keadaannya
berbeza. Kehidupan umat Islam berubah. Perubahan yang lebih baik. Amalan Islam
dapat diamalkan dengan bebas. Dakwah Islam semakin berkembang. Kehidupan
masyarakat menjadi harmoni. Bahkan, sebuah negara Islam dapat dibangunkan.
Bila
diamati ibrah hijrah ini, ia amat bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam
surah Ar-Ra'd ayat 11:
.
....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا
بِأَنْفُسِهِمْ ....
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri (kita)yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
Rasulullah s.a.w Ikon Kesatuan
Tidak dinafikan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.aw ialah ikon kesatuan
dan perpaduan ummah yang terunggul dalam sejarah kehidupa manusia. Ini terbukti
bahawa agama islam bukan hanya pada risalah yang dibawa, akan tetapi direalisasikan
sdengan jelas. Seawal usia muda, baginda digelar al-Amin kerana pendekatan
diplomasi yang penuh kesederhanaan. Contoh jelas, bagi mengelakkan perebutan
kabilah dalam usaha meletak Hajarul Aswad, baginda telah terpilih dan menjadi
titik pemula penyatuan kabilah yang pelbagai yang sering bersaing pada ketika
itu.
Bukan itu sahaja, Rasulullah s.a.w akan sentiasa dikenang sebagai
seorang yang mengutamakan keamanan dan keselamatan umatnya. Baginda
menginginkan keamanan, keharmonian dibentuk dari pelbagai bangsa dan agama
serta menunjukkan imej isalm rahmatan lil alamain dalam sifat peribadi muslim.
Ini jelas seperti mana Allah firmankan dalam surah At-Taubah ayat 128
mafhumnya,
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan
kamu sendiri iaitu ( Nabi Muhammmad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan
untuk kamu, dan dia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayang kepada orang-orang beriman.”
Ikhlas dalam Amal Perbuatan
"Seluruh Amal Itu, Hampa Bila Tanpa Keikhlasan"
Pepatah diatas membawa maksud yang mendalam. Untuk
berubah perlukan kekuatan. Selain kekuatan dalaman dari diri sendiri. Oleh itu, siapa kita, apa kesalahan, bagaimana sikap kita sebelum
ini bukan menjadi penghalang untuk kita melakukan hijrah. Dengan arus cabaran
yang pelbagai dizaman kini, maka niat kita perlu utuh ikhlas kerana Allah. Apabila
kita berniat pada amal perbuatan dengan niat ikhlas sungguh sungguh kerana
Allah, Allah akan bantu kita. Biar niat
kita selari dengan apa yang telah Rasulullah s.a.w sabdakan:
…فَمَنْ كَانَتْ
هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِ…
“barangsiapa niat hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.” (H.R Bukhari)
Bersesuaian dengan tema Tahun Hijrah negara kita tahun ini “Kesatuan
Ummah, Kesejahteraan Negara”, kita perlu pupuk semanagat cinta pada kesatuan dan
perpaduan kearah membentuk Baldatun Toyyibah (Negara yang Baik). Seiring dengan
kemerdekaan negara yang telah kita kecapi selama ini.
Meskipun kita punyai perbezaan fahaman ideologi, jangan sampai ia
menjadi asbab kepada perpecahan. Meskipun rakyat negara kita punyai pelbagai
agama, jangan sampai berlaku permusuhan. Sebagai umat islam, biar kita
tunjukkan tasawwur islam kepada yang bukan islam. Dengan niat murni membentuk
kesatuan, Allah pasti akan bantu kita.
Semoga dengan tahun 1439H ini akan membawa kita melangkah kearah
lebih cemerlang meneruskan perjuangan dakwah menyampaikan dan memperlihatkan
tasawwur islam ke martabat yang tinggi.
Pena Qalam Hazim,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Comments
Post a Comment