Mengorak Langkah Baru
Sedar tidak sedar, hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017. KITA hampir menutup tirai 2017. Tahun baharu 2018 sudah menjenguk di balik tabir. Bersedia untuk muncul bagi menyambung kitaran waktu berikutnya. 2017 bakal tersimpan dalam lipatan sejarah dengan pelbagai cerita. Lembaran tahun baharu 2018 masih lagi kosong, bersih dan terbentang luas. Terpulanglah kepada setiap individu, lukisan kisah kehidupan bagaimanakah ingin dilakarkan pada tahun 2018 nanti. Pilihan sentiasa ada. Peluang terbuka. Cuma, tidak pasti, adakah kita masih ada kesempatannya? Seandainya hati kecil sentiasa membisik dan mendesak supaya berubah ke arah lebih baik, bertindak segera. Usah bertangguh lagi. Ya, waktu masih ada, bimbang waktu itu bukan lagi milik kita. Ini tandanya hati kita hidup dengan kebaikan, tidak suka pada keburukan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda: أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ