Mengorak Langkah Baru
Sedar tidak sedar, hari ini adalah hari terakhir dalam
tahun 2017. KITA hampir menutup tirai 2017. Tahun baharu 2018 sudah menjenguk
di balik tabir. Bersedia untuk muncul bagi menyambung kitaran waktu berikutnya.
2017 bakal tersimpan dalam lipatan sejarah dengan pelbagai cerita. Lembaran
tahun baharu 2018 masih lagi kosong, bersih dan terbentang luas. Terpulanglah
kepada setiap individu, lukisan kisah kehidupan bagaimanakah ingin dilakarkan
pada tahun 2018 nanti.
Pilihan sentiasa ada. Peluang
terbuka. Cuma, tidak pasti, adakah kita masih ada kesempatannya? Seandainya
hati kecil sentiasa membisik dan mendesak supaya berubah ke arah lebih baik,
bertindak segera. Usah bertangguh lagi. Ya, waktu masih ada, bimbang waktu itu
bukan lagi milik kita. Ini tandanya hati kita hidup dengan kebaikan, tidak suka
pada keburukan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda:
أَلاَ وَإِنَّ فِي
الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا
فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal
daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka
buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Imam
Bukhari dan Muslim)
Kenangan Jadikan
Ibrah
2017 merupakan satu lembaran tahun yang bermakna buat
seseorang mahupun buat kita semua. Allah beri peluang untuk kita terus hidup
dan melakar pelbagai episod cerita sepanjang berada dalam tahun 2017. Ini adalah
peluang yang sangat bernilai Allah kurniakan. Cuba renung sejenak, telah ramai
insan yang telah pergi bertemu Allah dan tidak dapat peluang yang kita miliki.
Kita perlu bersyukur kerana apa yang Allah berikan ini, semuanya milik Allah.
Bukan milik kita.
Allah S.W.T berfirman dalm Al-Quran:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ
لَأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ ٧
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." (surah Ibrahim:7)
Ayat ini merupakan peringatan
Allah kepada semua hamba-Nya. Kita perlu punyai rasa syukur selama mana kita hidup
di atas muka bumi ini. Kita bernafas, kita melihat, kita bercakap, kita
mendengar semuanya kurniaan daripada Allah. Sampai masa Allah akan ambil. Maka
rugilah kita jika tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.
Mungkin, setiap dalam kalangan
kita punyai cerita hidup yang tersendiri sepanjang berada dalam tahun 2017. Ada yang
naik akhirnya tersungkur. Ada yang gembira, akhirnya sedih jadinya. Ada yang
punyai rasa yang bermacam-macam dek kerana ranjau kehidupan yang dilalui. Ada
yang dulunya disanjung, kini dihina. Tapi ketahuilah semua itu ada hikmahnya.
Benarlah pepatan dalam ungakapan
lagu Melayu mengatakan, “Pengalaman Telah Mendewasakan, Mematangkan Fikiran,
Pahit Getir Yang Pernah Dilalui Guruku Sejati” Walaupun ia petikan lagu,
jika diamati maksud disebalik bait, pasti kita akan temui maksudnya. Ia
ungkapan berbalik kepada kehidupan kita.
Dalam kehidupan kita ini, segala yang
kita lalui, sudah pasti tersimpan dalam lembaran kenangan. Jadikanlah ia ibrah
untuk diri kita. Jadikan jambatan untuk kita terus berusaha membentuk diri
kearah lebih baik. Jika sebelum ini kita hanya biasa-biasa penuh dengan
kelalaian pengaruh keseronokan dunia, maka jadikanlah tahun baharu 2018 ini
suatu permula untuk kita. Selagi kita masih bernafas, tiada istilah terlambat.
Azam Episod
Kehidupan
Kebiasaanya, disaat tahun baru menjelang tiba, kita akan
berbicara soal azam. Azam tahun 2017, pasti kita akan terus perbaharui dengan
azamtahun baharu 2018 yang bakal menjelang tiba. Sebab apa kita sering berbica
tentang azam? Kerana azam inilah satu tajuk perjalanan hidup kita. Dengan azam
juga kita akan dapat lahirkan semangat agar hidup dalam suasana yang baik,
berusaha melakarn titik cerita yang bermanfaat untuk diri dan orang sekeliling.
Berbicara soal azam, tidak
kiralah apa azam yang kita hendak mahukan, yang penting kita berpegang pada
tali Allah dan berpegang pada Sunnah Rasulullah s.a.w. Berpegang dengan tali
Allah dan Sunnah RasulNya, hidup pasti akan terselamat. Tidak tergelincir
dengan hasutan dunia. Kita hidup didunia ini bermatlamat, biarlah azam itu
seiring dengan matlamat hidup. Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah S.W.T:
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzariyaat: 56)
Jalani kehidupan sebaiknya dengan
matlamat yang ditetapkan. Jadilah kita generasi yang patuh dan taat pada syiar
islam. Jadilah generasi yang berilmu dengan sentiasa membaca dan memahami
Al-Quran, hidup dengan kesungguhan menuntut ilmu. Elakkan perpecaahan sesama kita.
Saling kuat menguatkan meskipun ada perbezaan. Berbeza boleh, tapi jangan
sampai berpecah belah. Hiduplah dengan bersandarkan panduan agama. Pasti kita
akan terselamat.
Walaupun kita hidup pada era yang
serba moden ini, tapi biarlah kita hidup dengan cara hidup islam. Jadilah kita
generasi yang hidup dizaman moden, tapi pemikiran dan cara hidup seperti para sahabat
Rasulullah s.a.w. Seimbang dan sederhana, tidak tenggelam dengan dunia. Jadilah
kita insan yang tahu tanggungjawab dan sentiasa perbaharui iman dengan taubat.
Inilah azam episod kehidupan kita. Berusah dan terus berusaha.
Mengorak
Langkah Baru
Dalam satu hadith daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah
s.a.w pernah bersabda:
كن
في الدنيا كأنك غريب , أو عابر سبيل - وكان ابن عمر رضي الله عنه يقول " إذا
أمسيت فلا تنتظر الصباح وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لمماتك
" رواه البخاري
“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang
asing atau pengembara. Lalu Ibnu Umar radhiyallahu anhuma berkata: “Jika engkau
di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau di waktu
pagi, maka janganlah menunggu petang dan pergunakanlah waktu sihatmu sebelum
kamu sakit dan waktu hidupmu sebelum kamu mati”.[Riwayat Imam Bukhari no.
6416]
Maksud hadith ini sangat bermakna
dan memberi kesan pada diri kita. Setiap dikalangan kita ingin satu kebaikan
dalam hidup. Namun, bagaimana kita manfaatkan peluang hidup ini? Dua
perkara menjadi pangkal mesej utama dalam hadith ini iaitu “pergunakanlah waktu sihatmu
sebelum kamu sakit”. Kalimat ini menganjurkan kita semua agar mempergunakan nikmat
kesihatan dan berusaha dengan penuh kesungguhan melakukan kebaikan, kumpul
pahala sebanyak mungkin kerana bila tiba masa kita bertemu dengan masa sakit kita
tidak dapat melakukan amal kebaikan, Disitulah baru kita sedar nikmat kesihatan.
Mesej kedua adalah “waktu hidupmu
sebelum kamu mati”. Kita semua tahu setiap yang bernyawa pasti akan merasai
mati. Ini janji Allah pada perjalanan hidup hamba-Nya, termaktub dalam Al-Quran.
Mesej ini mengingatkan agar kita semua mempergunakan masa hidup sebaiknya. Gunakan dengan
bergaul dengan orang-orag yang baik, mentadabbur ilmu dan lakukan amal kebaikan
bersunguh-sungguh untuk amal jariah kita. Jangan hanya hidup dengan angan-angan,
kerana angan-angan pasti akan lenyap, dan akan timbul penyesalan. Sampai masa, Allah
akan ambil kita. Disitulah penghakiman atas amalan yang kita kerjakan.
Bersempena dengan tahun baharu 2018 yang
menjelang tiba, mari bersama kita azam semangat diri, niat ikhlas kerana Allah,
Mengorak Langkah Baru. Memanfaatkan peluang hidup yang Allah masih kurniakan
kepada kita. Selama mana kita punyai rasa keiman kepada Allah, Allah pasti akan
menjaga perjalanan hidup kita. Ingatlah, kehidupan kita ini adalah satu
pengembaraan, sekiranya kembara kita ini berpaksikan Tuhan, hidup akan bernilai
harganya. Jadikan tahun baru ini satu permulaan yang baik untuk kita bina diri
kearah lebih baik dari sebelumnya.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2018. Lakarlah lukisan hidup seindahnya. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, ianya lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
Salam Ikhlas daripada saya Qalam Hazim.
Pena Qalam Hazim,
Fakulti
Pengajian Islam,
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Comments
Post a Comment