Belajar. Ingat Harapan Ibu Ayah
Musim peperiksaan sudah hampir, begitu cepat masa berlalu. Bagai
semalam ia hadir mencoret kisah hidup kita. Beginilah putaran masa ketika
berada dialam pengajian. Banyak masa yang telah kita luangkan menghadiri kuliah
subjek yang kita pelajari. Namun, adakah kita manfaatkan masa luang kita dengan
sebaiknya? Ini adalah cabaran bagi kita yang bergelar penuntut ilmu.
Dunia Kampus Untuk Menimba Ilmu
Inilah dunia kampus. Walaupun berbeza univerisiti, tapi sistem pengajian adalah tetap sama. Hanya dibezakan dengan suasana. Matlamat kita sebagai penuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah satu keperluan untuk kita.
Setiap satu semester yang kita lalui, putarannya adalah sama. Cuba imbas putaran masa kita disemester lepas, ianya sama dengan semester kita alami sekarang. Empat belas minggu pengajian. Empat belas minggu itu juga kita disibukkan dengan adanya tugasan 'assignment' yang diberikan oleh pensyarah. Tapi adakah kita memahami sebaiknya tugasan yang diberikan?
Rugilah kita jika tidak memanfaatkan tugasan yang diberikan dengan memahaminya sebaiknya. Tugasan itu adalah ilmu baru untuk kita. Jangan hanya hanya menganggap ianya tugasan ayau assignment kosong sahaja yang perlu disiapkan untuk mendapatkan markah, tapi biarlah ianya melekat didalam hati. Ilmu buat bekalan disampaikan dan dikongsikan dimasa akan datang.
Mungkin, adalah sebahagian yang beranggapan masuk universiti sebagai satu kebanggan. Hanya inginkan satu sijil ijazah dan inginkan pekerjaan yang baik sahaja. Kalau ada menggap sebegini, ini adalah salah. Memang ada betulnya, tetapi biarlah niat kita itu betul. Menuntut ilmu sesuai dengan perintah agama. Memang kita masuk universiti untuk capai apa yang kita impikan.. Tetapi ilmu yang kita ada itu perlu dimanfaatkan untukdiri dan orang lain.
Memikul Harapan Ibu Ayah
Kita dihantar untuk belajar
adalah untuk kita manfaatan ilmu daripada pensyarah. Belajar ilmu bidang yang
kita ceburi di tempat pengajian kita. Namun adakah kita bersungguh-sungguh
dalam menimba ilmu tersebut? Tepuk dada, tanya pada diri. Biar diri sendiri
yang menjawabnya.
Kita
belajar sebenarnya kita sedang membawa satu amanah, iaitu harapan Ibu Ayah
kita. Ibu Ayah kita semua pasti ingin melihat anaknya berjaya. Sanggup bersusah
payah demi kesenangan anak yang sedang menuntut ilmu. Jangan hancurkan harapan
Mak Ayah kita. Taatlah dan patuhi setiap pesanan Mak Ayah kita. Lebih-lebih
kita dalam masa belajar.
Dalam satu hadith yang
diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda:
رِضا الربِّ تبارك وتعالى في رضا
الوالدَينِ ، وسَخطُ اللهِ تبارك وتعالى في سَخطِ الوالدَينِ
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”. (Riwayat Tirmidzi, No
1899. Hadith Hasan menurut Al-albani)
Bila kita buat kerja menyiapkan
tugasan yang dibagi oleh pensyarah, atau apa-apa kerja yang melibatkan
pelajaran yang lerlu disiapkan, tiba-tiba hati kita berkata: Nantilah dulu ada
banyak masa lagi nak buat. Sekarang ni masa nak enjoy dulu. Last minit boleh
siapkan. Yang penting siap.
Kalau ada rasa begini, cuba
renung sejenak wajah Mak Ayah kita dikampung. InsyaAllah perasaan ingin
menangguhkan kerja itu terbatal. Cuba imbas semula, ketika kita keluar dari
rumah nak balik ke kampus. Bila kita salam tangan Mak Ayah kita, kebiasaannya
pesanan Mak Ayah kita macam ni, 'Abang/along/kakak/adik dan sebagainya
(panggilan diri kita), belajar sungguh-sungguh ya. Jangan buang masa. Mak Ayah
doakan anak mak dapat berjaya dunia dan akhirat'.
Hayati pesan Mak Ayah kita.
Renung semula kata-kata harapan Mak Ayah kita. Pasti semangat kita untuk
belajar akan terus membara kerana kita sedar kita ada amanah untuk penuhi
harapan Mak Ayah kita. Semua Mak Ayah ingin terbaik untuk anaknya.
Jadi, sepanjang kita berada di
alampengajian, tuntutlah ilmu sebaiknya. Manfaatkan peluang yang kita ada
kerana adalah peluang kurniaan Allah untuk kita. Ingat, ’Masa belajar,
belajar sungguh-sungguh. Buat kerja, buat sungguh. Niat ikhlas kerana Allah. Moga
kejayaan hadir bersama kita”.
Biarkan keredhaan Mak Ayah sentiasa bersama disetiap jejak
langkah kita. InsyaAllah kejayaan pasti akan berada dalam genggaman kita.
Cuba genggam tangan kanan, kemudian letak di dada. Kemudian cakap pada diri sendiri, "Wahai Ibu dan Ayah ku, Pesan mu sentiasa tersemat daalam ingatan. Sesusah manapun cabaran dalam menimba ilmu, pastinya harapanmu akan aku penuhi. Sayang Ibu Ayah selamanya".
Cuba genggam tangan kanan, kemudian letak di dada. Kemudian cakap pada diri sendiri, "Wahai Ibu dan Ayah ku, Pesan mu sentiasa tersemat daalam ingatan. Sesusah manapun cabaran dalam menimba ilmu, pastinya harapanmu akan aku penuhi. Sayang Ibu Ayah selamanya".
Pena Qalam Hazim,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Comments
Post a Comment