Manfaat Menuntut Ilmu
Alhamdulillah,
semester ini diberi peluang menuntut ilmu bersama Dr Najah Nadiah dalam
subjek yang menjadi kegemaran saya iaitu subjek HADITH 1.
Alhamdulillah, sepanjang kuliah subjek ini, banyak ilmu baru yang
diperolehi. Ustazah banyak berkongsi ilmu yang baru kepada kami. Dan apa
yang penting adalah ilmu berkaitan hadith-hadith Rasulullah.
Sepanjang kuliah dalam semester kali ini, banyak didedahkan dengan
hadith-hadith yang menjelaskan kepentingan menuntut ilmu. Benarlah,
apabila kita melazimi, berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi, kita akan
merasakan betapa hebatnya ilmu hadith. Manfaatnya sangat luas. Melalui
hadith banyak dapat dipelajari dalam usaha membentuk keperibadian yang
baik.
Baik, dalam penulisan kali ini adalah santai sahaja. Tidak seperti
penulisan saya sebelum ini. Saya kongsikan tiga soalan yang diberikan
oleh Ustazah untuk kami siapkan. Kami ada 75 orang, pastinya semua
mempunyai jawapan yang berbeza. Bahkan ada lagi jawapan yang lebih baik
daripada saya.
Jadi, sebagai coretan perkongsian dalam blog saya kali ini, saya
kongsikan jawapan yang saya hasilkan untuk memberi respon kepada task
Ustazah yang telah diberikan. Semoga bermnfaat. Kalau ada yang salah,
mohon dibetulkan.
Tidak Sama Orang Berilmu dan Tidak Berilmu
1. Adakah samaorang yangberilmu dengan yang tidak berilmu?
Allah berfirman dalam Al-Quran:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ
يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا
الْأَلْبَابِ
"Katakanlah (wahai
Muhammad) adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak
mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".
(Az Zumar: 9)
Umumnya, ramai yang mengetahui
bahawa ayat diatas adalah salah satu diantara dalil yang menunjukkan keutamaan
ilmu dan orang yang berilmu. Dalam ayat ini Allah menyuruh Rasulullah untuk
bertanya “Adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui?’.
Jawapannya mudah, kerana sudah pasti berbeza orang yang mengetahui
dengan orang yang tidak mengatahui, orang yang berilmu dan yang tidak berilmu.
Jika fahami
makna ayat ini sebaiknya, kita akan dapat mendapati dua golongan yang berbeza.
Orang yang berilmu sudah pasti akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada
orang sekelilingnya. Orang yang berilmu juga sudah pasti akan menjadi pemandu
dalam setiap urusan yang sulit. Berbeza dengan orang yang tidak berilmu. Orang
yang tidak berilmu akan membuatkan orang sekeliling tertanya-tanya. Tidak
mendatangkan manfaat untuk diikuti. Sudah pasti setiap permasalah atau
pertanyaan mereka tidak akan selesai jika tidak ada orang yang berilmu.
Berdasarkan
ayat ini, Sheikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin ada menjelaskan ayat ini dalam
kitabnya di awal bab “Keutamaan Ilmu” dalam “Kitabul Ilmi”. Sheikh berkata,
“Tidaklah sama orang yang berilmu dan tidak berilmu, sebagaimana tidak sama
orang yang hidup dengan yang mati, yang mendengar dengan yang tuli, yang
melihat dengan yang buta’.
Ilmu adalah
cahaya yang dengannya manusia mendapat petunjuk, dan denganya (ilmu) manusia
keluar dari kegelapan menuju cahaya. Dengan ilmu Allah mengangkat atau melebihkan
sesiapa yang dikehendaki dari kalangan makhluk-Nya. Allah berfirman
dalamAl-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ
اللَّهُ لَكُمْ ۖوَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ
آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚوَاللَّهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Wahai orang-orang yang
beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam
majelis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan
untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah: 11)
Sifat Orang Berilmu
2. Jelaskan pengertian dan maksud
ayat al-Quran : Fatir 28 - Sesungguhnya Hanya yang takut kepada Allah di
kalangan hamba-hamba-Nya ialah 'ulama' ?
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ
عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
“Sesungguhnya di
antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para Ulama,
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS Surat Fathir: 28)
Ayat firman Allah ini
menjelaskan tentang sifat seorang ulama. Sheikhul Islam Ibn Taimiyah memberi
penjelasan tentang ayat di dalam kitabnya Majmu’ Al-Fatawa: “Hal ini
menunjukkan bahawa setiap yang takut kepada Allah maka dialah orang yang Alim,
dan ini adalah haq. Dan bukan berarti setiap yang alim akan takut kepada Allah.”
(Dari kitab “Majmu Al Fatawa”, 7/539)
Imam Ibnu
Katsir, seorang ulama tafsir yang agung berkata: “Sesungguhnya yang takut
kepada Allah dan benar-benar takut adalah para Ulama yang mereka faham dengan
baik tentang hakikat Allah Ta’ala, kerana pengetahuan kepada Yang Maha Agung dan
Maha Kuasa sudah sempurna dan bekal ilmu tentang-Nya sudah memadai maka
perasaan takut kepada-NYA akan semakin besar.”
Dari penjelasan
di atas, ayat ini memberikan faedah yang jelas mengenai sifat seseorang yang
berilmu dan hubungannya dengan sifat takut kepada Allah. Sesungguhnya para Ulama itu pemilik rasa
takut kepada Allah, dan sesungguhnya siapa saja yang tidak takut kepada Allah
bererti dia bukanlah seorang alim.
Seseorang
yang berilmu itu akan sentiasa rasa takut pada Allah. Dia akan sentiasa menjaga
perbuatannya sesuai dengan garis panduan agama yang Alla telah tetapkan. Perkara
ini boleh dikaitkan dengan hadith yang menerangkan suruhan dan perintan serta
larangan Allah yang boleh difahami berkaitan dengan seseorang yang berilmu
(ulama). Daripada Abi Tsa’labah al-Khusyani Jurtsumi bin Nasyirin r.a
meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ
فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُوداً فَلاَ تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ
أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ
نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَا
“Sesungguhnya Allah SWT telah
menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meinggalkannya. Dan telah
menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah engkau melampauinya. Dan
telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan Dia
telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa,
maka janganlah engkau mempersoalkannya.”
(Hadith Hasan, Riwayat Imam
Daruqutni.)
Seseorang
ulama itu akan sentiasa memastikan tindakannya tidak bertentangan dengan ajaran
agama dan tidak mengundangan kemarahan Allah. Dia akan sentiasa berhati-hati
kerana setiap perilaku sentiasa diawasi oleh Allah. Bertepatan dengan hadith
ketika Jibril a.s bertanya kepada Rasulullah s.a.w makna Ihsan. Rasulullah
s.a.w menjelaskan, “Ihsan itu adalah engkau beribadah kepada Allah seumpama
engkau melihat-Nya, sedangkan engkau tidak mampu melihat-Nya, tetapi Dia
melihatmu.”
Allah Memberikan Kefahaman Agama
3. Apakah Tujuan/motif @ penjelasan untuk Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang Allah inginkan kepada dirinya kebaikan (atau mendapat kebaikan), dia diberikan kefahaman tentang hal ehwal agama?
Dalam hadith, yang diriwayatkan
oleh Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a, Rasulullah s.a.w bersabda bersabda,
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى
الدِّينِ
“Barangsiapa yang Allah
kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang
agama.” (HR. Bukhari no. 71 dan Muslim no. 1037)
Hadith
ini adalah dikisahkan kepada doa Rasulullah s.a.wkepada Ibnu Abbas agar
diberikan kefahaman agama yang baik. Sudah pasti setiap doa yang Rasulullah
doakan mempunyai motif atau keutamaan yang diberikan oleh Allah kepada
seseorang. Dan jelas Ibnu Abbas adalah merupakan salah seorang sahabat yang
mempunyai kefahaman agama, menjadi rujukan para sahabat yang lain kerana
sifatnya yang terlalu cinta ilmu agama dan inginkan kefahaman yang baik.
Jika
di amati makna hadith ini, ia menjelaskan tentang tujuan kepentingan mempelajari
ilmu syariat, hukum-hakamnya, halal haramnya merupakan cara yang paling tepat
untuk mempertahankan agama dan mendakwahkannya kepada seluruh manusia. Menjelaskan
setiap amal perbuatan perlu mengikut acuan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Setiap ilmu disampaikan kepada orang lain untuk diikuti supaya tidak
bertentangan dengan ajaran agama.
Allah
menginginkan kebaikan dalam diri seseorang itu juga adalah untuk dibukakan
jalan agar dia sentiasa beramal soleh sebelum kematian menjelang kerana ilmu
kefahaman yang dia miliki memberi manfaat kepadanya dan sekelilingnya. Disebutkan dalam hadits yang dikeluarkan oleh
Imam Ahmad dan lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أراد الله بعبد خيرا استعمله قيل : ما يستعمله ؟ قال
: يفتح له عملا صالحا بين يدي موته حتى يرضي عليه من حوله
“Apabila Allah menginginkan
kebaikan kepada seorang hamba, Allah jadikan dia beramal.” Lalu para sahabat
bertanya, “Apa yang dimaksud dijadikan dia beramal?” Maka Rasulullah s.a.w
bersabda, “Dibukakan untuknya amalan soleih sebelum dia meninggal sehingga
orang-orang yang berada di sekitarnya redha kepadanya.”
(Hadith Riwayat Imam Ahmad,
Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam shahih Jami’ no 304.)
Tiga
soalan diatas merupakan assignment subjek Hadith 1. Apa yang coret
adalah untuk berkongsi sedikit ilmu. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan
jariah dimasa akan datang. InsyaAllah, saya akan coretkan lagi
perkongsian sekiranya saya punyai kesempatan. Semoga bermanfaat.
Jazakumullahu kheir kerana sudi membaca.
Pena Qalam Hazim,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Comments
Post a Comment