Posts

Showing posts from 2015

Jangan Jika Belum Sampai Waktunya

Image
Jangan Jika Belum Sampai Waktunya Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logikanya mudah sahaja, cuba nenikmati buah-buahan yang belum masak hanya akan terhalang dari sebarang kenikmatan malah membawa kepada pembaziran sahaja. Logika ini bukan sahaja diterima aqal biasa, malah juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi : Ù…َÙ†ْ اسْتَعْجَÙ„َ Ø´َÙŠْئاً Ù‚َبْÙ„َ Ø£َÙˆَانِÙ‡ِ عُوقِبَ بِØ­ِرْÙ…َانِÙ‡ِ Ertinya : Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya (Al-Ashbah Wa An-Nazair, As-Sayuti, hlm 195) Para ulama Fiqh pada kebiasaannya akan memberikan contoh seorang waris atau anak yang tidak sabar untuk mewarisi harta bapanya, lalu bertindak membunuh bapanya. Apabila itu berlaku dan disabitkan oleh hakim, si anak tadi secara automatis terkeluar dari senarai penerima

Indahnya Menuntut Ilmu.

Image
Fiqh Penghayatan Solat Alhamdulillah, syukur dilafazkan kepada Allah Ta’ala dengan izin masih diberi kesempatan meneruskan perjuangan hidup yang merupakan satu amanah daripada Allah. Tanpa nikmat dan kurnia ini, perjalanan hidup ini pasti sudah akan terhenti. Hidup merupakan satu perjalanan yang panjang, dalam perjalanan pasti ada onak duri cabaran dan dugaan, ini lah corak kehidupan. Dan perlu kita tahu, hidup ini bermatlamatkan redha Ilahi. Benarlah apa yang telah dikatakan “Selagi ada kehidupan, selagi itu adanya berjuta cerita.” 21 November 2015, saya dengan izinNya diberi peluang untukbekerjasama dengan satu NGO yang di kanali sebagai K-FIQH Sdn.Bhd dibawah kelolaan sang guru kami, Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman. NGO ini berperanan menyampaikanmedium dakwah mengikut kaedah wassatiyah kepada masyarakat dan saya akui sendiri saya amat bersyukur berada dalam NGO ini bersama sahabat-sahabat lain meskipun ada tentang dari setiap sudut terutama kepada guru kami, namun