Indahnya Menuntut Ilmu.
Fiqh Penghayatan Solat
Alhamdulillah, syukur dilafazkan
kepada Allah Ta’ala dengan izin masih diberi kesempatan meneruskan perjuangan
hidup yang merupakan satu amanah daripada Allah. Tanpa nikmat dan kurnia ini,
perjalanan hidup ini pasti sudah akan terhenti. Hidup merupakan satu perjalanan
yang panjang, dalam perjalanan pasti ada onak duri cabaran dan dugaan, ini lah
corak kehidupan. Dan perlu kita tahu, hidup ini bermatlamatkan redha Ilahi.
Benarlah apa yang telah dikatakan “Selagi ada kehidupan, selagi itu adanya
berjuta cerita.”
21 November 2015, saya
dengan izinNya diberi peluang untukbekerjasama dengan satu NGO yang di kanali
sebagai K-FIQH Sdn.Bhd dibawah kelolaan sang guru kami, Ustaz Dr Zaharuddin
Abdul Rahman. NGO ini berperanan menyampaikanmedium dakwah mengikut kaedah
wassatiyah kepada masyarakat dan saya akui sendiri saya amat bersyukur berada
dalam NGO ini bersama sahabat-sahabat lain meskipun ada tentang dari setiap
sudut terutama kepada guru kami, namun langkah ini perlu diteruskan untuk
manfaat ummah.Fiqh Penghayatan Solat ini berlangsung di dewan kuliah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Slot 1: Dr Zaharuddin AbdulRahman
"Tatacara solat Takbir sehingga
Salam"
Slot bersama Dr Zaharuddin sebagai
mukaddimah membuat rasa seroonok kerana mukaddimah dimulakan dengan
pembentangan seorang tokoh ilmuan Malaysia dan pastinya saya terhibur kerana
dihadapan adalah merupakan guru saya. Dalam slot ini Dr UZAR telah menyampaikan
dengan sangat kemas dan teratur. Para peserta yang hadir seramai 200 lebih majority
mengakui faham dengan penyampaian.
Bermula dengan takbir sehinggalah
salam, Dr UZAR telah menyampaikan bukan sahaja dengan satu mazhab, tetapi
beliau menyampaikan mengikut 4 mazhab.Tujuan ini adalah supaya para peserta
faham dengan baik dan tidak keliru dengan asbab disebalik perbezaan 4 mazhab
ini. Dalam slot ini apa yang saya boleh simpulkan adalah sejauh mana kita
membaca, mentelaah dan memahami, kita akan sedar bahawa terdapat perbezaan dari
sudut pandangan dan ianya bukan asbab untuk kita berpecah,tetapi ianya adalah
hikmah untuk kita kerana ilmu yang berbeza itu kita boleh aplikasikan mengikut
waqi’ tertentu.
Alah Ya Allah, betapa luasnya ilmu
sehingga kini diri ini masih ketandusan daningin terus melangkah mencari ilmu.
Slot 2: DrAnhar Opir
"Falsafah Solat"
Slot falsafah solat bersama seorang ilmuan yang baru saya kenali, Dr Anhar Opir merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Alhamdulillah slot yang beliau sampaikan sangat menarik yang mana beliau mengajar untuk membuka minda berfikir mengikut kaedah falsafah akan kepentingan solat.
Solat adalah tiang agama , tanpanya
runtuhnya agama seseorang malah Nabi pernah bersabda : ertinya "
sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan
solat" ( Hadith Shohih Riwayat Muslim ) , manakala dalam sebuah hadith
lain ertinya : " Bukti perjanjian antara kita (Islam) dan kamu (Umat
Islam) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah jatuh
kafir" (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,Al-Hakim, Hadith Sohih menurut Ibn
Hibban, An-Nasaie dan al-‘Iraqi )
Ia juga adalah jenis ibadah khusus
yang terhebat kesannya dalam diri seseorang dan merupakan ibadah khusus yang
paling dapat menghampirkan diri seseorang dengan Allah SWT. Terdapat begitu
banyak ayat yang menyatakan perihal solat seperti Firman Allah SWT ertinya :
"Sesunguhnya solat adalah ketetapan buat orang Mukmin menurut
waktunya" (An-Nisa: 103 ), Bukan setakat itu sahaja, malah Allah SWT juga telah menetapkan bahawa tanda
sesuatu solat itu diterima adalah dengan melihat kepada kesannya dalam diri
individu sebagaimana Firman Allah SWT
ertinya : "Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat
mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar". (
al-‘Ankabut : 45 )
Maka, ingin ditegaskan di sini,
bahawa solat yang mampu melahirkan kesan dan tanda yang dikehendaki oleh Allah SWT
tadi, hanyalah solat yang sempurna dihayati sepenuhnya. Solat yang tepat rukun
dan syarat serta rukun hatinya, pasti dapat mengelakkan seseorang dari lembah
maksiat. Tetapi hari ini, mengapa ramai juga kelihatan individu yang bersolat
masih lagi melakukan maksiat? Jawapannya adalah kerana solat yang
didirikan tidak dibuat dalam bentuk dan
kaedah yang sempurna. Akhirnya solat itu
gagal mendidik ruh walapun kelihatan di mata kasar menepati rukun
zahirnya. Firman Allah SWT : " Telah berjayalah orang mukmin yang khushu'
di dalam solatnya" ( Al-Mukminun : 1) , Nabi juga bersabda ertinya :
" Allah tidak melihat kepada solat seseorang yang tidak hadir hati
seseorang dengan badannya" ( Hadith Mursal )
Nabi SAW menegaskan "Solatlah
kamu sebagaimana kamu melihat aku solat" .Justeru, beruntunglah sesiapa
yang memperelokkan solatnya dengan didasari ilmu dan kekhusyu'kan hati. Benar
ia adalah sesuatu yang amat sukar di akhir zaman ini. Maka menyedari dan
menginsafi kepentingan ilmu dalam menyempurnakan ibadah terbesar ini. Suatu
usaha khusus yang bersungguh untuk memperdalami selok belok ilmu tentang solat
adalah amat diperlukan.
Slot 3: Imam Muda Asyraf
"Solat Jama’ Qasar"
Slot ketika bersama Akhi Imam Muda
Asyraf. Sloat ini merupakan slot yang amat menghiburkan. Dalam slot ini Imam
Muda Asyraf telah banyak menjelaskan dengan baik akan tajuk yang dibentangkan.
Sedikit nota yang saya dapat kongsikan yang saya petik dari artikel sang guru
Ustaz Dr UZAR:
syarat untuk
men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj,
1/359-365) :-
i. Hanya tertakluk kepada keadaan
bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.
ii. Hanya boleh di qasar apabila
telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.
iii. Mengetahui destinasinya dan ia
tidak bertujuan maksiat.
iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan
solat penuh (4 rakaat).
v. Berniat qasar semasa takbiratul
ihram solatnya.
vi. Mestilah solat qasar itu
dilakukan dalam keadaan bersmusafir dari awal hingga akhirnya.
vii. Jika ia berniat (semasa
bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk
hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat,
sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga
hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak
termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika
tiada niat 3 hari.
Solat jama' pula semua syaratnya
sama dengan solat qasar. Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama' solat
:-
i. Jama' tidak hanya tertakluk
kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan
terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak
membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali,
Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah
beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama' kan solat. (Rujuk
Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)
ii. Solat jama' boleh dilakukan
dalam dua bentuk :-
Pertama : Jamak Taqdim
Ertinya : Di gabungkan dua solat
dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor,
atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib.
Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad,
Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.
Syaratnya :
1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau
yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu
dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab
Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )
2) Berniat jamak ketika solat
pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula.
Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu
juga di benarkan. Tatpi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya
sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini
adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak
pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa
berlafaz, itu yang terbaik.
3) Mestilah berturut-turut
(Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan
lain di tengah-tengah kedua-dua solat.
Kedua : Jamak Takhir
Ertinya : Menggabungkan dua solat
dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar
di tunaikan dalam waktu asar).
Ia dibenarkan syarak berdasarkan
hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)
Syarat-syaratnya :
1) Niat Takhir sebelum habisnya
waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan
dalam waktu asar atau isyak)
2) Berterusan dalam keadaan musafir
sehingga tamat solat yang kedua.
Alhamdulillah, seminar ini amat bermanfaat dan pastinya ia merupakan bekalan untuk diri. Berjuang mencari ilmu satu nikmat yang amat bermakna. Jika para ilmuan terdahulu bersusah payah mencari ilmu, kita juga perlu berusaha seperti mereka.Mencari ilmu dengan ikhlas kerana Allah Taala.
Biar kita sibuk kerana ALLAH. Biar kita letih kerana agama. Biar semua kesibukan dan keletihan menjadi asbab untuk kita nikmati kerehatan dan kenikmatan SYURGA.
Ketika masih sempat, beramallah. Jangan tunggu saat kesempitan.
Qalam Hazim
FPI UKM
23.12.2015
Comments
Post a Comment