Ketika masih sempat, BERAMALLAH. Jangan tunggu saat KESEMPITAN.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap
orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti
terhadap apa yang kamu kerjakan."
(Al-Hasyr:18)
Saya tertarik dengan nukilan ini, saya telah copy nukilan ini dan masukkan dalam laman blog saya. Moga jariah ini terus kepada sang penukil. Mohon izin sang penukil kerana saya telah copy karya ini dan mengedit sedikit untuk penambah baikan.
'Kehidupan ini penuh dengan ranjau, penuh dengan cabaran. Benarlah, selagi ada keihdupan selagi itu adanya berjuta cerita.'
Alhamdulillah, hari ini muncul
lagi..Menghirup udara segar pemberian yang tak terhitungkan daripada
Allah, dan yang terindah, kita masih lagi diberi nikmat dengan meyakini
Akidah Tauhid ini..Lailaha Illallah...Hari ini, suatu anugerah,
kesempatan, ruang dan peluang yang Allah beri untuk kita menjadikan hari
ini lebih baik dari semalam. Kenapa mahu jadi lebih baik daripada
semalam? Tiada lain tiada bukan, suatu pesan agung junjungan mulia kita
Rasulullah s.a.w.
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan
orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada
semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama
dengan hari semalam”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Semalam, semalam dan semalam suatu
yang telah berlalu..Walau apa yang telah berlaku, itulah yang telah
berlaku..Tidak akan mampu mengembalikan waktu itu..Biarlah ia dan
teruslah melangkah...Jadikanlah semalam sebagi titik tolak untuk hari
ini. Berbuat dan terus berbuat yang lebih baik lagi..
Mahu kan jadi orang yang paling berjaya? Orang yang paling beruntung!
Dalam meraih status orang-orang yang
berjaya, KEKUATAN adalah simbol akrabnya..Manakala KELEMAHAN adalah
simbol ataupun karakter orang-orang yang kalah. Kuat? Bgaimana mahu
mendefinisikannya? Semoga fikiran kita tidak terbatas sekadar susuk
tubuh yang kuat. Tidak terbatas pada kedudukan yang diduduki, Tidak
terbatas kepada harta yang dimiliki. Itu bukanlah simbol kekuatan hakiki
bagi seorang Muslim. Tapi, simbol kekuatan itu letaknya pada HATI.
Saat hati itu hilang "keinginan dan
kemahuan", maka hilanglah tujuan hidup dan pijakannya yang jelas. Orang
yang tidak memiliki tujuan yang jelas, lantas bagaimana harus dia akan
melangkah menuju ke destinasinya? Bagaimana seharusnya dia mahu
mengerahkan seluruh tenaga dan usahanya jika tanpa hala tuju yang jelas?
Takkan mampu, bukan? Jika ada pun, pastinya akan lelah, letih..Ke mana
mahu melangkah? Ke mana mahu di tuju?
Dalam perlawanan bola sepak umpanya, pastinya matlamat adalah menjaringkan gol. Maka seluruh ahli team
akan berusaha untuk menjaringkan gol. Strategi di susun. Bayangkan jika
pemain-pemain tidak mengetahui matlamat mereka? Mahu ke mana? Berlari
ke sana dan ke sini...Akhirnya letih..Pain but no gain..Mungkin
ada yang saja main untuk suka-suka..Tapi ingat, Permainan sedemikian
rupa tidak boleh disamakan dengan 'permainan' di arena dunia ini. Tiada
yang suka-suka, kerana setiap tindakan, pasti akan di minta
pertanggungjawabannya kelak..
"Pada
hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi
terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
(An-Nur:24)
Kekuatan Memilih
Rasulullah s.aa. bersabda, "Semua
uamtku masuk syurga kecuali mereka yang menolaknya". Sahabat bertanya,
"siapa yang menolaknya ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Orang yang
mentaatiku dia akan masuk syurga, dan orang menentangku adalah orang
yang menolak syurga"
Nah, daripada hadis ini, jelas
bahawa untuk masuk syurga itu adalah satu pilihan. Dan setiap daripada
kita harus memilih! Taat atau tentang, Patuh atau Ingkar, Menang atau
Kalah!
Ayuh, kita mulakan langkah kita
menuju kejayaan..Menuju Allah..Kerana bagi seorang mukmin, tiada istilah
KALAH. Jika bukan di dunia, namun di akhirat sana. Suatu kemenangan
yang nyata dan hakiki..
"Dan
janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang
akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang
(sungguh-sungguh) beriman."
(Ali-Imran : 139)
Saat
ini, ketika ini, hari ini..Pandanglah apa jua di hadapanmu dengan
optimis. Meski pelbagai rasa yang bermain di jiwamu...Kerana, engkau
berhak memilih. Mulakanlah langkah dengan ayunan lembut kalam
Tuhanmu..Meski di mana jua, hadirkanlah Dia..Resapilah Dia di
hatimu..Sedalam yang mungkin..Kerana padaNya, tersimpan berjuta rahsia
rasa jiwa yang menggugahkan..
Teruslah melangkah duhai diri..
Ku Perlukan.
Oh Tuhanku, dengarkan suara hatiku, lidah ku kelu tak mampu berbicara.
Oh Tuhanku, tak terpikul segala dosaku, ku takut Kau palingkan ku dari pandangan Mu.
Saat ku hirup udara sedalam-dalamnya tak terlintas untuk ku menghargainya,
saat mata terbuka dari lena hampir tiada ku rasa untuk mensyukuri tiap nikmat yang telah Engkau pinjamkan.
Malah sering aku meminta-minta.
Aku selalu melupankan Mu, meski Kau tak pernah melupakan ku,
Aku perlu pengampunan Mu, dan aku perlu Engkau terima taubat ku.
Kala ku tersasar Kau ingatkan, tersungkur ku Kau beri harapan, tak pernah diri ini dipersiakan, betapa besar dan rahmat kasih Mu Tuhan.
Sahabatku, jika ada yang bertanya: Apa yang kau sibuk sangat?
Maka jawablah: Aku sibuk kerana aku masih hidup. Hidup untuk kumpul pahala kerana mati boleh datng bila-bila.
Qalam Hazim
12.21.2015
FPI Quran Sunnah.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment