Aku dan UNIC

2015 terus melangkah tanpa undur walau sekali. Dan pastinya sifat undur kebelakang tidak ada pada kamusnya. Inilah hakikat masa. Ia akan sentiasa bergerak. Sang suria tidak akan selama-lamanya memancarkan sinar. Tiba putarannya ia akan terbenam memberi laluan kepada rembulan. Rembulan juga tidak selama-lamanya akan bercahaya. Sang suria dan rembulan saling bersilih ganti bagi melengkapkan pusingan hari.

Begitulah siang akan berganti malam. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Inilah yang dinamakan masa. Masa adalah kehidupan. Masa adalah nikmat yang dikurniakan.

    ALLAH SWT berfirman: “Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya”. (Surah Ibrahim: 33-34).

Mukaddimah diatas menunjukkan masa itu terus berlalu tanpa undur sekali. Apabila di imbas masa yang terlalu berlalu, ia akanmembuat diri kita berfikir akan kekuasanNya, membuat kita muhasabah diri dana pa yang berkesan memberi sumbangan kepada kematangan diri. Di sebalik ini, terdetik ingin ku nukilkan satu cerita disebalik masa masa yang telah berlalu aku telah lalui.


Aku dan UNIC.
 
Berkisar tentang UNIC, sudah pasti semua pasti akan mengenali mereka. UNIC adalah salahsebuah kumpulan nasyid yang muncul dalam kalangan orang muda. Album album yang mereka munculkan majoritinya lagu berkonsepkan kejiwaan anak muda. Sudah pasti golongan muda lelaki dan perempuan, dan ada juga segelintir kaum ibu bapa yang sangat meminati mereka kerana mereka menjadi conoh yang baik kepada golongan muda.

 AKU? Apa kaitannya dengan aku? Satu corak cerita yang pernah lalui. UNIC aku tidak kenali sejak tahun 2003 atau 2004, aku sendiri tidak pasti. Namun, apayangpasti 2003 itu aku cenderung kepada satu kumpulan nasyid iaitu InTeam. Bila diimbas kembali, Inteam adalah abang, UNIC adalah adik. Mengapa ungkapan ini timbul? 1 jawapan kerana mereka duduk dibwah naungan sama iaitu Hijjaz salah sebuah kumpulan nasyid yang senior seiring perjalanan mereka dengan kumpulan nasyid Raihan dan Rabbani dlam usaha menyebarkan dakwah berkonsepkan  islamik. Kembali kepada UNIC, aku mula meminati UNIC slepas saya terdengar satu tajuk lagu berjudul Sebuah Pertemuan, salah satu lagu yang dimuatkan dalam album kedua See You D IPT.

Sebuah Pertemuan adalah lagu pertama yang menyuntik minat ku kepada mereka, dikuti lagu See You D IPT, Hakikat Bahagia, Demi Cinta Suci dan Zinnirah. Melalui lagu mereka inilah banyak memberi sedikit sebanyak menyumbang kepada diri ku. Hatta aku pernah berangan hendak melapisi kumpulan mereka dimasa yang mendatang. Maklumlah, ketika itu masih berada di bangku sekolah rendah, hanya tahu berangan. Aku pernah impian bertemu kesemua mereka, akhirnya kesampaian juga ketika berada dalam satu majlis TV Al Hijrah 2012. Alhamdulillah, satu angan yang menjadi.

      
Mengapa UNIC

 Baik, ada beberapa sebab mengapa UNIC menjadi pilihan. Sebabnya:
1.      Bercirikan islamik, menjiwa anak muda.
2.      Hiburan mereka cetuskan semangat juang
3.      Minor Change Major Impact, melalui penghayatan lagu yang variasi pebagai.

3 jawapan diatas inilah sebab aku minat kepada UNIC sebagai satu medium yang mampu membuat aku sedar, menjadi matang, berfikiran terbuka dan paling penting cinta Agama.
UNIC terus merudum. Betul kah?

Ini adalah sedikit pwekongsian diri ku, panjang lagi sebenarnya, namun hanya sesingkat disini sahaja aku mampu. Serius, aku mengalirkan mata disaat nukilan ini aku hasilakan. Ini adalah nukilan kedua, yang pertama sangat panjang. Jadi cukup ini sahaja aku kongsikan. Ada masa sesuai aku akan post nukilan pertama tajuk pun sama dengan perkongsian ini. Apa pun, kepada pembaca, sedarlah perjalanan hidup ini banyak menyumbang kepada kematangan diri. Begitu pun aku, aku membesar dengan lagu lagu UNIC. Dan sudah pasti aku khatam dengan album mereka. 

Dan Alhamdulillah, dengan lahirnya minat dalam penulisan, semua lagu mereka aku telah hayati dengan baik.Kesimpulan yang boleh aku buat adalah semua lagu mereka menjurus kepada kematangan diri kerana apa yang lepas sudah menjadi sejarah dalam diri kita, dan apa yang sedang kita lalui ini adalah corak perjalanan yang memipin kita siapa kita di waktu mendatang, dan yang akan datang adalah hasil tangan kita sendiri apa sama ada impian kita menjadi nyata atau sebaliknya.

    

"Kenangan silam biarkan berlalu dengan corak warna-warni, kita ada peluang mencorak hidup mulai hari ini, tidak kisah siapa kita sebelum ini, tapi yang kisah siapa kita hari ini."

Qalam Hazim
UKM
01.11.2015

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…