Jangan Jika Belum Sampai Waktunya
Jangan Jika Belum Sampai Waktunya Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logikanya mudah sahaja, cuba nenikmati buah-buahan yang belum masak hanya akan terhalang dari sebarang kenikmatan malah membawa kepada pembaziran sahaja. Logika ini bukan sahaja diterima aqal biasa, malah juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi : Ù…َÙ†ْ اسْتَعْجَÙ„َ Ø´َÙŠْئاً Ù‚َبْÙ„َ Ø£َÙˆَانِÙ‡ِ عُوقِبَ بِØِرْÙ…َانِÙ‡ِ Ertinya : Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya (Al-Ashbah Wa An-Nazair, As-Sayuti, hlm 195) Para ulama Fiqh pada kebiasaannya akan memberikan contoh seorang waris atau anak yang tidak sabar untuk mewarisi harta bapanya, lalu bertindak membunuh bapanya. Apabila itu berlaku dan disabitkan oleh hakim, si anak tadi secara automatis terkeluar dari senarai penerima