Posts

Showing posts from March, 2016

Hanya DIA

Image
  Sebalik langit yang gelap  tak terasa ingin terlelap  dibuai dengan keindahan  Seakan masa berhenti berjalan     Saat demi saat indah  terlelai pilu segala gundah  bukanku pinta selamanya     Hanya dia  Ku rindukan dia  bukan sesiapa ku berserah padanya     Aku tak sanggup meninggalkan dia  walau sekadar kelipan mata  kerna dia pemilik nyawa       Seringkali kita tertanya, apa yang sedang berlaku pada diri kita? Apa yang berlaku dalam kehidupan kita? Serigkali ujian bertamu yang kita sering kali tidak pernah mengundangnya. Kenapa? Tak usahlah nak bertanya. Apa yang penting semua itu adalah didikan Tuhan untuk kita agar sentiasa dekat pada;Nya. HANYA DIA yang bisa memberikan apa yang kita sangat harapkan. Benar, sakit dan peritnya saat disapa ujian. Namun kita sering lupa bahawa perjuangan kekasih kita Rasulullah s.a.w lebih dahsyat jika dibandingkan dengan kita. Apa yang kita perlukan adalah teruskan melangkah walaupun terkadang k

Perasaan Itu

Image
Bicara ini buat insan yang teristimewa yang akan hadir suatu hari nanti dengan izin Allah. Entah siapa, saya sendiri tidak mengetahui.   Perasaan itu… Hadir tanpa ku pinta, Mula tumbuh di sanubari, Puas ku cuba tepis, Hanya air mata yang menjawab. Perasaan itu… Sering menganggu hidupku, Sering meninggalkan persoalan di benakku, Sering buat ku rasa betapa lemahnya diriku. Perasaan itu… Kadangkala buat ku resah, Namun, kasih Allah melebihi segalanya, Hati tenang apabila mengingati-Nya. Perasaan itu… Mencabar secebis keimananku, Mencabar segersang kesabaranku, Mencabar jalan mujahadahku. Perasaan itu… Buat ku terus bangun, Buat ku terus melangkah, Buat ku terus mara, Mengejar cinta Allah yg utama. Perasaan itu… Meresap di sanubari ini, Berlegar-legar di jiwa ini, Mengharapkan satu jawapan yang pasti. Perasaan itu… Hanya diserahkan padaNya, Hanya pengharapan dariNya, Kerana hati ini dan hati itu milikNya. B

Pukulan Ombak Hati

Image
Saat ini…hati berombak kuat. Mampu menenggelamkan kapal layar yang megah belegar di lautan. Mampu menjauhkan aku denganNya. Puas ku tenangkan ia. Namun, ia keras berdegil. Apa yang harus ku lakukan lagi? Lembaran ayat-ayatNya ditenung hingga pecah takungan air mata yang dihempas kuat oleh hatiku yang berombak ini. Tenang sekejap hati yang berombak ini. Deruan bunyinya cukup indah seolah mengkhabarkan padaku “Aku tenang bersama ayat-ayatNya”. Senyuman terukir. Aku menyangkakan hati ini terus damai. Rupanya, sangkaan aku melesit. Pukulan ombak hati semakin sukar dikawal. Aku sakit. Sakit dan terus sakit dipukul badai. Aku menangis dan mengadu padaNya. Malunya aku. Setiap malam, Allah menantiku untuk mengadu padaNya. Bersendirian bersamaNya. Aku? Jarang-jarang menyahut seruan itu. Hinggakan pukulan badai makin mengganas, aku tidak tahan lagi. Malam yang sebelum ni dirasakan indah dibuai mimpi, menjadi masam seolah buah yang dimakan ulat. Aku sahut