Pukulan Ombak Hati
Saat
ini…hati berombak kuat. Mampu menenggelamkan kapal layar yang megah belegar di
lautan. Mampu menjauhkan aku denganNya. Puas ku tenangkan ia. Namun, ia keras
berdegil.
Apa
yang harus ku lakukan lagi?
Lembaran
ayat-ayatNya ditenung hingga pecah takungan air mata yang dihempas kuat oleh
hatiku yang berombak ini. Tenang sekejap hati yang berombak ini. Deruan bunyinya
cukup indah seolah mengkhabarkan padaku “Aku tenang bersama ayat-ayatNya”.
Senyuman
terukir.
Aku
menyangkakan hati ini terus damai. Rupanya, sangkaan aku melesit.
Pukulan
ombak hati semakin sukar dikawal. Aku sakit. Sakit dan terus sakit dipukul
badai.
Aku
menangis dan mengadu padaNya. Malunya aku. Setiap malam, Allah menantiku untuk
mengadu padaNya. Bersendirian bersamaNya. Aku? Jarang-jarang menyahut seruan
itu.
Hinggakan
pukulan badai makin mengganas, aku tidak tahan lagi. Malam yang sebelum ni dirasakan
indah dibuai mimpi, menjadi masam seolah buah yang dimakan ulat.
Aku
sahut seruan itu. Aku tidak tahan lagi dengan pukulan badai ini. Aku bangun
dari tidur yang nyenyak untuk bersendirian bersamaNya, mengadu padaNya….
Sujudku…….
Ya
Allah………….
Aku
terkesima. Pukulan ombak tadi semakin berkurang. Malah seolah akan berhenti. Damai
terasa. Satu kekuatan hadir.
Ujian
yang kita hadapi tidaklah sehebat para nabi dan sahabat dahulu rasakan. Aku ingin
mempunyai SABAR seperti mereka.
Pukulan
badai tidaklah terus pergi. Kadang-kadang ia menghinggap jua. Namun, apa
persediaan aku?
Kini,
andai pukulan ombak hati hadir menjenguk lagi…aku mampu tersenyum. Kerana aku
yakin Allah tahu aku mampu. Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah
Al-Baqarah, ayat 286:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya..”.
Kini,
aku juga tahu cuba menenangkan pukulan ombak badai ini. Ya! Dengan
mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.
“hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
Ya
Allah…
Ampunilah
semua dosa-dosaku…dan tuntunilah langkahku ini.
Malu
aku dengan para Anbiya’ dahulu, doa mereka..didahulukan dengan mengakui
keinsafan diri, mengakui kesilapan diri. Kita?
Kebiasaannya
terus…
”Ya Allah..berilah aku…”
“Ya Allah..aku ingin cemerlang…bantulah aku..”
Bila
kita nak merendah diri dengan Allah dulu dan kemudian baru meminta?
Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.
Pernah dulu, aku mendengar ceramah yang betul-betul
menyentap hati. Kata ustaz, kita selalu rasa kita sangat-sangat perlukan
pertolongan Allah, kekuatan dari Allah. Tapi benarkah kita bersungguh-sungguh
atau hanya main-main?
Bukti
kita main-main rasa macam tu..
Dalam
sehari, ada buat solat hajat tak minta kekuatan, pertolongan dari Allah?
Bangun
malam tak mengadu padaNya, bersungguh-sungguh doa mengadu padaNya? Atau lebih
memilih untuk terus lena?
Allahurabbi….
Tengok…betapa
kita tidak bersungguh untuk meminta PERTOLONGAN itu?
Aku
masih teringat kata-kata seorang Ustaz,
“kenapa kita susah nak bangun malam?”
“Sebab…SYURGA nampak jauh..”
“Sahabat
dulu, SYURGA nampak dekat, sebab tu mudah nak jihad, bangun malam..sebab tak
sabar nak jumpa Allah, Rasulullah..”
Astaghfirullah…Astaghfirullah…kita
di mana? Benarkah Syurga nampak jauh?
Wahai
hati yang tenang bersamaNya,
Ayuh kita, persiapkan langkah
menujuNya. Kembali bertaubat. Masih ada masa. Perkemaskan benteng untuk
menghadapi PUKULAN OMBAK HATI yang menjauhkan kita daripadaNya. Jangan biar,
kita tenggelam dan hanyut. Terus mara melangkah ke arahNya.
Comments
Post a Comment