Hanya DIA

 
Sebalik langit yang gelap 
tak terasa ingin terlelap 
dibuai dengan keindahan 
Seakan masa berhenti berjalan
 
 Saat demi saat indah 
terlelai pilu segala gundah 
bukanku pinta selamanya
 
  Hanya dia 
Ku rindukan dia 
bukan sesiapa ku berserah padanya
 
 Aku tak sanggup meninggalkan dia 
walau sekadar kelipan mata 
kerna dia pemilik nyawa
 
 
 
Seringkali kita tertanya, apa yang sedang berlaku pada diri kita? Apa yang berlaku dalam kehidupan kita? Serigkali ujian bertamu yang kita sering kali tidak pernah mengundangnya. Kenapa? Tak usahlah nak bertanya. Apa yang penting semua itu adalah didikan Tuhan untuk kita agar sentiasa dekat pada;Nya. HANYA DIA yang bisa memberikan apa yang kita sangat harapkan.

Benar, sakit dan peritnya saat disapa ujian. Namun kita sering lupa bahawa perjuangan kekasih kita Rasulullah s.a.w lebih dahsyat jika dibandingkan dengan kita. Apa yang kita perlukan adalah teruskan melangkah walaupun terkadang kita rebah tersungkur dan bangkit semula. Tetaplah dengan pendirian. Istiqamah Hingga Kemenangan. Andai kemenangan bukan didunia, kemangan kita pasti di akhirat sana nanti. 

Qalam Hazim
UKM

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…