Perasaan Itu

Bicara ini buat insan yang teristimewa yang akan hadir suatu hari nanti dengan izin Allah. Entah siapa, saya sendiri tidak mengetahui.


 
Perasaan itu…
Hadir tanpa ku pinta,
Mula tumbuh di sanubari,
Puas ku cuba tepis,
Hanya air mata yang menjawab.

Perasaan itu…
Sering menganggu hidupku,
Sering meninggalkan persoalan di benakku,
Sering buat ku rasa betapa lemahnya diriku.

Perasaan itu…
Kadangkala buat ku resah,
Namun, kasih Allah melebihi segalanya,
Hati tenang apabila mengingati-Nya.

Perasaan itu…
Mencabar secebis keimananku,
Mencabar segersang kesabaranku,
Mencabar jalan mujahadahku.

Perasaan itu…
Buat ku terus bangun,
Buat ku terus melangkah,
Buat ku terus mara,
Mengejar cinta Allah yg utama.
Perasaan itu…
Meresap di sanubari ini,
Berlegar-legar di jiwa ini,
Mengharapkan satu jawapan yang pasti.

Perasaan itu…
Hanya diserahkan padaNya,
Hanya pengharapan dariNya,
Kerana hati ini dan hati itu milikNya.


Bicara isi hati ini sememangnya fitrah. Kita menyembunyikan perasaan itu terkadang mampu, namun menyembunyikan dengan tindakan kita amat sukar. Hanya yang mengerti kenapa seseorang itu melakukan sedemikian untuk kita sedangkan kita tidak mengharapkannya pun. Namun ketahuilah, semua adalah atas izin-Nya. Ya benar kita tidak minta Persaan Itu, namun Allah lebih mengerti. Jadi sebagai tanggungjawab peliharalah perasaan itu sebaiknya.InsyaAllah, Tuhan akan berikan yang terrbaik. Nukilan ini adalah edit seikit daripada saya sendiri sebagaiperingatan untuk kita semua.


Perasaan itu...ibarat permata bernilai hadirnya dihati tanpa diminta, biarkan diri jujur menerima kehadirannya, pelihara ia sebaiknya, kerana menjadi seorang yang jujur itu bukan satu PILIHAN, tetapi satu AMANAH.


Bicara Hati Qalam Hazim
Singgahan Ilmu Fakulti Pengajian Islam,
UKM


Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…