Posts

Showing posts from June, 2016

Kembara Bersama Ramadhan

Image
  Ramadhan, bulan tarbiyah kita, bulan untuk kita mendidik segalanya, Bulan untuk mendidik ibadah kita, Bulan untuk mendidik akhlak kita, Bulan untuk mendidik lisan kita, Jika sebelum ini kita sering leka dan alpa, Jika sebelum ini kita tenggelam dengan hasutan dunia, Jika sebelum ini kita bertuankan nafsu semata, Maka Ramadhan inilah peluang kita yang ada, Selangkah demi selangkah kita berada di dalam bulan Ramadhan, kini kita sudah berada dipertengahan Ramadhan. Allah Ya Allah, sungguh pantas waktu berjalan seumpama baru semalam menerima kehadiran tetamu mulia ini. Tetamu yang banyak mengajar, membimbing agar terus mendekatkan diri kepada-Mu, dan perjalanan Ramadhan pasti akan bergerak sehingga tiba penamatnya.  Jadikan kembara kita bersama r amadhan yang berbaki ini satu langkah untuk kita dekatkan diri pada Allah.Usah kata aku sudah terlambat, bergeraklah sekarang kerana Allah masih bentangkan peluang serta kelebihan pada waktu Ramadhan yang berbaki

Ramadhan Datang Lagi

Image
Tiada lafaz yang dapat diungkapkan melainkan kalimah ALHAMDULILLAH, tanda syukur kita kepadaAllah kerana kita masih diberi peluang untuk bersama dengan kedatangan tetamu iaitu Bulan Ramadhan. Bila hadirnya Ramadhan, kita pasti merasai betapa rindunya kita dengan Ramadhan setelah menghilang hampir 11 bulan. "Hadirku ditentukan Tuhan. Aku tidak pasti gembirakah kalian atau sebaliknya. Apa pun, terima kasih diucapkan untuk kalian yang sudi menyambut kehadiranku dan melayanku gembira. Sudah pasti, jika itu semua kalian lakukan dengan ikhlas, berpandukan syariat, tunggulah ganjaran kebaikan dari Tuhan". Syukurlah kepada Allah dengan hadirnya nikmat ini, kita diberi peluang dan kesempatan hingga ke saat ini. Hadirnya Ramadhan bererti kita berada didalam sebuah taman tarbiyah yang penuh dengan ibadah, yang bermatlamat kebaikan, bekalan untuk kita meneruskan perjalanan. Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Quran:   Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ata

Kepimpinan Satu Taklif Bukan Tasyrif

  JIKA ditanya sesiapa sahaja yang matang pemikirannya, adakah mereka mahukan pemimpin yang baik? Jawapannya sudah pastilah "ya". Bukankah begitu? Menjadi orang bawahan yang dipimpin oleh seorang ketua yang baik adalah harapan dan dambaan kita. Ia suatu nikmat dalam kehidupan. Hadits dari Abdullah bin Umar r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Bukhari) Satu Taklif Tapi memberi Pemimpin, memikul tanggungjawab bukan mudah, ia satu bebanan. Namun sedar atau tidak ini juga merupakan ruang yang kita ada untuk mengumpul amal jariah. Bu