Ramadhan Datang Lagi



Tiada lafaz yang dapat diungkapkan melainkan kalimah ALHAMDULILLAH, tanda syukur kita kepadaAllah kerana kita masih diberi peluang untuk bersama dengan kedatangan tetamu iaitu Bulan Ramadhan. Bila hadirnya Ramadhan, kita pasti merasai betapa rindunya kita dengan Ramadhan setelah menghilang hampir 11 bulan.

"Hadirku ditentukan Tuhan. Aku tidak pasti gembirakah kalian atau sebaliknya. Apa pun, terima kasih diucapkan untuk kalian yang sudi menyambut kehadiranku dan melayanku gembira. Sudah pasti, jika itu semua kalian lakukan dengan ikhlas, berpandukan syariat, tunggulah ganjaran kebaikan dari Tuhan".

Syukurlah kepada Allah dengan hadirnya nikmat ini, kita diberi peluang dan kesempatan hingga ke saat ini. Hadirnya Ramadhan bererti kita berada didalam sebuah taman tarbiyah yang penuh dengan ibadah, yang bermatlamat kebaikan, bekalan untuk kita meneruskan perjalanan.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Quran:
 Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. (Surah Alal-baqarah ;183)



Masa Bersama Al-Quran


Alhamdulillah, satu fenomena yang pasti berlaku saat hadirnya bula Ramadhan adalah dengan adanya tadarus Al-Quran. Kebiasaanya imam terawih akan menjadi ketua setelah usai menunaikan solat suat terawih. Dengan kehadiran Ramadhan, pastinya inilah peluang berharga untuk kita berdamping dengan Al-Quran. Jika sebelum kehadiran Ramadhan kita kurang luangkan masa berdamping denganAl-Quran, maka raamadhan lah detik yang berharga.

Al-Quran adalah kitab hidayah. Perjalanan hidup insan akan terumbang ambing tanpa panduan dan bimbingan al-Quran. Ia petunjuk bagi orang bertakwa. Al-Quran tidak akan berfungsi sebagai petunjuk sekiranya kita tidak memahami apa yang terkandung di dalam al-Quran.

Asalkan kita bernama Muslim, maka al-Quran mesti dijadikan panduan. Kadang-kadang sebahagian kita berasa jauh dengan al-Quran kerana mereka tidak memahami apa yang terkandung di dalam al-Quran. Usahalah untuk terus berdampingan dengan Al-Quran. Gunalah peluang yang ada disaat hadirnya Ramadhan ini.

Oleh sebab itu, Muslim dituntut untuk mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran. Memahami al-Quran bukan tugas ustaz dan ustazah sahaja. Al-Quran bukan hanya perlu diikut oleh ustaz dan ustazah, tetapi oleh kita semuatanpa mengira latar belakang.




Inilah Masanya.

 

Inilah masanya yang sangat bermakna untuk kita. Bulan ramdhan jauh berbeza dengan bulan yang lain. Ramadhan punyai nikmat yang Allah telah kurniakan buat hambaNya, bahkan ditambah dengan penyaksian Nabi Muhammad dalam sebuah hadis iaitu:

Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam kesibukan ini, ambil sedikit masa untuk terus koreksi diri dengan niat memperbaiki kekurangan diri. Ada orang yang kesibukannya bukan setakat fikir mengenai diri sendiri, bahkan memikirkan juga hal orang lain seolah diri sendiri itulah yang terbaik. Imbas kembali dimana kita belanjakan pancaindera kita yang Allah kurniakan kepada kita. Selagi ada peluang untuk hidup, lakukan muhasabah sebaiknya.

Mata, Apakah yang engkau lihat? Tangan, apa yang engkau telah lakukan? Lisan, apa yang engkau telah tuturkan? Apakah kau tidak sedar di akhirat kelak engkau menjadi saksi dihadapan Tuhan tentang apa yang telah engkau kerjakan? Hadirnya Ramadhan, INILAH MASANYA untuk kita memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan yang kita telah kerjakan sebelum ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis,
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (redha Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu (HR. Bukhari).

Jelas apa yang tercatat dalam hadis diatas, adalah satu nikmat untuk kita semua. Maka rebutlah peluang dengan hadirnya Ramadhan ini. Jadilah kita insan yang terus dekat dengan Allah.



Syukur, Dipertemukan Ramadhan

 

Syukurlah kerana kita masih dipertemukan dengan Ramadhan. Jika kita lihat ada saat hampirnya kedatangan ramadha, ada yang telah Allah jemput menghadapNya. Sudah pastinya mereka pun sangat mengharapkan untuk dipertemukan dengan Ramadhan.

Hadirnya Ramadhan, sudah pasti dia mengajak kita semua untuk menjadi hamba yang patuh dan taat tanpa sebarang syarat. Rukun Islam yang lima sentiasa dijaga. Rukun iman dipasak di jiwa. Apa yang digariskan syariat, dijunjung dipatuhi penuh taat. Apa yang dikatakan maksiat, dielak ditepis tidak terlibat. Semoga kehidupan kita menjadi lebih berkat dan dilimpahi rahmat. Bahagia di dunia dan selamat juga di akhirat.

Kita perlu sedar, kehidupan dunia tidak lama, Ibarat persinggahan sebelum menuju akhirat kekal abadi. Biarlah saat kita kembali kepada Allah nanti, kaita tidak menyesal. ALLAH mengingatkan kita keadaan mereka yang menyesal di akhirat nanti. Dalam Surah As-Sajdah ayat 12 

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Dan ingatlah, meminta supaya dipulangkan kembali ke dunia untuk melakukan amal pahala. Masa itu, penyesalan tidak lagi berguna. Rebutlah peluang yang ada!

"Kenangan silam biarkan berlalu dengan corak warna-warni, kita ada peluang mencorak hidup mulai hari ini, tidak kisah siapa kita sebelum ini, tapi yang kisah siapa kita hari ini".

Pena Qalam Hazim,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…