Kepimpinan Satu Taklif Bukan Tasyrif



 

JIKA ditanya sesiapa sahaja yang matang pemikirannya, adakah mereka mahukan pemimpin yang baik? Jawapannya sudah pastilah "ya". Bukankah begitu? Menjadi orang bawahan yang dipimpin oleh seorang ketua yang baik adalah harapan dan dambaan kita. Ia suatu nikmat dalam kehidupan.

Hadits dari Abdullah bin Umar r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Bukhari)

Satu Taklif Tapi memberi

Pemimpin, memikul tanggungjawab bukan mudah, ia satu bebanan. Namun sedar atau tidak ini juga merupakan ruang yang kita ada untuk mengumpul amal jariah. Bukan mudah menjadi seorang pemimpin, bukan mudah kita melaksanakannya, tapi jika kita berkeyakinan dengan petunjuk Allah serta mengikut panduan Rasulullah, pasti Allah akan permudahkan untuk kita kerana ini wasilah untuk kita mengenal erti hidup pada memberi.

Adaapa dengan memberi? Kuasa memberi ini adalah satu impak yang sangat berkesan. Seseorang yang ditaklif menjadi seorang pemimpin pastinya mempunyai kemahiran dan kelebihan yang terpendam. Maka dengan segala yang dia miliki itu, dia boleh sampaikan dan kongsikan kepada yang lain dengan menggunakan kuasa gelaran seorang PEMIMPIN kerana yang lain mungkin tidak mempunyai bakat seperti itu. Allah Ya Allah, kita tidak tahu mengapa kita di taklifkan menjadi seorang pemimpin untuk yang lain, tapi yang pastinya Allah ajarkan kita sesuatu ilmu agar kita kita kenal erti hidup pada memberi. Ketahuilah, kepimpinan ini satu bebanan untuk kita sebar kebaikan, bukan kemuliaan semata.

Takwa Membina Jati Diri


Sifat takwa mampu membina nilai jati diri yang tinggi dalam diri seorang pemimpin. Takwa menjadikan seorang pemimpin takutkan ALLAH dengan sebenarnya. Tidak sesekali berani melakukan satu kecelaruan yang boleh mencalar maksud disebalik pemimpin.

Jika kita seorang pemimpin yang ditaklifkan mempunyai nilai takwa, takwa itu bukan sahaja menjadi pendamping diri ketika di dunia, bahkan ia  akan berkekalan dalam kebaikan hingga ke akhirat. Takwa menyelamatkan diri kita sebagai seorang pemimpin yang telah ditaklif daripada neraka. Takwa akan membawa pemimpin untuk masuk mengacapi nikmat syurga.

Kesulitan, kesukaran dan keperitan bukanlah suatu yang aneh. Ia menjadi bunga bagi menghiasi dan menyerikan lagi kehidupan.Tuhan jadikan kesulitan dan keperitan bukan untuk dihindari tetapi untuk diatasi. Jika disaat kita dihentak kesulitan, kemudian kita lari dan cuba menghindarinya, maka tidak akan ada erti sebuah perjuangan seorang pemimpin.

Melangkah Dengan Harapan

Sekiranya ada harapan yang kita jadikan sandaran, sudah tidak dapat diharapkan, maka usah takut untuk lakukan satu episod baru mengorak langkah. Muhasabah dan lihat semula apa yang tidak kena. Kehidupan perlu sentiasa diberikan nafas baru agar ia kelihatan segar dan lebih bersemangat. melangkah dengan harapan agar dapat melakar satu episod baru yang lebih baik. Jadikan wasilah peranan seorang pemimpin untuk mendorong marealisasikan harapan baru dalam hidup.

Usah teragak-agak untuk menaruh harapan baru sekiranya harapan yang lama dirasakan seperti tidak lagi bermaya, bahkan semakin rosak. Kepada Allah jua kita sandarkan segala harapan, agar rahmat dan berkat melimpahi kehidupan. Inilah harapan yang kita harapkan.

Pemandu Kearah Kebaikan

 

Sahabatku yang bergelar seorang pemimpin, renunglah sebaiknya akan tujuan kehidupan kita didunia ini. Pasti kau temui satu kebenaran akan matlamat penciptaan kita sebagai seorang hamba dan seorang khalifah diatas muka bumi ini, kerana kitalah pemandu kearah kebaikan. Berjalanlah, renunglah dan berbicaralah dengan alam yang telah menunjukkan akan kebesaran Ilahi. Hayatilah apa yang telah kita perolehi melalui nikmat pemberian Tuhan. Syukuri akan segala nikmat itu.

Jadilah kita seorang pemimpin yang benar berpegang dengan panduan Allah dan Rasul-Nya. Dalam kita mengorak langkah kaki menempuhi perjalanan hidup ini, jangan kita lupa untuk hulurkan jasa kepada manusia. Biar kita sibuk kerana Allah. Biar kita letih kerana agama. Biar semua kesibukan, keletihan menjadi penyebab untuk kita menikmati nikmat Syurga disana nanti.

Hal ini tidak semudah yang dinukilkan, kerana ia memerlukan kekuatan iman dan berurusan dengan jiwa kita yang sifatnya berbolak balik. Apa pun, setiap dalam kalangan kita lebih tahu kadar diri sendiri. Masing-masing lebih mengerti apa yang terbuku di hati.

"Kenangan silam biarkan berlalu dengan corak warna-warni, kita ada peluang mencorak hidup mulai hari ini, tidak kisah siapa kita sebelum ini, tapi yang kisah siapa kita hari ini."

Pena Qalam Hazim,
Fakulti Pengajian Islam UKM.

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…