Posts

Showing posts from December, 2017

Mengorak Langkah Baru

Image
Sedar tidak sedar, hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017. KITA hampir menutup tirai 2017. Tahun baharu 2018 sudah menjenguk di balik tabir. Bersedia untuk muncul bagi menyambung kitaran waktu berikutnya. 2017 bakal tersimpan dalam lipatan sejarah dengan pelbagai cerita. Lembaran tahun baharu 2018 masih lagi kosong, bersih dan terbentang luas. Terpulanglah kepada setiap individu, lukisan kisah kehidupan bagaimanakah ingin dilakarkan pada tahun 2018 nanti.  Pilihan sentiasa ada. Peluang terbuka. Cuma, tidak pasti, adakah kita masih ada kesempatannya? Seandainya hati kecil sentiasa membisik dan mendesak supaya berubah ke arah lebih baik, bertindak segera. Usah bertangguh lagi. Ya, waktu masih ada, bimbang waktu itu bukan lagi milik kita. Ini tandanya hati kita hidup dengan kebaikan, tidak suka pada keburukan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda: أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ

Belajar. Ingat Harapan Ibu Ayah

Image
Musim peperiksaan sudah hampir, begitu cepat masa berlalu. Bagai semalam ia hadir mencoret kisah hidup kita. Beginilah putaran masa ketika berada dialam pengajian. Banyak masa yang telah kita luangkan menghadiri kuliah subjek yang kita pelajari. Namun, adakah kita manfaatkan masa luang kita dengan sebaiknya? Ini adalah cabaran bagi kita yang bergelar penuntut ilmu.   Dunia Kampus Untuk Menimba Ilmu Inilah dunia kampus. Walaupun berbeza univerisiti, tapi sistem pengajian adalah tetap sama. Hanya dibezakan dengan suasana. Matlamat kita sebagai penuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah satu keperluan untuk kita.        Setiap satu semester yang kita lalui, putarannya adalah sama. Cuba imbas putaran masa kita disemester lepas, ianya sama dengan semester kita alami sekarang. Empat belas minggu pengajian. Empat belas minggu itu juga kita disibukkan dengan adanya tugasan 'assignment' yang diberikan oleh pensyarah. Tapi adakah kita memahami sebaiknya tugasan yang dib

Manfaat Menuntut Ilmu

Image
Alhamdulillah, semester ini diberi peluang menuntut ilmu bersama Dr Najah Nadiah dalam subjek yang menjadi kegemaran saya iaitu subjek HADITH 1. Alhamdulillah, sepanjang kuliah subjek ini, banyak ilmu baru yang diperolehi. Ustazah banyak berkongsi ilmu yang baru kepada kami. Dan apa yang penting adalah ilmu berkaitan hadith-hadith Rasulullah.      Sepanjang kuliah dalam semester kali ini, banyak didedahkan dengan hadith-hadith yang menjelaskan kepentingan menuntut ilmu. Benarlah, apabila kita melazimi, berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi, kita akan merasakan betapa hebatnya ilmu hadith. Manfaatnya sangat luas. Melalui hadith banyak dapat dipelajari dalam usaha membentuk keperibadian yang baik.      Baik, dalam penulisan kali ini adalah santai sahaja. Tidak seperti penulisan saya sebelum ini. Saya kongsikan tiga soalan yang diberikan oleh Ustazah untuk kami siapkan. Kami ada 75 orang, pastinya semua mempunyai jawapan yang berbeza. Bahkan ada lagi jawapan