Jodoh Itu Datang Dengan Adil
Jodoh, hanya punyai satu perkataan, tapi bisa mempengaruhi fikiran manusia. Bila disebut, tidak dinafikan hampir semua manusia berfikir tentangnya. Apakah salah berfikir tentangnya? TIDAK. Kerana ini adalah fitrah manusia. Dari jodoh lahirlah satu perasaan CINTA sesama manusia yang Allah hadirkandalam hati. Hari ini, tidak dinafikan ramai yang sedang sibuk berfikir tentang jodoh. Dari golongan mudah hinggalah golongan dewasa. Mereka sibuk berusaha mencari pasangan tidak kira lelaki dan perempuan. Tapi janganlah sampai angkara kesibukan mencari cari pasangan hanya kerana mencari erti jodoh dalam hidup, kita lupa matlamat hidup kita. JODOH dan CINTA ini fitrah, ia saling berkait. Apakah Jatuh Cinta terlarang? Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang ALLAH dan Rasul-Nya mengharamkan diri kita mencintai seseorang yang ingin dijadikan pasangan hidup. Bahkan Al Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta Antara jantina yang berbeza aalah