Jodoh Itu Datang Dengan Adil

Jodoh, hanya punyai satu perkataan, tapi bisa mempengaruhi fikiran manusia. Bila disebut, tidak dinafikan hampir semua manusia berfikir tentangnya. Apakah salah berfikir tentangnya? TIDAK. Kerana ini adalah fitrah manusia. Dari jodoh lahirlah satu perasaan CINTA sesama manusia yang Allah hadirkandalam hati.
 
Hari ini, tidak dinafikan ramai yang sedang sibuk berfikir tentang jodoh.  Dari golongan mudah hinggalah golongan dewasa. Mereka sibuk berusaha mencari pasangan tidak kira lelaki dan perempuan. Tapi janganlah sampai angkara kesibukan mencari cari pasangan hanya kerana mencari erti jodoh dalam hidup, kita lupa matlamat hidup kita.

JODOH dan CINTA ini fitrah, ia saling berkait.


Apakah Jatuh Cinta terlarang?
 Related image

Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang ALLAH dan Rasul-Nya mengharamkan diri kita mencintai seseorang yang ingin dijadikan pasangan hidup. Bahkan Al Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta Antara jantina yang berbeza aalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia adalah  ‘arus’ yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang.

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah manusia Antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang..

Bila kita imbau sirah nabi, mungkin kita sudah tahu kisah bagaimana Rasulullah s.a.w dengan Khadijah. Khadijah pernah mengutus seorang sebagai perantaraan untuk meluah hati terhadap Rasulullah, dan apabila niat itu telah pun sampai kepada Rasulullah setelah orang perantaraan itu berkata, maka Rasulullah s.a.w pun terus melamar Khadijah.

Dalam kisah lain ada diceritan, bahawa  Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:

    “Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.

Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?

Dengan kisah ini, jelas bahawa menyimpan perasaan terhadap seseroang itu bukanlah salah, ianya fitrah. Jatuh cinta ianya fitrah. Usah nafikan kehendak fitrah hati yang Allah ciptakan.


Haram dan Yang Dilarang.

 Image result for cinta yang bertentangan

Kita perlu tahu, menyimpan perasaan cinta dan minat yanga ada dalam hati lelaki mahupun wanita itu adalah fitrah. Apakah ia perkara dillarang? Baik, kita perlu tahu Perkara yang dilarang adalah perbuatan zina.

Menyimpan minat terhadap seseorang itu bukanlah salah, yang salahnya jika tidak dikawal dengan landasan syariat. .Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitnah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

    “Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).

Bagi mereka yang ‘Anti Cinta’,mereka akan mengatakan harm. Maka tidak pelik jika  ada yang bertanya, “Apakah hokum bercinta?” Jika ada yang kata Haram,ia adalah berpunca dari syaitan dan budaya Barat. Maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda.

Islam tidak sempit, ia tidak menghalang FITRAH. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan perempuan. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina.

  
Mengapa tergesa mengejar? Salahkah?

 Image result for cinta yang salah

Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi. Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa-gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan. Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.

Di usia kita yang sangat muda, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri disaat seorang lelaki dan wanita sedang bercinta. Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita-cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap. Hanya kerana banyaknya tayangan berunsurkan cinta, sedar tak sedar mungkin sudah terperanga. Adakah begitu? Jawablah dengan diri sendiri.

Hidup berasa tergesa-gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus-terusan memikirkan pasangan. Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.

   “Tidak ada pengalaman?”

Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami-isteri. Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti-ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.

Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik. Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa. Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.

Adakah salah seorang lelaki berusaha mencari, mengenal dan mendekati seorang wanita? Tidak Salah. Adakah salah seorang wanita berusaha mencari, mengenal dan mendekati seorang lelaki? Tidak Salah. Sekiranya yakin diri mampu memelihara fitrah ini, maka manfaatkan dan peliharalah. Ianya tidak salah. Islam tidak sekali menghalang fitrah.

Kepada yang yang sibuk fikir tentang jodoh, mencari pasangan, ingin bersuai kenal tidak kira lelaki mahupun waniata. Pada saya ianya tidak salah. Berdoalah dan berusahalah. Jika sudah ketemu pada insan yang mungkin pilihan kita, jagalah ia sebaiknya. Pastikan cinta untuk meraih jodoh disalut dengan panduan syariat.


Mencari atau Dicari? Yang Pasti JODOH datang secara adil.

Image result for cinta yang dilarang

Mungkin artikel ini terlalu panjang, dan saya cuba kongsikan sedikit kisah yang pernah saya lalui. Mungkin ia pun berkait dengan JODOH, tapi pada saya, saya masih tidak berfikir tentangnya. Saya kongsikan bukan menunjukkan saya ini lelaki yang baik, apa yang saya kongsi adalah supaya kita dapat ibrah melalui kisah ini. Sekiranya ada yang tidak suka perkongsian ini pun tidak mengapa, yang pasti niat saya kongsi adalah mencari ibrah, buat kita yang mungkin sedang tercari cari jodoh kita.

“Pernah, ketika saya jalan keseorangan di bandar KL, dan pastinya ada satu destinasi yang mesti disinggah iaitu Kedai Buku. Rutin saya tiap kali berjalan inilah destinasi untuk saya mencari buku yang hendak dibeli. Ketika saya sedang membaca, saya disapa oleh seorang macik. Dia beri salam dan tanya nama. Dalam perbualan itu dia tanya sama ada saya masih belajar, tanya asal mana. Dan saya jawab semua persoalan. Macik itu tersenyum tanda gembira.

Lalu, saya pun bertanya, macik seorang diri? Dia respon, macik bersama anak perempuan macik. Dia tengah cari-cari buku. Dalam khusyuk perbualan itu, lalu macik itu panggil anak perempuan dia. Macik tu berkata, kenalkan ini anak macik. Dia baru grade dari U..... Anak perempuan dia tersipu malu disebabkan Mak dia dengan secara tiba tiba kenalkan kepada saya. Saya tidak sempat kenalkan diri, Mak dia yang kenalkan diri saya kepada anak dia.

Saya, agak kekok. Hairan pun ada. Tapi saya katakan inilah ukhwah manusia Allah jadikan. Dalam perbualan kami, rupanya anak dia tua setahun dari saya. Mak dia cakap kepada anak dia, jangan sombong, nanti orang tak suka. Kemudian, Mak dia pun berkata, Nasrun nak tak kawan dengan anak macik? Saya terkejut sangat. Anak dia dah tunduk malu. Mak dia cakap, susah nak cari lelaki yang baik zaman sekarang. Macik nak anak perempuan macik ini dapat lelaki yang baik. Dalam hati saya, MOGA DIA DIPERTEMUKAN DENGAN INSAN YANG LEBIH BAIK.

Saya pun respon, tidak apa macik. Kenal namapun dah rasa bersyukur. Nak kenal lebih saya TIDAK BOLEH. Saya orang jauh. Lagipun saya muda dari anak macik. Saya anggap dia macam kakak saya sendiri. Mak dia respon, umur bukan penghalang. Anak dia tak berkata apa-apa.

Untuk mengelak perbualan kami berterusan, saya mohon undur diri. Tapi macik tu cuba menghalang. Akhirnya macik tu pun ucap terima kasih sudi berbual.

Kemudian, anak perempuan macik tu sapa saya dan berkata terima kasih temankan Mak saya berbual. Saya respon, sama-sama kasih. Saya ingat pesan Mak saya, balik nanti bawa SIJIL, jangan bawa ANAK ORANG.

Pesan Mak itu bernadakan gurauan. Walaupun bernada gurauan, tapi punyai makna yang mendalam. Dan yang pastinya, saya merantau menuntut ilmu bermatlamat kerana DAERAH saya dahagakan ILMU AGAMA. Amanah dan tanggungjawab untuk saya”.

Kesimpulannya, usah sibukkan diri untuk fikir tentang JODOH, serahkan pada ALLAH. JODOH itu datang secara adil.



Pena Qalam Hazim,
Kolej Keris Mas, UKM.

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…