Apa Yang Kita Kejar?

Semalam kita merangkak, hari ini kita berjalan. Belum tentu kita berlari keesokan hari. Semalam kita tidur, hari ini kita bangun. Belum pasti esok hari kita bangun. Inilah putaran masa seiring dengan perjalanan hidup kita di alam fana ini.

Dunia ini merupakan pentas kita melakar pelbagai cerita. Dunia ini juga pentas untuk kita menghadapi rintangan. Dunia ini medan ujian kita yang dicipta Allah agar kita sedar bahawa hidup ini bukan hidup semata, tapi kita hidup perlu berpandukan Tuhan.

Insan mengharungi perjalanan di pentas dunia ini, tidak akan pernah terpisah dengan ujian. Sudah menjadi lumrah Allah jadikan ujian, cabaran dan masalah buat kita semua. Kita perlu harungi sebelum kita menikmati Syurganya.

Semakin kita ikhlas menerima apa pun yang terjadi sebagai keputusan Tuhan, semakin kuat dan damai kehidupan kita. Damaikanlah hati kita saat menghadapi masalah, jadilah kuat dan tabah dalam menjalani hidup ditengah masalah, seberat apa pun itu.

Jangan berkecil hati saat kamu dalam masalah. Berusaha dan berdoalah selalu. Tuhan mengeti lebih dari apa yang kamu ucapkan dalam hatimu. Rintihlah apa yang terpendam, Tuhan pasti mendengarnya. Pohonlah apa yang kita mahu, Tuhan pasti akan makbulkan.

Kita boleh mencorak kebahagiaan hidup kita jika kita ltak redha Allah dalam setiap perkara. Setiap perkara ada masanya. Ketika waktu itu datang, nikmatilah. Ketika waktu itu habis, siapkan dirimu untuk sesuatu yang baru.


Tersungkur Dalam Lembah
 Image result for aku insan berdosa

Sudah menjadi kebiasaan, kita sering alpa dan leka akan tanggungjawab kita terhadap Tuhan yang menciptakan kita. Di saat kita menerima pelbagai nikmat, kita hilang rasa bersyukur. Di saat itu kita tersungkur dalam lembah dosa. Dos hadir di saat kitaberseronok dengan nikmat yang di kurnia.

Namun begitu, adakah Allah tidak memberi ruang untuk kita kembali memohon ampun kepada0-Nya? Ini persoalan yang akan timbul di saat ujian, cabaran dan masalah yang kita hadapi,barulah kita tersedar bahawa kita telah jatuh kelembah dosa.

Walau sebesar manapun seorang hamba melakukan kesalahan, biar sejauh manapun seorang hamba itu telah tersasar dari landasan yang benar, ruang kembali untuk memohon keampunan Allah tetap sediakan buat semua hamba-Nya. Dalam satu hadith qudsi, Allah menyebeutkan mafhumnya:

Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi salallhu ‘alaihi wasallam bersabda:  
“Seseungguhnya ada seorang lelaki yang melakukan satu dosa lalu ia berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan satu dosa, atau dia berkata, Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan satu amalan dosa maka ampunilah dosa itu. Maka Allah berfirman: “Hambaku telah melakukan dosa lalu dia tahu bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menyiksanya, Aku telah mengampuni hamba-Ku. Kemudian hamba tersebut melakukan dosa yang lain, atau dia berdosa dengan dosa yang lain lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan satu dosa maka ampunilah dosa itu. Kemudian Allah berfirman: Hambaku telah melakukan dosa lalu dia tahu bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menyiksa, Aku telah mengampuni hamba-Ku. Kemudian hamba tersebut melakukan dosa yang lain, atau dia berdosa dengan dosa yang lain lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan satu dosa maka ampunilah dosa itu. Kemudian Allah berfirman: Hambaku telah melakukan dosa lalu dia tahu bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menyiksa, Aku telah mengampuni hamba-Ku dan berbuat sekehendaknya”. (H.R Imam Ahamd;7607)

Ibrah hadith ini membuktikan rahmat dan kasih sayang dari Yang Maha Pencipta untuk sekelian hamba-Nya yang memberikan peluang untuk kita menambahkan amal soleh selepas kita melakukan dosa sebagai persediaan dan bekalan sebelum dijemput pulang semula ke pangkuan-Nya.

Hakikatnya, hari-hari yang telah berlalu tidak akan kembali. Peluang yang ada mungkin hanya muncul sekali. Biarlah hidup dipenuhi dengan menabur bakti. Periksalah amalan diri setiap hari sebelum kita melabuhkan tirai hari ini. Tingkatkan amalan untuk hari-hari yang bakal muncul nanti. Tinggalkan kesilapan yang mencemar nilai diri.


Lihat Dunia Dengan Penuh Hikmah
 Image result for aku insan berdosa

Tatkala kita disapa dengan ujian, perkara asas yang sangat perlu diterapkan dalam diri adalah bersangka baik dengan Allah yang memberikan ujian tersebut. Jangan sekali bersangka buruk terhadap-Nya. Jika tidak, buruklah hidup kita di dunia.

Hamba-hamba yang beriman akan sentiasa menerima segala masalah dan ujian dengan redha akan percaturan takdir-Nya. Dalam masa yang sama, tidak di tinggalkan usaha, doa dan tawakal untuk menyelesaikan ujian yang DIA datangkan.

Ujian, musibah, dugaan mahupun kesenangan yang diberikan harus diterima dengan hati yang terbuka, redha dan sentiasa bersangka baik. Boleh jadi ia harga sebagai pembuka pintu kepada keampunan dan rahmat daripada Tuan Pemilik Duna.

Tanamkan dalam minda bahawa Allah masih sayang kita dan akan tetap sayang kita, daiman Abadan abada.



Apa Yang Kita Kejar?

 Image result for aku insan berdosa

Kehidupan dunia ini ibarat persinggahan dalam sebuah pengembaraan. Meskipun kita sudah tahu dunia ini merupakan medan ujian kita. Kembara hidup dunia ini akan menuju destinasinya. Destinasi akhirat yang kekal abadi.

Insan yang bergelar hamba Tuhan yang memahami akan hakikat kehidupan di atas dunia ini, dia akan hidup dalam keadaan sedar dan tidak terpedaaya dengan keseronokan dunia. Tahu di dunia ini sementara, tiada apa yang perlu di kejar.

Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan akhirat itulah negeri yang abadi”. (Surah al-Ghafir:39)

Firman Allah menjelskan bahawa dunia ini tiada apa yang lebih bermakna. Tiada apa yang perlu kita kecapi kerana tiada satu benda pun yang akan berkekalan. Dunia ini pentas ujian, makan jadikanlah ia sebagai ladang untuk kumpul kebaikan.

Selama mana nyawa masih dipinjamkan untuk kita, selama itulah kita semua akan sibuk dengan kehidupan. Meneruskan kehidupan, sampai masanya akan terhenti atas kehendak Tuhan. Persoalannya, APA YANG KITA KEJAR? Muhasabah diri bersama. Renunglah kehidupan pada sudut pandang yang betul.  Menuju hidup yang diredhai Allah.



Pena Qalam Hazim
Kolej Keris Mas, UKM



Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…