Cinta Nabi Dengan Hadith

Tiap tahun, sudah menjadi lumrah akan datang satu bulan yang dikenali dengan bulan kenabian. Dalam islam ada 12 bulan sseperti mana dinyatakan di dalam al-Quran. Apakah bulan kenabian itu? Bulan itu adalah bulan Rabi’ul Awal. Bulan ketiga dalam kalendar islam.

Setiap dikalangan kita sudah pasti mnegetahui pada bulan ini adalah peristiwa kelahiran junjungan agung kita iaitu Nabi Muhammad sallau ‘alaihi wasallam. Peristiwa ini merupakan peristiwa terpenting dan ia merupakan titik permulaan dalam sejarah islam.

Di sinilah bermulanya sinar baru islam yang memadam segala perkara-perkara jahiliyyah dan saat itu sinar islam terus menyinari seluruh alam hinggalah kehari ini. Risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w ini merupakan risalah terakhir dan ianya dijamin dan diakui oleh Allah SWT.

Risalah terakhir ini adalah risalah agama Islam, seperti mana dalam firmanNya:

“Sesungguhnya bahawasanya agama yang benar disisi Allah adalah Islam” (Surah Ali-Imran:19)


Warisan Yang Abadi
Image result for berpegangan dengan sunnah

Lahirnya Rasulullah s.a.w ke dunia sebagai utusan Allah dan penutup para anbiya’ dengan membawa risalah islam yang memancar sinaran baru memadam semua amalan jahiliyyah dan di ganti dengan amalan baru berpandukan dengan wahyu Allah.

Nabi di utuskan seiring dengan wahyu agung iaitu kitab Al-Quran yang merupakan panduan hidup buat umat Rasulullah. Dalam kitab ini menjelaskan pelbagai perkara meliputi ibadah, akhlak, muamalat dan menceritakan perkara-perkara ghaib yang menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Bukan itu sahaja, nabi juga meninggalkan Sunnahnya (Hadith). Salah satu peranannya adalah menjelaskan apa yang terkandung dalam Al-Quran agar mudah difahami. Para sahabat yang mendampingi baginda saat itu adalah menjadi saksi segala perbuatan baginda.
Para sahabat meriwayatkan hadith yang menceritakan tentang apa yang Nabi lakukan, sama ada perkara ibadah, muamalat, perkara berkisar suruhan mahupun perintah dan mereka berpegang dan ikut dengannya.  Al-Quran dan Hadith warisan abadi. Nabi ada menyatakan dalam sebuah hadith, mafhumnya:

Daripada Malik bin Anas r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “aku telah meninggalkan untuk kamu dua perkara, nescaya kamu tidak akan tersesat selama kamu berpegang teguh dengannya, Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya. ( Muwatta’ Imam Malik, 1395)

Beruntungnya kita, beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad kerana kita dibekalkan dengan dua warisan agung, yang mana nabi sendiri menyatakan, apabila kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. 


Kita Sendiri Melepaskannya
Related image

Tidak diragukan lagi, perasaan kasih dan sayang kita kepada junjungan mulia Muhammad s.a.w wujud dalam jiwa setiap individu muslim yang sempurnaimannya. Tidak akan sempurna iman jika kita kidak mengasihi dan cinta baginda.

Rasulullah s.a.w telah banyak memberi panduan untuk kita bagaimana hendak melakukan amala ibadah, bermuamalat dalam kehidupan kita yang terkandung dalam hadith. Terkadang ada amalan kita melakukan dengan berlebihan, ada perbuatan yang melibatkan muamalat diri kita dengan yang yang lain kita ketepikan.

Bila ini berlaku, adakah kita telah membuktikan bahawasanya kita ini mencinta Nabi Muhammad s.a.w? Cinta pada Nabi tidak akan bermakna sekiranya kita sendiri tidak berpegang pada panduan Sunnah dalam urusan kehidupan. Kita tidak sedar, kita sendiri yang melepaskan dari berpegang dengan Sunnah. Dalam sebuah hadih Rasulullah s.a.w ada bersabda:

Daripada Jabir ibn Abdullah r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:” Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu sekalian adalah seumpama seorang lelaki yang menyalakan unggun api. Apabila api itu menyala, maka serangga serangga berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Lelaki tersebut berusaha merarik mereka (serangga) dengan api dan mereka (serangga) berusaha mengalahkannya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak terjatuh dalam api, tetapi kamu sendiri yang melapaskan dirid ari tanganku”. (H.R Muslim 4236)
Berdasarkan hadith ini ayuh bersama muhasabah diri kita kembali, tanyakan pada diri sejauh mana kita berpegang dengan Sunnahnya? Jika kita cinta nabi, maka ikutlah segala panduan nabi yang telah ajarkan kepada kita.


Cinta Nabi Dengan Hadith
Image result for cinta nabi

Lembaran sirah menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w mengarungi liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran. Bermula saat kelahiran baginda sehingga menjadi dewasa dan terus di angkat menjadi Rasul Allah.

Dalam perkongsian ini, saya tidak berminat untuk membahaskan tentang tarikh kelahiran baginda meskipun kita berada dibulan rabi’ul awal, akan tetapi saya cuba bawa kepada pembaca untuk kita bersama tadabbur bagaimana cara mudah untuk kita buktikan cinta kita terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai penuntut ilmu, cara mudah untuk kita buktikan akan kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w adalah dengan bermulazamah dengan hadith. Cinta Nabi dengan Hadith. Kita sedia maklum dua perkara nabi tinggalkan kepada kita salah satunya adalah Sunnah (hadith).

Maka amat beersesuaian dengan kita sebagai penuntut ilmu membukitan cinta nabi dengan hadith. Memang diakui agak payah untuk kita bermulazamah dan mebaca kitab hadith besar seperti Sahih Bukhari,Sahih Muslim, Sunnah Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibn Majah. Akan  tetapi ada tiga kitab yang perlu dan wajib untuk kita telaah dan bermulazamah iaitu Hadith Arba’in Imam Nawawi, Syamail Muhammadiyah Imam Tirmdzi dan Riyadhus Salihin Imam Nawawi.

Cinta ini perlulah diiringi dengan menuruti jejak langkah baginda dan mengamalkan Sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita. Peganglah Sunnah sekuatnya. Semoga dengan perasaan cinta dan ikutan kita kepada Rasulullah s.a.w ini menjadi bukti untuk kita bersama-sama baginda di syurga nanti. Amin.


Pena Qalam Hazim,
12 Rabi’ul Awal 1438H
Kolej Keris Mas UKM

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…