Posts

Showing posts from December, 2016

Jodoh Itu Datang Dengan Adil

Image
Jodoh, hanya punyai satu perkataan, tapi bisa mempengaruhi fikiran manusia. Bila disebut, tidak dinafikan hampir semua manusia berfikir tentangnya. Apakah salah berfikir tentangnya? TIDAK. Kerana ini adalah fitrah manusia. Dari jodoh lahirlah satu perasaan CINTA sesama manusia yang Allah hadirkandalam hati.   Hari ini, tidak dinafikan ramai yang sedang sibuk berfikir tentang jodoh.   Dari golongan mudah hinggalah golongan dewasa. Mereka sibuk berusaha mencari pasangan tidak kira lelaki dan perempuan. Tapi janganlah sampai angkara kesibukan mencari cari pasangan hanya kerana mencari erti jodoh dalam hidup, kita lupa matlamat hidup kita. JODOH dan CINTA ini fitrah, ia saling berkait. Apakah Jatuh Cinta terlarang?   Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang ALLAH dan Rasul-Nya mengharamkan diri kita mencintai seseorang yang ingin dijadikan pasangan hidup. Bahkan Al Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta Antara jantina yang berbeza aalah

Nikmat dan Keperitan

Image
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan akhirat itulah negeri yang abadi”. (Surah al-Ghafir:39) Firman Allah di atas telah menyatakan bahawa dunia ini hanya sementara, segala apa yang ada dalam dunia ini, berbentuk kesenangan dan keseronokan, ia hanya bersifat sementara. Tidak ada yang akan kekal ker a na kehdiupan kita didunia ini aka n ada penghujungnya. Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai insan menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia. Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya akan menjadi sia-sia. Lupa pada fitrah sebenar. Dunia Ibarat Permainan   Kehidupan di dunia diibaratkan permainan dan senda gurau sahaja. Ada kalanya menang ada kalanya kalah