Posts

Showing posts from January, 2017

Am I Good Muslim?

Image
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran mafhumnya : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”…... (Surah ali-Imran: 110) Berdasarkan firman ini kita dapat lihat Allah menyatakan tiga perkara keatas kita sebagai umat islam iaitu mengajak kepada yang makruf (kebaikan), mencegah dari perkara yang munkar (keburukan) dan mengajak suapaya beriman kepada Allah. Ada sebabnya, Allah mendahulukan menyeut amar makruf dan nahi munkar sebelum beriman kepadaNya. Apa yang dapat kita fahami adalah tidak bernilai keimanan kita disiNya sekiranya hanya beriman tapi mengabaikan amar makruf dan nahi munkar. Kita perlu selarikan keimanan kita dengan perkara perkara yang baik, pacakkan ia dalam diri suapaya usaha kita keearah pembentukan seorang muslim yang baik seiring dengan matlamat penciptaan kita sebagai hamba Allah diatas muka bumi ini. , Ringankan Tangan   Pernahkah

Sulung Padamu Ada Amanah

Image
“Setiap anak dilahirkan dlm keadaan fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yg menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi.” (Hr Bukhari & Muslim) Anak-anak yang dilahirkan adalah permata ibu ayah. Anak-anak yang lahir itu juga penghibur duka lara menyejukkan mata. Anak yang lahir kedunia diibaratkan kain putih yang suci dan bersih, terpulang bagaimana ibu ayah untuk mencoraknya. Pernahkah kita terfikir bahawa setiap anak yang lahir itu punyai keistimewaan tersendiri? Tidak kira yang lahir itu sulung, tengah mahupun yang bongsu. Semua ada kelebihan dan rahsia tersendiri yang Allah ciptakan. Fitrah kejadiannya begitu. Sulung? Ada apa dengan anak sulung? Sulung inilah anugerah pertama yang Allah kurniakan kepada kedua ibu bapa selepas mendirikan perkahwinan. Fitrah kemenjadiann inginkan anak. Mengharap kehadiran anak sebagai peneman dan penghibur dalam keluarga. Renungkan sedikit perkongsian yang membicarakan tentang anak yang sulung. Sulung Itu Pemimpi

ALLAH Tahu, Kau Kuat

Image
Dalam hidup ini, tiada seorang pun yang punyai sifat kesempurnaan. Apatah lagi kita insan yang dicipta oleh ALLAH. Setiap dalam kalangan kita pasti akan hidup dengan kelebihan dan kekuranagan. Agak mustahil sekiranya kita tidak mempunyai kekurangan kerana tiada insan pun punyai kesempurnaan. Insan ada lebihnya, juga punyai kekurangan.   Sudah fitrahnya, kita ini ada kekuatan dan kelebihan dalam bidang tertentu. Maka dengan segala kelebihan yang kita ada itu, kita perlu berusaha untuk mencapai setinggi tinggi kejayaan yang kita impikan. Berusaha sebaik mungkin untuk manfaat hidup kita. Ya ALLAH, Kau anugerahkanlah kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk ku dalam mengharungi segala liku liku kehdiupan. Meskipun diri ini dibebani dengan kesilapan, walau dihalang seribu halangan, namun tidak akan pernah putus harapan. ALLAH Tidak Pernah Jauh   Ketika kita mengorak langkah, ada tika kita alpa padaNya. Leka dengan hal dunia. Lumrah manusia bersifat begini.Lupa pa