Apa Itu Hadith Sahih?
Alhamdulillah , sedar tak sedar langkah ku terus tercipta sehingga tak terasa perjalanan diploma ku telah berjaya. Dan kini langkah ku terus tercipta dilembaran baru berada d Universiti Kebangsaan Malaysia. Sungguh, aku merindui kampus lama ku, aku merindu sang pembimbing ku yang banyak mengajar aku mengenal apa itu tuntutan menuntut ilmu, mengenal erti sebuah perjalanan hidup, dan apa yang sangat bermakna adalah seorang guru yang mengajar aku kenal akan Sunnah. Tak lain dan tak bukan, Ustaz Abdul Razak Muthalib. Teringat sewaktu diploma,orang tersebut-sebut siapa itu Abdul Razak Muthalib? Alhamdulillah, secara perlahan saya cuba mendekati beliau dan seterusnya mengikuti perkembangan beliau. Rupanya, beliau bukan calang-calang orang. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan amat saya kagumi, meskipun beliau mampu duduk bersama pendakwah-pendakwah yang terkenal, namun beliau mengambil pendekatan tidak publisiti. Subhanallah, syukur Allah telah izinkan saya menimba I...