Ingatan Buatmu Ya Rasulullah...Dr Zaharuddin UZAR
Ingatan Buatmu Ya Rasulullah
Oleh
Zaharuddin
Abd Rahman
Abd Rahman
Rasulullah Sallallahu alayhi wa alihi wassalam meninggalkan
untuk kita, kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang jelas. Dengannya
kita mampu memandu diri dan manusia untuk mengendalikan kehidupan menurut gaya
dan matlamat yang diredhai Allah.

Kedua-duanya
jika dijadikan panduan dan pedoman sepanjang kehidupan, nescaya hilang kesedihan
dan ketakutan. Keduanya bakal menjauh kerana kecintaan kepada Allah dan
RasulNya. Dunia dan isinya tidak lagi mampu mendapat tempat untuk perasaan itu.
Tatkala itu, hidup dipenuhi rahmat Allah dan ketenangan hakiki.

MASALAH DAN KESENANGAN
Segala
masalah duniawi bakal terasa begitu kerdil, masalah berkaitan dunia yang sering
menekan jiwa pasti mampu diselesai. Namun kekuatan tidak akan mendatang tanpa
latihan dan kesukaran memperolehinya. Namun hasilnya adalah satu hati yang dilindungi
oleh ketaqwaan dan keimanan yang tulus. Sukar diganggu sugat oleh dunia yang sementara.

jenis kesusahan di dunia akan jelas terlihat sebagai ujian penghampir diri
kepada Allah, lalu ia sabar.

Kesenangan
duniawi pula diyakini sebagai sebuah dugaan, penguji tahap sedar dan peka keimanan
seseorang terhadap tanggungjawab selaku hamba Allah dan umat Muhammad s.a.w,
lalu ia bersyukur dan menunaikan hak yang sewajarnya.

KELEMAHAN KAMI
Ya
Rasulullah, kami bersaksi, sesungguhnya kamu telah menyampaikan risalah yang
dipertanggungjawabkan ke atasmu oleh Allah ta'ala.

Kini
giliran kami menanggungnya dan mengamalkannya, sebagai bukti kami umatmu dan
hamba Allah yang tulen serta taat.

Namun
akibat semua tidak mampu dicapai dek pancaindera fizikal, terlalu banyak culas
dan lemahnya kami. Dosa kerap menjelma dalam kehidupan, hingga laranganmu kerap
dilanggari, walau dalam sedar ia sebuah dosa. Anjuranmu pula selalu gagal
dipenuhi, sedang kami bercita-cita menjadi insan yang paling hampir denganmu di
akhirat kelak. Layakkah kami?

Allah, jangan biarkan dosa yang kami lakukan, tidak lagi terasa gentar dengan
azabmu, jangan dihilangkan rasa kesal dari jiwa kami, hingga tiada lagi debaran iman dijiwa
dan hati kami.

Kami
berusaha mengiringi segala kesilapan dengan taubat, istighfar dan gunungan
harapan agar Allah menerima taubat hambaNya yang lemah seperti kami, serentak
itu, kami juga berharap dirimu Ya Rasulullah, masih sudi menerima kami sebagai
umatmu, yang layak untuk tergolong dalam bilangan mereka yang terpilih bagi menerima
syafaat dan doamu di akhirat kelak.

yakin dan sedar, sebuah pengharapan tanpa usaha tidak ubah seperti berdoa perolehan
rezeki tanpa bekerja. Lalu ia hanya sebuah tawakal dan doa yang palsu.

SEMPENA INGATAN KEPADAMU
Justeru,
kami akan terus memasang azam agar di ketika ramai manusia cuba menyambut dan
mengenang tarikh kelahiranmu, kami pohonkan doa
kepada Tuhan yang maha esa dan
berkuasa, Ya Allah, agar kami insan lemah ini, diberi kekuatan jiwa dan
hati untuk
mendokong risalah perjuangan Nabimu.Teringat kami terhadap panggilanmu
terhadap umatmu..umatku, umatku, umatku semasa dikau berada dalam
kegeringan. Kini terpulang kepada kami untuk membuktikan panggilan
belasmu itu disahut.

Akan
kami gali dengan lebih mendalam segala khazanah peninggalannmu Ya Rasulullah, insan terpilih. Moga dengannya
kami tahu dan mengerti keutamaan dalam melakar destinasi kehidupan, akhirnya
memampukan kami terpilih sebagai insan terpilih untuk memperolehi redha Allah yang
amat unggul dan syafaatmu yang khusus bagi mereka yang TERPILIH.

kami berusaha bagi mempersembahkan ratusan malah ribuan bukti bahawa kami
adalah Hamba Allah yang bersyukur dan umatmu yang patuh lagi taat, mengerti, memahami
tujuan serta matlamat kehidupan kami yang singkat ini.

sedar, mereka yang gagal pasti sangat ramai, yang berjaya juga masih ramai.

Masing-masing
berlumba bagi mendapat tempat di sisimu. Justeru, kami akan terus ‘berlari' untuk
mengejar sebuah kebaikan yang diiringi rasa ikhlas dan tulus. Moga dengannya,
kami terpilih untuk bersamamu.

Selawat
dan salam buat Nabi Muhammad Bin Abdullah Sallallahu
alayhi wa alihi wassalam. Sesungguhnya setiap selawat
yang dipanjatkan
buat Rasulullah, akan dibalas olehnya sebanyak sepuluh kali ganda.Moga
kita semua mampu berpuasa sunat di hari kelahirannya juga.

Comments
Post a Comment