Kenapa Perlu Merendah Diri?

Kenapa Perlu Merendah Diri?

'Iyadh bin Himar radiallahu 'anhu menceritakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam berkata dalam khutbahnya:

وَإِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا
Sesungguhnya Allah memberikan wahyu kepada aku agar kalian semua merendah diri.

حَتَّى لَا يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ
Sehingga tidaklah seseorang meninggi diri di atas seorang yang lain

وَلَا يَبْغِ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ
Dan tidaklah seseorang melampaui batas ke atas seorang yang lain.

صحيح مسلم > كِتَاب الْجَنَّةِ وَصِفَةِ نَعِيمِهَا وَأَهْلِهَا > بَاب الصِّفَاتِ الَّتِي يُعْرَفُ بِهَا فِي الدُّنْيَا
[Sahih Muslim, Kitab Syurga dan Sifat Nikmat-Nikmatnya dan Sifat Penghuninya, Bab Sifat (Penghuninya) Yang Dapat Dilihat di Dunia, hadis no: 5114]

~~~~~~~~~~


Imam al-Baihaqi rahimahullah membawakan pelbagai athar berkaitan tawadhu' dalam kitabnya Syu'ab al-Iman:

Imam al-Syafie rahimahullah berkata:

التَّوَاضُعُ مِنْ أَخْلاقِ الْكِرَامِ ،
Tawadhu' merupakan daripada akhlak yang mulia,

وَالتَّكَبُّرُ مِنْ شِيَمِ أَخْلاقِ اللِّئَامِ "
meninggi diri daripada akhlak yang buruk

أَرْفَعُ النَّاسِ قَدْرًا مَنْ لا يَرَى قَدْرَهُ ،
Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah yang tidak melihat kedudukannya,

وَأَكْبَرُ النَّاسِ فَضْلا مَنْ لا يَرَى فَضْلَهُ
orang yang paling besar kemuliaannya ialah yang tidak melihat kemuliaannya (no: 7780)

Hassan al-Basri rahimahullah berkata:

أَتَدْرُونَ مَا التَّوَاضُعُ ؟
Adakah engkau tahu maksud tawadhu'?

أَنْ تَخْرُجَ مِنْ بَيْتِكَ حِينَ تَخْرُجُ فَلا تَلْقَى مُسْلِمًا إِلا رَأَيْتَ أَنَّ لَهُ عَلَيْكَ الْفَضْلَ
Iaitu engkau keluar dari rumah engkau. Ketika keluar engkau tidak akan berjumpa mana-mana umat Islam kecuali engkau akan melihat dia lebih mulia daripada diri engkau. (no: 7765)

Abdullah bin Mubarak rahimahullah berkata:
" مِنَ التَّوَاضُعِ أَنْ تَضَعَ نَفْسَكَ عِنْدَ مَنْ هُوَ دُونَكَ فِي نِعْمَةِ الدُّنْيَا
Antara sifat tawadhu' itu ialah engkau meletakkan diri engkau sama seperti orang yang lebih rendah daripada mu dalam kenikmatan dunia,

حَتَّى تُعْلِمَهُ أَنَّهُ لَيْسَ لَكَ فَضْلٌ عَلَيْهِ لِدُنْيَاكَ ،
sehinggalah engkau mengajarkan kepadanya bahawa engkau tidaklah lebih mulia daripadanya dalam dunia ini.

وَأَنْ تَرْفَعَ نَفْسَكَ عِنْدَ مَنْ هُوَ فَوْقَكَ فِي دُنْيَاهُ
dan engkau meninggikan diri mu di atas orang yang lebih tinggi kedudukannya dalam dunia ini,

حَتَّى تُعْلِمَهُ أَنَّهُ لَيْسَ لِدُنْيَاهُ فَضْلٌ عَلَيْكَ
sehingga engkau mengajarkan kepadanya bahawa dia tidaklah lebih mulia daripada diri mu. (no : 7748)

Sufyan bin 'Uyainah rahimahullah berkata:

مَنْ كَانَتْ مَعْصِيَتُهُ فِي شَهْوَةٍ ، فَأَرْجُو لَهُ التَّوْبَةَ ،
Sesiapa yang maksiatnya disebabkan oleh nafsunya, aku mengharapkan ada taubat untuknya.

فَإِنَّ آدَمَ عَصَى مُشْتَهِيًا فَغُفِرَ لَهُ ،
Sesungguhnya Adam melakukan maksiat kerana nafsu, lalu dia diberikan keampunan.

وَإِذَا كَانَتْ مَعْصِيَتُهُ فِي كِبْرٍ ، فَأَخْشَى عَلَى صَاحِبِهِ اللَّعْنَ ،
Seandainya maksiat itu disebabkan bongkak, aku takut pelakunya akan dilaknat.

فَإِنَّ إِبْلِيسَ أَبَى مُسْتَكْبِرًا فَلُعِنَ
Sesungguhnya iblis enggan kerana takbur. Maka ia dilaknat. (no : 7735).
 
manfaat dari kuliah seorang Ustaz...kalau saya tidak silap Ustaz bersal dari Sabah...Alhamdulillah...kini dia menuntut Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..moga Allah merahmati Ustaz...amin...UIAM..sangat terkenal di Malaysia...bahkan di peringkat Antarabangsa...U yang dah boleh duduk sebaris bersama Universiti Al-Azhar,Mesir dan Universiti Islam Madinah...ini juga salah satu U yang menjadi impian setiap orang ...doakan moga suatu hari nanti Allah takdirkan kita (sahabat yang ingin melanjutkan pengajian) berada di UIAM...amin... saya post diblog ini agar dapat berkongsi...insyaAllah inilah jari untuk diri ini...akhir kalam, semoga bermanfaat ya...

Insan yang lemah...mencari dan terus mencari Ilmu buat bekalan hidup...moga Allah redha...Amin..
Qalam Hazim
080614

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…