Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!
Bismillah...Alhamdulillah...hari ini kita masih diberi peluang merasai nikmat kurniaan Ilahi...nikmat yang tiada tandingannya...Kita ssebagai hamba pada-Nya, perlu mensyukurinya...Alhamdulillah..disini, saya ingin kongsikan apa yang tersirat disebalik Sujud...ramai orang tahu Sujud, tapi tidak semua mengetahui bahawa terselitnya rahsia disebalik Sujud...Allahu Akbar, langkah demi langkah yang kita lalui, Ramadhan yang mulia semakin menghamiri kita???Apakah kita bersedia menerima kehadirannya???berdoa lah bersama agar diberi kekuatan dan peluang bertemu dengannya...Amin...
Berbicara tentang Sujud...ini yang mampu sya kongsikan dan ini bukanlah nukilan saya....saya hanya repost sebagai ingatan kita bersama...ada masa, saya akan pos nukilan yang saya telah hasilkan...moga ia bermanfaat...
Bismillah....Tahukah kita
solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya
terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli
Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di
otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung
yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak
manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi
supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang
lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi
jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna
ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang
Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan
oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit
seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal
fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat
Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT
lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA
tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA
tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah
Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung
kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian
dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu
bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan)
darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT
yang bermaksud:-
” Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut
ayat:45)
Dari Sudut
Tasawuf
Sujud adalah
waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan
sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang
hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar
dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah,
ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon
pertolongan”.
Seorang sahabat
Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah
daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan
mukanya di tanah
( sebagai
tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis
Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT
yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah
orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud
dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah
As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti
seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas
tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah,
mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan
mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya
dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap
sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali
sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia
ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat
penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa
setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian
itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan
demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika
itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha
Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la
wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu
kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir
dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan
hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…
Comments
Post a Comment