Posts

Showing posts from November, 2016

Mencari Erti Kehidupan

Image
“Dunia ini bukan tempat kita tinggal, tetapi tempat untuk kita meninggal.” Pepatah di atas merupakan satu peringatan membuat hati kita terasa. Sentapan buat diri kita yang sering leka dan hanyut dengan hal dunia. Kita hidup di dunia ini bukan sekadar saja-saja, tapi bermatlamat. Islam tidak pernah membenci dunia. Sudah fitrah manusia diciptakan Tuhan hidup dengan ada rasa cinta terhadap sesuatu yang diinginkan. Tidak salah cintakan sesuatu, tapi cinta itu perlu ada panduan. Dunia ini juga merupakan ladang untuk kita kumpul kebaikan sebelum menuju akhirat. Lihatlah kehidupan ini pada sudut pandang yang betul. Bila ada panduan yang betul, barulah kita tahu erti kehidupan sebenar. Berbicara dan Hayatilah Ragam kehidupan memang begitu banyak dan berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Berbicaralah dan hayatilah tentangnya. Seluruhnya merupakan ujian Allah Ta'ala kepada kita akan setiap apa yang telah berlaku. Kisah hidup suka dan suka tentu sekal

Nilai Sebatang Pena

Image
Pena menulis bukan kerana mahu tapi kerana perlu. Menulis selain berguna untuk orang lain, sesungguhnya sangat bererti pada diri sendiri. Bila ditulis dengan sungguh-sungguh dan dari kedalaman hati.Menulis dengan pena juga merupakan satu alat untuk kita mengasah bakat, berkongsi buah fikiran, dan apa yang penting sebarkan kebaikan untukmanfaat bersama. Menulis, tidak semua yang minat. Mungkin ia merupakan satu bakat yang terpendam. Ada yang minat, tapi tidak mahu menulis. Ada pula yang tahu manulis, tapi tidak tahu bagaimana cara mengasah bakat tersebut. Namun, ramai yang cuba meremehkan akan kelebihan dan manfaat sumbangan dari sebatang pena. Saat ingin meluah, tiada siapa yang ingin mendengar. Saat mencari kekuatan, tiada siapa yang memberi semangat. Tapi, ini boleh diperolehi melalui sebatang pena yang menulis. Menulislah dengan pena, biarkan pena itu menari diatas kertas, menjadi saksi impian mu. Meluah Hasrat Dihati Berbicara perihal isi hati, tiada siapa pu

Kerana Aku HambaNya

Image
Kita hidup di dunia ini adalah sebagai pengembara.   Bermula sejak dilahirkan sehinggalah kita jadi apa yang sekarang. Dan kembara hidup ini akan terus berjalan dan akan berkahir saat kematian menjelma. Sudah fitrahnya ini ketenuan Tuhan atas hambaNya. Setiap hamba yang hidup di dunia ini akan menjalani hidup dengan corak tersendiri. Antara diri kita dengan insan yang lain corak hidup tidak akan pernah sama. Ibu Ayah insan paling hampr dengan kita pun tidak akan pernah sama. Adik-beradik teman sepermainan pun begitu. Maka coraklah kehidupan seindahnya. Namun, dalam setiap pengembaraan itu, kita akan temui satu yang amat menghantui kita. Kisah silam. Kehidupan Sentiasa Bergerak   Cerita dan corak kehidupan sepuluh tahun yang lepas tidak akan sama dengan yang akan dat a ng. Cerita semalam tidak akan sama dengan hari ini. Masa yang lepas pun tidak akan kembali. Yang pastinya kehidupan ini akan terus bergerak bersama kita. Kita sendiri menghiasnya. S aat ke