Satu Tekad


Setiap insan punyai satu matlamat yang dituju. Sejak dari usia kecil kita dididik oleh kedua ibu bapa untuk kenal kehidupan. Kita ditatang dengan ilmu yang bermanfaat. Kita dihantar untuk menimba ilmu di bangku sekolah. Pelbagai ilmu yang kita pelajari, semua ilmu itu adalah wasilah untuk kita terus belajar erti kehidupan sebenar di atas myka bumi ini.

Kita mula menjalani proses menimba ilmu bermula dari bangku sekolah sehinggalah kita berada di unversiti. Proses menimba ilmu ini akan terus berjalan dan bukannya tempat kita belajar itu sebagai kayu ukur. Terkadang ada dalam kalangan kita sering mengungkapkan ‘aku sudah masuk Universiti, yang lain tidak berjaya. Maka aku telah berjaya dari yang lain’.

Ungkapan ini sama sekali tidak betul. Ia seolah menolak takdir Tuhan yang ditetapkan keatas semua insan. Kita semua adalah penuntut ilmu, cuma wasilah yang berbeza. Berlebih kuranglah kita. Ada yang lebih ada yang kurang, tapi matlamatnya sama. Dalam apa juga wasilah untuk kita menimba ilmu agar kenal hidup kita, Satu Tekad menjadi penguat kita.


Cita dan Harapan 

 Image result for cita dan harapan

Sebagai seorang penuntut ilmu, kita pun sudah bergelar seorang pengembara, Pengembara Ilmu. Ya, benar. Kita hidup di atas dunia ini adalah sebagai seorng pengembara. Dalm ilmu pun kita seorang pengembara. Dalam apa jua langkah yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu, pastinya kita adalah pengembara.

Dalam usaha mengorak langkah menuju destinasi yang dituju, cita dan harapan menjadi tunjang dalam diri. Bila kita lihat kapal yang berlayar diatas lautan dengan membawa muatan, pasti kita akan tahu misi kapal itu adalah untuk sampai ke satu tempat dengan matlamat supaya muatan itu sampai ke destinasi. Meskipun ombak badai menjadi cabaran yang cuba menghalangnya.

Pun begitu dengan kita. Kita mengorak langkah juga punyai matlamat.  Cita dan harapan.


Jelas Destinasi dan Matlamat

Image result for kejayaan

Sebagai pengembara, sedia maklum bahawa cita dan harapan merupakan pendamping kita. Namun, destinasi perlu jelas. Bila destinasi tidak jelas, maka kaburlah cita dan harapan. Destinasi? Sebagai seorang pengembara ilmu, destinasi mestilah terlebih dahulu jelas. Tetapkan tempat dan arah tujuan. Barulah langkah kita dimulakan. Memulakan langkah tanpa jelasnya destinasi, kelak akan membawa kita kepada sia-sia.

Bila kita imbas semula perjalanan nabi ketika berhijrah dari Mekah ke kota Madinah, misi baginda bersama para sahabat yang berhijrah adalah jelas iaitu menyebarkan risalah islam dan membina sebuah daulah islamiah. Jelas destinasi dan matlamat pasti akan menyumbang kepada kejayaan.

Kita sebagai pengebara ilmu, ambil ibrah disebalik penghijrahan nabi ini. Bukan pada erti hijrah sahaja, tapi tadabbur sebaiknya apa yang terselit disebalik hijrah itu. Cita, Harapan, Matlamat dan Destinasi jelas dalam pengembaraan.  


Pilih Jalan, Sediakan Bekalan
Image result for pilih jalan hidup

Pengembara ilmu sebelum memulakan perjalanan, dia akan memilih jalan sebaiknya. Bukan hanya sekadar pilih, tapi pilihan itu berpandukan dengan syariat dan sunnah.  Sebagai pengembara ilmu kita mesti tahu dalam membuat pilihan kerana mengembara dalam medan ilmu merupakan satu kembara yang mulia dan mendapat kebaikan dari Allah.

Dalam sebuah hadith nabi s.a.w ada menyatakan:
“ Barangsiapa menempuhi jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga”(Tirmidzi 2606)

Hadith di atas menunjukkan bahawa menempuhi jalan menuntut ilmu punyai satu kelebihan. Ianya bukan sekadar omong kosong, tapi ia adalah sebuah janji. Jadi, sebagai seorang pengembara ilmu garaplah kelebihan tersebut.

Pilih jalan sebaiknya tidak akan sempurna jika tiada bekalan. Sebuah pengembaraan tidak akan lancar bahkan kemungkinan tidak sampai sekiranya tidak dibawadengan bekalan perjalanan. Bekalan kita dalam menempuhi perjalanan sebagai pengembara ilmu ini adalah taqwa. Tanpa taqwa kita akan mudah hanyut. Hanya sekali kita di sapa ujian, kita terus mengalah dan tidak meneruskan perjalanan menuju destinasi impian iaitu kejayaan.


Satu Tekad

 Image result for kembara ilmu

Sebuah kembara ilmu perlu di simpulkan dengan satu tekad. Satu tekad ini telah pun di isi dengan beberapa unsur yang penting buat sang pengembara ilmu. Satu tekad inilah menjadi sumber kekuatan menuju destinasi yang dituju.

Kita sebagai insan yang bergelar pengembara imu, perlu yakin pada diri sendiri. Jangan rendahkan diri disebalik kekurangan kita. Meskipun ada kekurangan, namun Allah telah pun sediakan satu bakat yang tersembunyi. Kita perlu gilapkan.

Jangan berputus asa pada rahmat Tuhan. Bulatkan niat untuk mencapai kejayaan. Dalam kembara ilmu, cita dan harapan jadikan ia sebagai tunjang pengembaraan. Jelas destinasi dan matlamat penguat langkah. Pilih jalan sebaiknya dan buat persediaan bekalan dengan taqwa sebagai pelengkap.


Pena Qalam Hazim
Kolej Keris Mas, UKM.

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…