Kerana Aku HambaNya


Kita hidup di dunia ini adalah sebagai pengembara.  Bermula sejak dilahirkan sehinggalah kita jadi apa yang sekarang. Dan kembara hidup ini akan terus berjalan dan akan berkahir saat kematian menjelma. Sudah fitrahnya ini ketenuan Tuhan atas hambaNya.

Setiap hamba yang hidup di dunia ini akan menjalani hidup dengan corak tersendiri. Antara diri kita dengan insan yang lain corak hidup tidak akan pernah sama. Ibu Ayah insan paling hampr dengan kita pun tidak akan pernah sama. Adik-beradik teman sepermainan pun begitu. Maka coraklah kehidupan seindahnya.

Namun, dalam setiap pengembaraan itu, kita akan temui satu yang amat menghantui kita. Kisah silam.


Kehidupan Sentiasa Bergerak

 Image result for masa sentiasa bergerak

Cerita dan corak kehidupan sepuluh tahun yang lepas tidak akan sama dengan yang akan datang. Cerita semalam tidak akan sama dengan hari ini. Masa yang lepas pun tidak akan kembali. Yang pastinya kehidupan ini akan terus bergerak bersama kita. Kita sendiri menghiasnya.

Saat kehidupan terus bergerak, satu episod hidup yang akan  mengahntui kita iaitu kisah silam. Sudah lumrah yang diaturkan keatas hambaNya akan menemui kisah silam. Kisah silam itu merupakan satu pengalaman buat diri kita. Dari cerita silam itulah kita terus belajar dan kenal peranan hidup.

Kisah silam juga merupakan sapaan Tuhan buat kita yang sering alpa. Di saat Allah kurniakan rezeki melimpah, kita lupa padaNya. Sehingga satu tahap kita menafikan semua itu adalah kurniaan Tuhan. Maka bersyukurlah kerana kisah silam memberi pengajaran buat kita. Yakinlah dengan apa yang Allah telah takdir dalam hidup kita.


Jangan Remehkan Kebaikan
Image result for jangan remehkan diri

Kita sedar, kehidupan ini merupakan satu medan ujian untuk diri kita. Ada dalam kalangan kita di saat kita cuba memperbaiki diri, ada yang akan cuba meremehkan kita. Adakala terlintas difikiran kita bahawa dosa yang telah kita lakukan selama ini telah mengaburi peluang kita.

Terkadang, sampai satu tahap kita akan berbisik pada diri yang kita ini hodoh, tidak berguna, hina dan sebagainya. Kita menghina diri sendiri dengan teruk seakan-akan tiada langsung peluang. Jangan sekali ada berfikiran sebegini. Ia seumpama mengambil tugas Tuhan yang mengaturkan perjalanan hidup kita.

Jangan remehkan kebaikan yang kita ingin lakukan. Setiap kebaikan akan memadamkan segala keburukan yang pernah kita lakukan.


Masa Depan Masih Cerah
 Image result for masa depan cerah

Kata-kata indah ada menyatakan, “Jangan biarkan diri tenggelam dengan kisah silam, kerana masa depanmu masih cerah”.

Cuba kita hayati bersama pepatah indah di atas, ianya sangat memberi motivasi. Semua insan punyai kisah silam tersendiri. Ada dalam kalangan terus berputus asa mencorak kehidupan yang mendatang dek kerana dihantui dengan kisah silam. Seumpama Tuhan itu tidak mengasihi kerana dosa besar yang banyak.

Pemikiran seperti ini perlu di betulkan. Tuhan tidak pernah menghina hambaNya, hatta telah melakukan dosa yang besar. Dalam sebuah hadith nabi menyatakan:

‘Aku mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, Aku akan selalu bersamanya jika dia mengingatiKu. Jika dia mengingati diriKu dalam dirinya, maka aku akan mengingatinya dalam diriKu.” [Mutafaqqun alaih]

Hadith di atas telah membuktikan bahawa Allah akan sentiasa mengasihi kita. Insan yang penuh dengan dosa, dihantui dengan kisah silam, apabila taubat hadir menemani diri, dosa itu tidak bernilai disisi Tuhan. Yang ada hanyalah harapan dan pahala. Maka benarlah masa depan kita masih cerah. Corak seindahnya dalam menuju Mardhatillah.


Kerana, Aku Hamba-Nya 
 
Image result for jangan bersedih

Terkadang insan itu lupa, terkadang insan itu leka. Kerana itu adalah lumrah. Tapi jangan saampai tergolong dalam golongan yang lalai. Nabi ada menyatakan daam sebuah hadith:

“Seorang mukmin itu tidak jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.” [Mutafaqqun alaih]

Ambil masa sejenak, ayuh bersama fikirkan tentang kehidupan kita. Cuba tanya pada diri, berbaloikan apa yang aku lakukan selama ini? Muhasabah bersama selagi kita asih diberi peluang untuk hidup. Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Setiap apa yang aku kerjakan, aku serahkan segala kepadaNya, Kerana Aku HambaNya.


Pena Qalam Hazim,
Kolej Keris Mas, UKM


Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…