Nilai Sebatang Pena
Pena menulis bukan kerana mahu
tapi kerana perlu. Menulis selain berguna untuk orang lain, sesungguhnya sangat
bererti pada diri sendiri. Bila ditulis dengan sungguh-sungguh dan dari
kedalaman hati.Menulis dengan pena juga merupakan satu alat untuk kita mengasah
bakat, berkongsi buah fikiran, dan apa yang penting sebarkan kebaikan
untukmanfaat bersama.
Menulis, tidak semua yang minat.
Mungkin ia merupakan satu bakat yang terpendam. Ada yang minat, tapi tidak mahu
menulis. Ada pula yang tahu manulis, tapi tidak tahu bagaimana cara mengasah
bakat tersebut. Namun, ramai yang cuba meremehkan akan kelebihan dan manfaat
sumbangan dari sebatang pena.
Saat ingin meluah, tiada siapa
yang ingin mendengar. Saat mencari kekuatan, tiada siapa yang memberi semangat.
Tapi, ini boleh diperolehi melalui sebatang pena yang menulis. Menulislah
dengan pena, biarkan pena itu menari diatas kertas, menjadi saksi impian mu.
Meluah
Hasrat Dihati
Berbicara perihal isi hati, tiada siapa pun yang tahu melain Allah. Tiada siapa yang mengerti apa yang tersirat dalam hati, melainkan Allah. Tiada siapa yang mendengar bisikan kata hati, melainkan hanya Allah. Namun, apa kaitan dengan pena? Kerana pena itu berperanan untuk menulis isi hati itu di atas lembaran kertas.
Biarkan
pena menari meluahkan apa yang terlintas dalam hati. Islam sangat menghargai
kemampuan menulis dan menganggapnya sebagai kemampuan yang paling bermanfaat.
Pena menjadi sumber inspirasi diri. Tidak semua isi hati itu kita boleh luahkan
melainkan dengan pena sahaja untuk menulis luahan hati itu.
Jika
kita ingin mencpai sesuatu di masa akan datang, bila orang sekeliling
mendengarnya, pasti kita akan ditertawa. Ada yang berkata, angan-angan sahaja.
Ini memang lumrah, orang mentertawa kita. Jadi cara terbaik adalah dengan pena, tulislah hasrat hati
itu, coraklah impian itu, biar dia tersemat dihati dan kertas yang menjadi
saksi.
Mencari
Kekuatan
Pena bukan sahaja wadah untuk meluah hasrat hati, tetapi ia juga sumber kekuatan untuk diri. Sudah ditakdirkan Tuhan dalam menempuhi hidup ini, jatuh bangun itu sudah pasti. Jatuh bangun itulah kita akan rasa kepedihan, kesakitan dan keperitan. Saat itu mungkin kita payah nak zahirkan kekuatan, adakalanya kita akan menangis.
Maka
apa yang membantu? Tiada lain melainkan pena. Disaat kita benar-benar
kehilangan harapan kerana disapa dengan jatuh bangunnya dalam hidup, disitu
kita belajar bahawa hidup ini tak semudah di impikan.. Saat itulah pena
berperanan untuk menulis di atas lembaran kertas. Menulis untuk terapi,
memotivasi, dan menyedarkan diri agar terus bangkit mecari kekuatan yang hilang.
Jangan sekali remehkan kekutan pena.
Pena,
Saham Akhirat
Menulis
dianggap sebagai nikmat-Nya yang paling agung, sampai-sampai Allah
menggunakannya sebagai sumpah dalam Al-Qur’an, sebagaimana tersirat dalam
firman-Nya.
“Nuun, Demi pena dan hasil tulisan
manusia dan malaikat.
(QS Al-Qalam 68:1)
Dalam
ayat ini Allah bersumpah dengan pena, Allah juga bersumpah dengan apa yang
ditulis oleh manusia. Imam Asy-Syukani mengatakan bahawa salah seorang ulama
pernah berpesan kepadanya seraya mengatakan, “Jangan kamu menghentikan kegiatan menulismu sekalipun kamu hanya
menulis dua baris sehari. Asy Syukani mengatakan ternyata kurasakan buah yang
dihasilkannya.
Menulis
dengan pena ini bukan sekadar perbuatan sia-sia, tapi ia bermatlamat. Matlamat
dalam menulis ini adalah untuk menyebarkan kebaikan. Menyebarkan ilmu dan
bentuk serta membentuk pemiiran kita agar menjadi baik. Bukan pada diri tapi
untuk semua. Dan yang paling penting adalah sebagai bekalan saham akhirat
selepas hari kematian kita.
Nilai
Sebatang Pena
Dalam
sebuah hadith, Rasulullah s.a.w ada menyatakan:
“Lakukanlah amalan-amalan sekadar
yang kalian mampu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sehingga kalianlah yang
akan bosan. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah ialah amalan yang berterusan
walaupun sedikit.”
[Mutafaqqun alaih]
Hadith
diatas menunjukkan betapa bernilainya sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu
kecil tapi berterusan, ia jauh lebih baik dari amalan yang besar tapi terputus.
Pena pun begitu, jangan paksa diri untuk menulis sesuatu yang panjang semata
ingin di sanjung atas kelebihan kita yang ada. Bersederhanalah kita.
Jadikanlah
pena itu sebagai satu wadah untuk kita latih diri menyebarkan kebaikan. Jangan
pandang sebelah mata dek kerana sebatang pena itu kecil. Usah fikir besar kecil
perbuatan itu, tapi nilailah pada kemampuan. Pepatah arab ada mengatakan “Istiqamah dalam sesuatu amalan adalah kunci
keajaiban”.
Bila
memahami sebaiknya manfaat dan kelebihan pena, kini telah ku sedar, pena bukan
sebarang pena, tapi ia satu anugerah agung buat diri, ikatlah diri bersama
pena. Subhnallah, hebatnya kuasa pena. Inilah “Nilai Sebatang Pena”.
Pena
Qalam Hazim
Kolej
Keris Mas
Comments
Post a Comment